Eijaz sedang menunggu Damia yang sedang dihias oleh jurumekap di sebuah hotel. Selepas itu mereka akan bertolak ke Setia City Convention Center di mana dinner company diadakan.
“Encik Eijaz, Puan Damia dah siap. Saya minta diri dulu ye” kata jurumekap wanita yang berumur dalam linkungan akhir 30-an itu sambil memegang beg makeupnya.
“Okay terima kasih” kata Eijaz seraya tersenyum ke arah jurumekap itu. Jam di tangan dikerling, jarum jam menunjukkan pukul 8.15 malam.
Eijaz masuk ke dalam bilik di mana Damia di makeup tadi. Sekali lagi dia mengagumi ciptaan Allah apabila melihat Damia yang sungguh cantik setelah di hias itu.
“Kenapa senyum-senyum?” tegur Damia pada Eijaz yang tersenyum seorang diri. Dia melihat dirinya kot-kot ada yang tak kena dengan penampilannya.
“Senyum pun tak boleh ke? Abang senyum sebab isteri abang cantik sangat hari ni”. Eijaz menghampiri Damia dan merenung wajah Damia yang telah lengkap di makeup itu.
“Sebelum ni tak cantik ke?” tanya Damia. Soalan tipikal yang akan ditanya kaum Hawa.
“Hari-hari Mia cantik. Pakai makeup ke, tak pakai makeup ke, dua-dua cantik bagi abang tapi hari ni extra cantik” kata Eijaz sambil memegang kedua-dua pipi Damia. Mata Damia dipandang supaya Damia nampak keihklasannya menuturkan kata-kata tadi.
“Dah la. Jom la kita bertolak nanti lambat pula sampai”. Damia segera menepis tangan Eijaz apabila dirasakan mukanya merona kemerahan.
Eijaz hanya tergelak kecil melihat perlakuan Damia yang cuba melarikan diri. Eijaz segera mengikuti langkah Damia dan menyilangkan jarinya dengan Damia.
Eijaz membukakan pintu kereta untuk Damia apabila mereka sampai ke tempat yang dituju. Eijaz mengangkat tangan kirinya dan Damia menyilangkan tangannya dengan tangan Eijaz menuju ke dalam hall.
Eijaz menyapa semua para tetamu yang hadir memeriahkan dinner tersebut. Damia setia di sisi Eijaz ke mana saja Eijaz pergi. Damia hanya mendengar saja perbualan yang dibualkan mereka. Sesekali dia turut tergelak apabila mereka bergelak ketawa walaupun dia tidak faham apa yang digelakkan.
Setelah beberapa ketika Eijaz dipanggil ke pentas untuk memberikan ucapan diikuti Datuk Marzuki.
“Duduk kat sini tau? Jangan pergi mana-mana” pesan Eijaz sebelum dia melangkah ke arah pentas.
Damia mengangguk sambil melihat Eijaz yang berlalu ke atas pentas.
Eijaz memberikan ucapan sepatah dua kata kepada semua tetamu yang hadir. Pada akhir ucapannya Eijaz tidak lupa mengucapkan nama Damia.
“Last but not least I would like to thank my lovely wife, Damia Khalisa yang menjadi sumber semangat saya. Tanpa dia mungkin saya tak akan berada di sini” kata Eijaz dengan bangga sambil memandang ke arah Damia.
Semua tetamu memandang ke arah Damia apabila lampu spotlight memfokuskan ke arahnya. Damia yang kekok dengan situasi itu hanya tersenyum malu.
“Come Mia” panggil Eijaz ke atas pentas.
Damia yang tak bersedia kelihatan agak gelabah. Dia menarik nafasnya dan perlahan-lahan menuju ke pentas. Eijaz menunggu Damia di tangga pentas dan segera mengekskortnya ke atas pentas.
“Everyone who may not know, this pretty lady is my beloved wife Damia Khalisa” ucap Eijaz dengan penuh romantik.
Semua tetamu yang hadir memberikan tepukan terhadap ucapan Eijaz. Damia yang tersipu malu hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan.
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...