"Mia" panggil Eijaz pada Damia yang sedang bermain telefon di atas katil.
"Kenapa?" tanya Damia sambil menghampiri Eijaz yang berdiri di hadapan cermin meja solek.
"Tolong pakaikan abang tie ni?" kata Eijaz sambil menghulurkan tie berwarna hitam itu pada Damia.
Damia memandang tie yang dihulur Eijaz dengan keningnya terangkat.
"Eh selama ni abang boleh je pakai sendiri?". Damia memandang Eijaz yang segak memakai baju kemeja kosong berwarna kelabu itu.
"Saja nak bermanja dengan isteri abang hari ni. Takkan tak boleh?". Eijaz menjongketkan keningnya sambil tersenyum ke arah Damia. Sengaja dia ingin bermesra dengan Damia pagi ni.
Damia menghela nafasnya lalu mengambil tie itu dan diletakkan di leher Eijaz. Nasib baik la dia memang tahu cara pakai tie.
Eijaz melabuhkan punggungnya di birai meja solek untuk menyamakan ketinggiannya dengan Damia. Maklum la tinggi Damia hanya paras bahu Eijaz saja. Eijaz meletakkan tangannya di pinggang Damia dan menarik badan Damia supaya dekat dengannya.
Jantung Damia berdegup kencang apabila jelas terasa hembusan nafas Eijaz di mukanya. Eijaz memerhatikan muka Damia yang fokus memakaikan tie itu sambil tersenyum.
Indah sungguh ciptaan Mu Ya Allah. Terima kasih kerana menjadikan dia jodoh ku.
"Mia takde kelas hari ni?" tanya Eijaz sambil sebelah tangannya bermain dengan rambut Damia.
"A..ada. Pukul 10 nanti" jawab Damia tergagap-gagap. Aduh, kenapa dia sweet sangat hari ni?
"Siap dah" ucap Damia. Perkara yang sepatutnya boleh siap dalam beberapa minit menjadi 10 minit disebabkan degupan jantungnya yang tak henti berdegup kencang.
"Terima kasih sayang" ucap Eijaz. Tangannya masih lagi terletak dipinggang Damia.
"Eh jom la turun bawah breakfast. Nanti lambat pula abang sampai office". Damia cuba meleraikan pelukan Eijaz dipinggangnya. Dia dah tak betah berdiri rapat dengan Eijaz seperti itu. Degupan jantungnya semakin laju dirasakan.
Eijaz menarik Damia lebih dekatnya dan kini dia terperangkap di antara kedua-dua peha Eijaz. Matanya tak jemu memandang wajah Damia yang polos tanpa secalit makeup itu.
"Sabar la. Abang tak puas tengok muka isteri abang ni. Nanti rindu"
Eijaz ni kena sampuk ke hari ni? Sebelum ni tak pernah rindu pun
Damia hanya kaku apabila ditatap Eijaz sebegitu. Mukanya sudah merona kemerahan ditambah pula dengan jantungnya yang berdegup bagaikan nak tercabut. Eijaz pula hanya tergelak melihat reaksi Damia.
"Okay dah jom turun". Selepas puas menatap wajah Damia, Eijaz menarik tangan Damia untuk turun bersama-sama.
Selepas selesai bersarapan, Damia menghantar Eijaz ke muka pintu dan menyalam tangan Eijaz. Memang itu tugas rutin hariannya sebelum Eijaz pergi kerja.
"Salam je ke? Kiss takde?" tanya Eijaz. Bibirnya dah mula mengukir senyuman mengusik.
"Gatal!" ucap Damia lalu segera memalingkan badannya.
Melihat Damia yang ingin berpaling itu, Eijaz segera menarik tangan Damia dan mengucup dahinya.
"Gatal pun dengan isteri sendiri. Abang pergi kerja dulu. Assalamualaikum" ucap Eijaz tersenyum.
"Waa..alaikumsalam" jawab Damia dengan gagap. Tangannya naik menyentuh dahinya dimana Eijaz melabuhkan kucupannya. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.
Datuk Marzuki dan Mak Siti yang melihat dari jauh tersenyum gembira melihat kebahagiaan Eijaz dan Damia.
**********************************
"Yo Eijaz, long time no see" kata Zaril yang meluru masuk ke dalam bilik Eijaz.
"Kau ni tak pandai bagi salam atau ketuk pintu dulu ke?" tegur Eijaz sambil nenjelingkan matanya. Memang Zaril itu kawan baiknya tapi dia berharap Zaril bersikap professional bila berada di pejabat.
"Sorry bro. Aku dah lama tak jumpa kau. Tu yang rindu". Sejak Eijaz balik dari kampung, ini kali pertama dia berjumpa Eijaz kerana dia menghadiri seminar di luar negara.
Eijaz menggerakkan jari telunjuknya menunjukkan isyarat supaya Zaril datang dekat dengannya.
"Asal bro? Ada ole-ole untuk aku dari kampung ke?" tanya Zaril sambil menghampiri Eijaz. Serentak itu juga Eijaz mengetuk kepala Zaril.
"Woi, asal ketuk kepala aku? Dalam otak aku ni banyak ilmu yang aku bawa balik dari luar negara tau tak? Kalau aku hilang ingatann macam mana?". Zaril menggosok kepalanya yang sakit diketuk Eijaz.
"Asal kau tak bagitau aku yang kau ada nombor Damia?"
Zaril terdiam mendengar soalan Eijaz. Alamak! Macam mana dia tahu?
"Er....Damia yang minta aku bagi je la. Rugi tolak permintaan perempuan cantik" gurau Zaril sambil tersengih.
Zaril segera menghalang kepalanya dengan tangan apabila Eijaz seperti ingin mengetuk kepalanya sekali lagi.
"Sabar bro. Aku gurau je tadi. Chill la. Aku kesian tengok Damia tu sungguh-sungguh dia nak tau tentang hubungan kau dengan Sarah. Nak mengharapkan kau entah bila la kau nak bagitahu"
Eijaz hanya mendiamkan diri mendengar penjelasan Zaril.
"Tapi sebab aku juga kan kau dah berbaik dengan Damia kan? Kan?
"Hmmm. Kali ni aku maafkan kau tapi kau jangan contact isteri aku kalau takde hal penting" warning Eijaz.
"Baik boss". Zaril meletakkan tangan di dahi seperti isyarat tabik hormat.
"Sekarang ni mana report seminar yang aku minta tu?". Eijaz bersandar dengan tangannya diletakkan di atas pemegang kerusi sambil jarinya disilangkan.
Zaril menepuk dahinya."Alamak! Aku lupa la. Hehehe"
"Aku nak ada atas meja aku sebelum balik"
"No problem". Zaril segera keluar dari bilik Eijaz untuk menyiapkan reportnya.
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...