Dewan mewah itu dipenuhi dengan para tetamu yang hadir. Datuk Marzuki berdiri di pintu masuk dewan menyambut kehadiran para tetamu.
“Kau dah siap ke belum Mia?” laung Eijaz pada Damia yang sedang bersiap di dalam bilik. Dia yang telah lengkap memakai suit serba hitam menunggu di ruang tamu.
“Kejap. Tengah betulkan tudung ni” balas Damia.
“Okay siap dah Puan Damia” kata Mak Andam sambil memberikan sentuhan terakhirnya.
“Okay terima kasih kak” Damia tersenyum kekok. Tak biasa dipanggil dengan gelaran Puan.
“Encik Eijaz, Puan Damia dah siap tu. Saya turun bawah dulu ye” kata Mak Andam setelah keluar daripada bilik.
“Hmm” balas Eijaz ringkas. Jam tangannya di kerling. Jarum menunjukkan lagi 10 minit pukul 12 tengah hari.
“Wei cepat la. Lambat dah ni” rungut Eijaz. Dia ingin majlis tersebut berakhir dengan cepat sebab dia dah penat.
“Sabar la. Gaun ni berat tau tak” ucap Damia seraya keluar dari bilik. Kedua dua tangannya memegang gaun itu untuk menampung berat gaun itu. Macam mana orang lain boleh pakai gaun ni. Nak jalan pun susah.
Eijaz memandang Damia yang mengenakan gaun kembang serba putih itu. Matanya tak berkelip memandang Damia. Wow macam princess. Bibir Eijaz perlahan lahan mengukir senyuman.
“Awak!” Damia melayang-layangkan tangannya dihadapan Eijaz apabila melihat Eijaz tersenyum sorang-sorang.
Eijaz tersentak dari lamunannya. “Hah! Dah siap pon. Lama betul aku tunggu”
“Perempuan memang la bersiap lama. Nak pakai baju lagi, nak pakai make up lagi, nak pakai tudung lagi” bebel Damia.
“Dah la jom turun. Tetamu dah tunggu lama tu” Eijaz berlalu keluar tanpa menunggu Damia.
“Woi cepat la. Kau ni terhegeh hegeh la” Eijaz memandang Damia yang jalan terkedek kedek sambil memegang gaunnya.
“Kejap la. Kan saya dah bagitau gaun ni berat” Damia mendengus geram. Bukannya nak tolong pegangkan gaun ni. Membebel je kerja dia.
Eijaz menuju ke arah Damia lalu mengangkat tubuh kecil Damia.
“Eh awak nak buat apa ni?” terjerit kecil Damia lalu merangkul tangannya di leher Eijaz takut dia terjatuh.
“Kalau nak tunggu kau jalan, tahun depan baru sampai” Eijaz membiarkan Damia merangkul lehernya. Kakinya laju melangkah menuju ke dewan. Damia hanya membiarkan saja Eijaz mengendongnya tambahan kakinya juga sudah lenguh mengheret gaunnya.
“Eijaz, kenapa lama sangat? Tetamu semua dah tunggu” tanya Datuk Marzuki apabila Eijaz dan Damia tiba di pintu dewan.
“Damia ni la. Terhegeh hegeh” Eijaz menurunkan Damia dari gendongannya.
“Sorry uncle” Damia hanya tersengih memandang Datuk Marzuki.
“Apa pulak panggil uncle. Panggil papa la. Dah la Damia dan Eijaz pergi berdiri dekat pintu masuk tu. Nanti pengacara majlis akan umum ketibaan kamu berdua”
Setelah pengacara majlis mengumumkan ketibaan Eijaz dan Damia, mereka berdua jalan beriringan menuju ke arah pelamin yang terhias indah. Semua para tetamu memberikan tepukan dan merakam detik istimewa itu.
Eijaz dan Damia tersenyum menyapa para tetamu yang hadir. Eijaz memegang tangan Damia yang disilangkan ditangannya untuk menghilangkan gugupnya.
Majlis persandingan Eijaz dan Damia yang dah berlangsung selama tiga jam itu berjalan dengan lancar. Muka Damia dah kejang kerana asyik tersenyum dari tadi. Eijaz pula dah mula bosan dan ingin berlalu dari majlis itu.
Hello semua! Terima kasih kerana membaca Damia untuk Eijaz
Enjoy your reading
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...