Chapter 25 | ED

46 1 0
                                    

Damia memeluk erat 'bantal peluk' nya. Lena sungguh dia tidur malam tadi. Sejak balik ke kampung tiga hari lalu, tidurnya asyik terganggu kerana tidak biasa bersendirian di rumah itu.

Tiba-tiba dia merasa pelik. Kenapa keras semacam bantal peluk aku ni.

"Amboi, peluk aku macam tak nak lepas ye?" Kedengaran suara Eijaz berbisik di telinganya.

Segera dia membuka mata dan melihat tangannya yang berlingkar di pinggang Eijaz. Eijaz hanya tersenyum sambil memerhatikan Damia. Segera Damia melepaskan pelukannya dan memalingkan mukanya kerana malu.

"Eh malu pulak ke? Semalam bukan main erat lagi kau peluk aku". Eijaz sengaja mengusik Damia.

"Semalam tu saya terkejut. Sebab tu tak sengaja terpeluk". Damia memberi alasan.

"Kalau kau nak peluk aku, peluk je la. Bila-bila masa pun boleh. Aku suka. Lagipun dah halal kan?" kata Eijaz sambil menjongketkan keningnya.

"Siapa nak peluk awak?" balas Damia seakan annoying. Mukanya masih lagi dipalingkan dari Eijaz.

"Of course la Damia Khalisa isteri kepada Eijaz Mukris. Kau sorang je boleh peluk aku. Orang lain tak boleh" bisik Eijaz dengan romantik di telinga Damia.

"Ye la tu"

"Betul la sayang". Eijaz tersenyum melihat Damia yang malu-malu apabila dipanggil sayang.

"Dah la jom ambil wuduk. Kita solat subuh sama-sama" ajak Eijaz sambil menarik tangan Damia untuk bangun.

Damia hanya menurut. Lagi pula jam dah menunjukkan pukul 6.30 pagi, nanti terlepas pula waktu Subuh.

Damia menyalam tangan Eijaz setelah mereka selesai solat Subuh. Terus saja Eijaz meletakkan kepalanya di atas riba Damia.

"Eh kenapa baring sini?" tanya Damia yang terkejut dengan tindakan Eijaz.

"Aku nak rehat jap. Penat drive semalam tak hilang lagi" kata Eijaz dengan matanya yang terpejam.

"Pergi la baring atas katil tu"

"Tak nak. Aku nak baring kejap je". Eijaz mengambil tangan Damia lalu diletakkan dipipinya.

Damia akhirnya membiarkan saja Eijaz baring diribanya. Tanpa sedar tangannya sebelah lagi membelai lembut rambut Eijaz.
Eijaz yang berasa selesa dengan belaian Damia itu akhirnya terlelap.

****************************

Damia menyendokkan nasi goreng yang baru siap dimasaknya ke dalam pinggan Eijaz. Eijaz duduk lalu menghirup teh o panas yang telah terhidang.

"Kau merajuk dengan aku lagi ke?" tanya Eijaz berhati-hati.

Damia memandang Eijaz lalu mengambil tempat dihadapan Eijaz.

"Sebenarnya Zaril dah ceritakan semuanya pada saya hari tu. Tentang hubungan awak dengan Sarah" kata Damia sambil menundukkan kepalanya. Rasa bersalah kerana merajuk tak tentu pasal.

"Hah? Bila masa dia bagitau kau?"

"Dua hari lepas dia ada call saya"

"Eh jap jap. Bila masa kau ada nombor Zaril?". Eijaz cuba menghadam apa yang diberitahu Damia tadi. Setahu dia Zaril dan Damia tak rapat pun sampai nak bertukar nombor telefon.

Alamak! Damia terlupa yang Zaril minta supaya jangan beritahu Eijaz yang dia ada nombor Damia. Damia hanya tersengih memandang Eijaz.

"Dia ada minta waktu saya datang office hari tu. Kalau ada jadi apa-apa kat awak, kan senang Zaril boleh contact saya?". Damia memberikan alasan untuk menyelamatkan Zaril.

Sebenarnya Damia yang minta nombor Zaril sebab dia nak tahu lebih jelas tentang hubungan Eijaz dan Sarah.

"A..awak marah ke?" soal Damia sambil bermain-main dengan jarinya.

"Kenapa pula aku nak marah? Aku cuma pelik sebab kau dengan Zaril kan baru kenal". Eijaz memang tak marah tapi dia cemburu bila Damia ada contact dengan Zaril.

"Pasal hari tu saya minta maaf sebab dah salah sangka hubungan awak dengan Sarah". Damia memandang Eijaz dengan wajah bersalah.

"Aku pun minta maaf sebab tak cerita kat kau pasal Sarah tu. Aku tak sangka pula akan jadi macam ni"

Damia mengangguk mendengar jawapan Eijaz.

"Kita balik rumah ye hari ni?" ajak Eijaz lembut. Tangannya menyentuh tangan Damia yang berada di atas meja.

"Awak tak nak stay dulu ke kat sini? Awak tak pernah lagi datang kampung saya kan?". Damia ingin bawa Eijaz jalan-jalan di kampungnya.

Eijaz berfikir sejenak. Bagus juga kalau dia stay sementara. Boleh dia mengenali tempat dimana Damia dibesarkan.

"Okay kalau macam tu kita balik esok"

"Okay nanti saya bawa awak jalan-jalan sekeliling kampung" ucap Damia teruja.


Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now