Damia termenung memikirkan sikap Eijaz yang tiba-tiba berubah sejak mereka balik dari kampung tempoh hari. Eijaz dilihatnya semakin mesra tak seperti waktu awal perkahwinan dulu. Kadang-kadang dia terfikir mungkin Eijaz sudah mula suka pada dia tapi cepat-cepat disangkal fikiran itu. Teringat dia akan perbualannya dengan Eijaz malam tadi.
Flashback
"Awak". Damia memanggil Eijaz yang sedang membaca buku.
"Abang" balas Eijaz.
"Hah?". Damia tercengang mendengar balasan Eijaz. Abang? Dia salah dengar ke?
"Panggil aku abang" kata Eijaz dengan matanya masih lagi tertancap pada helaian buku.
"Kenapa tiba-tiba?" soal Damia hairan. Sebelum ni tidak pernah pula suruhnya memanggil dia abang.
"Aku kan suami kau. Memang patut pun kau panggil aku abang"
Damia menggaru kepalanya yang tak gatal. Kenapa tiba-tiba nak kena panggil abang pula ni? "Saya kekok la"
"Hadi tu boleh pulak kau panggil abang? Aku suami kau Damia. Aku lebih layak dapat panggilan tu. Tak baik tau tak dengar cakap suami. Tak cium bau syurga nanti" ugut Eijaz. Sakit hati pula bila teringatkan cara panggilan Damia pada Hadi.
Damia mengeluh. Dia lemah betul bila Eijaz menggunakan kuasa vetonya sebagai suami.
"A..abang" panggil Damia terketar-ketar.
"Hmmm"
"Saya nak minta izin nak jumpa kawan esok. Ada nak bincang pasal assignment"
Eijaz meletakkan bukunya ke tepi dan memandang Damia. "Dengan siapa?"
"Err dengan Syahmi" jawab Damia takut-takut.
"Berdua je? Yang lagi sorang tak join?". Eijaz mengangkat keningnya menanti jawapan.
"Yang lagi sorang ada hal. Jadi saya dengan Syahmi je". Damia menggigitnya bibir dengan nervous sambil menanti keizinan Eijaz. Takut pula dia sekiranya Eijaz tidak mengizinkan. Assignmentnya itu perlu dihantar minggu depan.
"Okay abang hantar Mia esok"
"Eh takpe saya boleh suruh Pak Samad hantarkan"
"Takpe. Abang cuti esok. Abang hantar eh"
Damia hanya mengangguk setuju.
End of flashback
"Dah siap?". Lamunan Damia tersentak dengan soalan Eijaz.
Damia memandang Eijaz yang sedang memakai kasut itu dan menganggukkan kepalanya. "Dah"
"Okay jom". Kakinya segera menuju ke arah keretanya yang di parking di dalam pouch sebelum menekan punat kunci.
Setelah 15 minit perjalanan, kereta Eijaz perlahan-lahan memasuki taman rekreasi di mana Damia akan berjumpa dengan Syahmi.
"Nak jumpa kat mana?" tanya Eijaz sambil mematikan enjin kereta setelah keretanya di parking di kawasan yang disediakan.
"Kat meja batu tu. Syahmi dah tunggu tu". Damia menunjukkan ke arah meja batu yang terletak tidak jauh dari mereka.
"Okay jom" kata Eijaz sambil menanggalkan seat belt nya.
"Eh abang nak ikut sekali ke?" tanya Damia. Matanya memandang Eijaz yang dah bersiap sedia untuk keluar.
"Jom je la" ajak Eijaz sambil menarik tangan Damia.
Syahmi memandang Damia, Damia memandang Eijaz manakala Eijaz pula memandang Syahmi. Mereka bertiga yang sedang duduk di meja batu itu saling berpandangan.
"Abang tak nak balik ke?" soal Damia yang hairan melihat Eijaz duduk bersama dengannya dan Syahmi.
"Abang temankan Mia. Mia tu isteri orang. Tak elok berdua-duan dengan lelaki walaupun kat tempat umum". Eijaz sengaja menekankan perkataan isteri itu di hadapan Syahmi.
"Syahmi, awak okay ke suami saya join sekali?". Damia meminta pendapat Syahmi takut kawannya itu tidak selesa.
"Eh saya okay je" kata Syahmi dengan senyuman kelat.
***********************************
"Awak" panggil Damia.
"Abang suruh panggil apa semalam?" Eijaz mengingatkan Damia.
"Eh abang. Mia tidur dulu ye". Dia melihat Eijaz masih lagi menyiapkan kerjanya. Tu la nak sangat teman dia pagi tadi. Kan terpaksa berjaga siapkan kerja.
"Okay. Abang ada sikit lagi ni nak siap kan. Mia tutup je la lampu. Abang guna lampu meja study" kata Eijaz dengan matanya masih lagi tertumpu pada kerjanya.
Damia hanya mengangguk Dan segera menuju ke arah katil untuk melelapkan matanya. Tak lupa lampu diutama ditutup terlebih dahulu.
Lima belas minit kemudian, akhirnya siap juga kerjanya. Eijaz merenggangkan ototnya lalu menutup laptop serta lampu.
Damia yang baru nak lelapkan matanya terasa seperti ada benda bergerak di atas katil. Segera dia membukanya mata Dan badannya berpaling menghadap Eijaz sedang berbaring disebelahnya.
"Eh abang kenapa baring sini?" soal Damia kehairanan.
"Mulai malam ni abang tidur sini eh. Tak best la tidur kat sofa tu". Eijaz cuba menagih simpati Damia. Dah lama dia ingin mengutarakan cadangan ini sejak mereka balik dari kampung hari itu tapi hari ini baru berkesempatan.
Pada mulanya Damia ingin menolak tapi nanti dikatakan isteri derhaka pula. Lagipun dia juga kasihan membiarkan Eijaz tidur di atas sofa. Lantas dia memalingkan semula badannya untuk melelapkan mata.
Melihat Damia tidak menolak, Eijaz segera merangkul pinggang Damia dan menariknya dekat dengan tubuhnya. Damia yang agak terkejut dengan pelukan Eijaz hanya merelakan saja. Lagipun sejak mereka dikampung lagi, Eijaz akan memeluknya sewaktu tidur.
"Good night sayang" ucap Eijaz lalu mencium pipi Damia.
"Goo..good night" balas Damia dengan hati yang berdegup kencang.
TBC
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...