Setelah hampir lima jam penerbangan, kapal terbang yang dinaiki Eijaz dan Damia akhirnya mendarat di Velana International Airport. Setelah selesai segala urusan di airport, Eijaz dan Damia menaiki sebuah teksi menuju ke resort yang telah ditempah oleh Datuk Marzuki.
“Wah! Cantiknya pantai tu. Sebijik macam dalam gambar” Damia tak dapat nak sorok keterujaannya melihat pantai-pantai di Maldives. Eijaz hanya tersenyum melihat Damia yang teruja seperti budak kecil.
“Thank you” ucap Eijaz pada pemandu teksi setelah mereka sampai di resort tersebut. Eijaz menarik bagasi mereka menuju ke arah Damia yang sibuk mengambil gambar pantai dan resort tersebut.
“Kau tunggu sini jap. Aku nak ambil kunci bilik”. Damia mengangguk dan menyambung semula mengambil gambar.
Setelah mendapat kunci, Eijaz dan Damia mencari nombor bilik seperti yang tertera di kunci tersebut. Eijaz membuka pintu bilik dan terpampang sebuah bilik yang besar lengkap dengan katil dan sofa. Eijaz dan Damia segera masuk ke dalam. Damia menuju ke sliding door dan jelas kelihatan laut yang luas terbentang.
“Eii bestnya. Tak sangka tercapai juga hasrat saya nak datang sini. Tak sabarnya nak jalan-jalan kat pantai” Damia mendepakan tangan sambil menghirup udara laut.
Eijaz datang menghampiri Damia di balkoni. “Petang sikit kita pergi pantai ye. Berehat la dulu. Sekarang baru pukul 3”
Damia mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam untuk mengemas barangnya. Langkahnya terhenti apabila melihat ke arah katil. Di atas katil itu dihiasi dengan kelopak bunga mawar dan dua biji tuala yang dilipat bentuk swan.
“Awak, dalam bilik ni ada satu katil je. Takkan awak nak tidur atas sofa kayu tu?” Damia menoleh ke arah Eijaz yang masih lagi menikmati pandangan laut.
Eijaz melangkah masuk ke dalam dan melihat ke arah katil. “Kita tidur je la sekali atas katil ni. Takkan aku nak tidur atas sofa kayu tu? Sakit-sakit badan aku nanti”
“Hah?” Damia menelan air liurnya. Aduh, kenapa la dalam bilik ni takde sofa lain.
“Alaa kau tak yah risau la. Kau ingat aku ni pervert ke nak buat apa-apa dekat kau?”
Damia hanya mengangguk setuju untuk tidur sekatil apabila mendengar kata-kata Eijaz.
“Tapi kalau aku nak buat apa-apa dekat kau tak berdosa pun kan? Lagipun kita kan tengah honeymoon?” Eijaz tersenyum nakal sambil mengusap pipi Damia.
“Awak jangan macam-macam eh? Nanti saya tendang awak jatuh katil”Damia memberi amaran. Dadanya berdegup kencang melihat senyuman nakal Eijaz.
“Owh dah pandai main kasar ye sekarang? Berdosa tau kasar dengan suami. Tak cium bau syurga”
“Awak tu jangan la nak nakal-nakal dengan saya”
“La papa kan bagi tau yang dia nak cucu. Kalau tak ‘nakal-nakal’ tak dapat la cucu” Eijaz hampir tergelak melihat muka Damia yang merona kemerahan.
“Awak bagi la papa cucu dengan perempuan lain. Bukan dengan saya”
“Kau nak suruh aku buat maksiat ke?”
“Bukanlah. Maksud saya isteri awak nanti lepas awak ceraikan saya”
Senyuman Eijaz hilang mendengar kata-kata Damia itu. “Damia, isteri aku kau sorang je tau. Aku takkan ada isteri lain”
Eijaz pergi meninggalkan Damia dalam keadaan terpinga-pinga. Takkan lepas cerai nanti dia tak nak kahwin lain?
**************************
Dalam pukul 5.15 petang, Eijaz dan Damia berjalan menuju ke arah pantai. Eijaz masih lagi berdiam diri sejak tadi. Dia ni merajuk sebab katil tadi ke?
“Awak” panggil Damia tapi Eijaz tak membalas.
“Awak!” Eijaz masih lagi berdiam diri. Damia menghentikan langkahnya apabila Eijaz tak mengendahkannya.
Eijaz yang perasan Damia tiada disebelahnya, segera menoleh ke belakang. Kelihatan Damia yang berdiri memandangnya dengan mata berkaca. Eijaz mengeluh lalu berpatah balik ke arah Damia.
“Kenapa ni hmm?” soal Eijaz.
“Kenapa awak tak layan saya? Kalau pasal katil tadi saya minta maaf tapi jangan la tak bercakap dengan saya. Saya ada awak sorang je kat sini” Damia tersesak-esak menahan tangisan.
Eijaz segera memeluk Damia yang masih lagi teresak. Dia mengusap-usap belakang Damia untuk meredakan tangisannnya. Menyesal pulak dia buat-buat merajuk.
“Shhh sorry okay. Aku janji tak buat lagi. Jangan la nangis” Eijaz menyeka air mata Damia yang bersisa.
Damia mengelap air matanya dan memandang Eijaz. “Jangan buat lagi eh”
“Ye aku janji. Tapi aku bukan merajuk sebab katil tu. Aku tak suka kau sebut pasal cerai tu. Kita kan baru je kahwin. Kalau boleh sepanjang kita kahwin ni kau jangan sebut pasal cerai okay?”
Damia hanya mengangguk mendengar kata Eijaz.
“Dah jom cepat nanti hari gelap pula” Eijaz menarik tangan Damia supaya jalan beriringan dengannnya.
TBC
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...