Pejam celik pejam celik akhirnya tiba hari di mana Eijaz dan Damia akan disatukan. Banglo Datuk Marzuki dipenuhi dengan saudara maranya untuk menyaksikan pernikahan satu-satunya anak Datuk Marzuki. Majlis pernikahan itu hanya dijemput saudara mara terdekat sahaja. Selepas majlis akad nikah mereka akan bertolak ke hotel untuk majlis persandingan di mana para tetamu sedang menunggu.
“Kau okay tak bro?” bisik Zaril pada Eijaz yang sedang duduk menghadap tok kadi di ruang tamu rumah itu.
“Okay bro. Nervous sikit la”Eijaz membetulkan songkoknya agar kelihatan kemas.
“Semua dah ada ke?” soal tok kadi.
Serentak itu juga Damia diiringi Mak Siti menuruni anak tangga secara berhati-hati. Semua mata tertumpu pada Damia. Damia yang nervous hanya memberi senyuman manis. Mata Eijaz tak lepas memandang Damia sehingga Damia turun ke bawah.
Dia ni tak make up pun dah cantik. Dah make up ni lagi bertambah cantik. Bisik hati Eijaz.
“Wei! Lawa giler Damia ni bila make up ye? Kalau aku tau aku mengorat dia dulu” Zaril juga turut tidak lepas memandang Damia yang memakai baju kurung moden serba putih itu.
“Kau jangan nak macam macam eh? Bakal bini aku tu” Eijaz memberi warning pada Zaril
“Ceh! Hari tu tak nak sangat kahwin dengan Damia. Sekarang mengaku bakal bini pulak” Zaril mengekek ketawa. Eijaz yang malas melayan perangai Zaril mendiamkan diri sahaja.
“Semua dah ada tok. Boleh mula dah sekarang” Datuk Marzuki bersuara seraya tersenyum ke arah Damia yang sedang duduk di atas pelamin mini ditemani Mak Siti.
“Eijaz Mukris Bin Marzuki aku nikahkan dikau dengan Damia Khalisa Binti Ahmad Fauzi dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit tunai”
“Aku terima nikahnya Damia Khalisa Binti Ahmad Fauzi dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit tunai” suara Eijaz bergema disegenap ruang tamu itu.
“Macam mana saksi semua? Sah ke?” soal tok kadi pada saksi di sebelahnya.
“SAH!” semua saksi menjawab serentak.
“Alhamdulillah” ucap Tok kadi lalu menadah tangan untuk membacakan doa.
Damia menadah tangan sambil menyeka air matanya. Tak sangka dia dah menjadi isteri orang sekarang. Kalau lah ibunya masih hidup mesti ibunya menjadi orang yang paling gembira hari ini.
“Aminnn” ucap seluruh tetamu disitu setelah doa di amin kan.
“Eijaz ambil cincin ni pergi sarungkan dekat jari Mia” arah Datuk Marzuki.
Eijaz hanya menurut dan duduk disisi Damia. Eijaz memandang wajah Damia yang tersenyum manis ke arahnya. Hatinya kembali berdebar memandang sepasang mata milik Damia yang bundar itu.
Selama ini dia tak pernah melihat Damia sedekat itu. Eijaz mengeluarkan sebentuk cincin permata lalu menyarungnya ke jari manis Damia. Damia turut menyarungkan sebentuk cincin suasa di jari Eijaz lalu tunduk untuk mencium tangan Eijaz. Semua sedara mara sibuk merakamkan detik istimewa itu.
“Pengantin lelaki boleh cium dahi pengantin perempuan sekarang” photographer yang diupah Datuk Marzuki memberikan arahan.
Damia menundukkan sedikit badannya untuk memudahkan Eijaz. Eijaz memegang dagu Damia lalu mengucup lembut dahi Damia. Lama bibirnya melekap disitu. Terasa seperti ada getaran apabila bibir Eijaz bersentuhan dengan dahinya. Eijaz melepaskan ciumannya lalu memandang Damia, Damia juga turut menatap wajah Eijaz. Masing-masing leka memandangkan antara satu sama lain.
“Ehem” Zaril berdehem di tepi telinga Eijaz. Eijaz yang tersentak terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. Begitu juga Damia yang sedang mengipas-ngipas mukanya yang terasa panas.
Hello semua! Terima kasih kerana membaca Damia untuk Eijaz
Enjoy your reading
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...