Chapter 21 | ED

44 1 0
                                    

Hey guys. Long time no see”. Langkah Sarah terhenti apabila melihat Damia dalam office Eijaz.

Masing-masing pun turut terkejut dengan kehadiran Sarah. Terbeliak mata Damia melihat pakaian Sarah yang tak cukup kain itu.

“Apa minah ni buat kat sini?” soal Sarah dengan marah.

“Sarah kau cakap baik-baik sikit. Ni isteri aku. Kau tolong hormat dia” Eijaz panas hati apabila Sarah tak hormat Damia.

“Kenapa I perlu hormat dia? Setakat minah kampung macam ni tak setaraf dengan I. Dia sesuai jadi bibik I je!”. Sarah membalas semula. Sakit hatinya bila Eijaz mempertahankan Damia.

Shut up Sarah! You are too much! Baik kau keluar dari sini sebelum aku panggil security” tengking Eijaz. Tahap sabarnya dah sampai limit. Semakin dibiarkan semakin melampau Sarah ni.

Damia terkejut mendengar tengkingan Eijaz. Dia tak pernah melihat Eijaz marah seperti itu.

“Hei Eijaz, selama ni you tak pernah pun tengking I. Sekarang ni disebabkan perempuan ni you nak tengking dan marah-marah I?” Sarah mendengus geram. Damia yang sedang duduk dipandang dengan perasaan tak puas hati.

“Hei perempuan! bomoh mana yang kau pakai sampai Eijaz layan aku macam ni hah? Luar je nampak alim tapi dalam macam setan!” tengking Sarah.

Damia yang tak tau apa-apa hanya tercengang mendengar tuduhan Sarah. Terguris hatinya apabila dituduh sebegitu.

Eijaz yang tak boleh terima Damia dituduh seperti itu segera menghampiri Sarah. Belum sempat tangannya menghampiri pipi Sarah, Zaril terlebih dahulu menahan tangan Eijaz.

Rilex bro. Kita kat office ni” bisik Zaril. Dia tak mahu kes ni diperbesarkan. Nanti kecoh satu office. Tambahan pula Eijaz baru saja menyandang jawatan CEO.

Eijaz melepaskan tangannya dan berpaling menghadap pemandangan luar melalui tingkap officenya. Dia menghembus nafas dengan kasar melampiaskan marahnya. Damia yang masih duduk dipandang seketika. Jelas kelihatan wajahnya agak terluka dengan tuduhan Sarah.

“Sarah kau better keluar sekarang” arah Zaril sambil mengheret Sarah keluar.

Sarah memandang Eijaz dan Damia dengan perasaan tak puas hati sambil mengikuti langkah Zaril.

“Damia, aku minta maaf bagi pihak Sarah” ucap Eijaz setelah Zaril dan Sarah keluar.

“Siapa dia tu?” soal Damia. Air mata yang hampir keluar ditahan. Tak mahu menangis di hadapan Eijaz.

“Dia kawan aku. Selama ni dia tak pernah pun datang office aku”

“Kenapa dia tuduh saya macam tu? Awak ada apa-apa hubungan dengan dia ke?” soal Damia. Tak tau mengapa hatinya sakit bila membayangkan Eijaz ada perempuan lain.

No! Aku dengan dia hanya kawan biasa je. Terus terang aku cakap dia memang suka aku tapi aku tak pernah balas perasaan dia”

“Ye ke takde apa-apa hubungan? Kenapa dia boleh tuduh saya sampai macam tu kalau awak tak pernah bagi harapan kat dia?”. Damia memejamkan matanya. Cuba menghadam apa yang berlaku tadi.

“Sumpah aku sikit pun tak pernah bagi harapan dekat dia. Tolong percaya aku Damia. Aku tak pernah ada hubungan dengan mana-mana perempuan sebelum kahwin dengan kau” Eijaz merayu supaya Damia mempercayainya. Dia meraup wajahnya. Menyesal kerana tak pernah bercerita mengenai Sarah pada Damia.

“Dah la saya nak balik”

“Aku hantarkan”

“Tak payah. Saya boleh naik Grab

“Damia, please balik dengan aku”

Damia yang dah penat nak bertengkar dengan Eijaz hanya patuh. Eijaz segera mencapai kunci keretanya dan sempat berpesan pada setiausahanya untuk membatalkan segala jadualnya pada hari itu.

Sepanjang perjalanan balik, Damia hanya mendiamkan diri sambil memandang pemandangan luar. Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir juga. Eijaz disebelah dah tak keruan apabila melihat air mata Damia.

“Damia, please jangan nangis macam ni” ucap Eijaz lembut.

Eijaz cuba memegang tangan Damia untuk memujuknya tapi segera ditepis. Eijaz menghelakan nafas berat.

Setibanya dirumah, Damia segera menuju ke bilik. Tak mahu Datuk Marzuki atau Mak Siti melihatnya menangis.

“Eh Eijaz, awal balik hari ni?” tegur Datuk Marzuki pada Eijaz yang baru memasuki rumah.

“Err Damia tak sihat. Tu yang Eijaz balik awal nak tengok-tengokkan dia” bohong Eijaz.

“Eh Damia okay tak? Dah bawa pergi klinik?” tanya Datuk Marzuki risau.

“Damia tak nak pergi klinik. Dia kata nak berehat je”

“Hah ye la. Kalau makin teruk sakitnya bawa la pergi klinik. Risau pulak papa”

“Baik pa. Eijaz naik dulu” Eijaz meminta izin untuk berlalu ke atas.
Datuk Marzuki hanya mengangguk sambil melihat Eijaz yang berlalu pergi.



TBC

Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now