Banglo mewah tiga tingkat itu riuh dengan perang mulut antara Datuk Marzuki dan Eijaz. Mak Siti yang sedang memasak di dapur hanya menggelengkan kepala mendengar pertengkaran itu. Dia kenal sangat perangai Eijaz yang keras kepala itu begitu juga dengan Datuk Marzuki.
“Keputusan papa dah muktamad. Damia pun dah setuju dengan keputusan papa. Majlis Eijaz dan Damia akan berlangsung hujung bulan ni juga. Persiapan semua papa dah uruskan” ucap Datuk Marzuki tegas. Bergema bilik itu dengan suara Datuk Marzuki.
“Pa, tolong bagi pilihan pada Eijaz untuk pilih calon isteri Eijaz sendiri” Eijaz cuba merayu pada Datuk Marzuki.
“No Eijaz. Papa dah banyak bagi peluang tapi Eijaz sia-sia kan. Sekarang ni Eijaz pilih nak kahwin dengan Mia atau syarikat papa akan serahkan pada Faris”
“Okay fine. Eijaz akan kahwin dengan Damia tapi papa kena tunaikan janji papa untuk serahkan syarikat papa pada Eijaz” Eijaz mendengus geram.
Nampaknya dia terpaksa juga kahwin dengan Damia. Dia lebih rela kahwin dengan perempuan yang dia tak cinta berbanding melihat Faris memiliki syarikat papanya.
Datuk Marzuki tersenyum mendengar kata-kata Eijaz. “Papa tak pernah mungkir janji. Papa akan uruskan proses pertukaran jawatan secepat mungkin”
*************************************
Eijaz melabuhkan punggungnya di sofa sambil meneguk setin air coke. Zaril hanya memandang kawannya yang seperti tertekan itu. Sebelum datang ke club Eijaz dah menceritakan segalanya pada Zaril.
“Jadi kau akan kahwin juga dengan Damia?” soal Zaril. Keningnya terangkat menanti jawapan dari Eijaz.
“Terpaksa la bro. Takkan aku nak tengok Faris ambil alih syarikat papa aku tu”
“What?? You nak kahwin dengan minah kampung tu? You biar betul Eijaz?” Sarah tak berpuas hati apabila Eijaz bersetuju untuk berkahwin dengan Damia. Selama ini dia yang berusaha untuk dapatkan hati Eijaz tapi last-last minah kampung tu yang dapat kahwin dengan Eijaz
“Takkan aku nak kahwin dengan kau pulak? Kau tengok la cara pemakaian kau macam mana. Kau rasa layak ke nak jadi seorang isteri?” Eijaz memandang pakaian Sarah yang tak cukup kain itu. Skirtnya tak pernah dipakai bawah pada lutut. Walaupun dia bukanlah baik sangat tapi dia akan cari isteri yang pandai menutup aurat dan bukan jenis yang suka berfoya-foya.
“I boleh berubah untuk you Eijaz. You tau kan I dah lama simpan perasaan pada you” Sarah memujuk Eijaz dengan suara manjanya. Berharap Eijaz akan terpikat dengannya.
“Stop it Sarah. Berapa kali aku nak bagitau yang aku hanya anggap kau sebagai kawan je tak lebih dari tu”
Sarah mendengus geram. Jawapan sama yang diterima setiap kali dia meluahkan perasaannya. Apa yang tak cukup pada diri dia ni kalau nak banding dengan minah kampung tu. Dia lebih cantk dan seksi dari semua perempuan yang cuba goda Eijaz. Sebab itu selama ini dia tak pernah kisah kalau ada perempuan yang cuba goda Eijaz sebab dia tau yang Eijaz takkan layan. Sarah yang masih tak berpuas hati terus keluar dari club itu. Takde mood dia untuk lepak malam ni.
“So bila majlis kahwin kau ni?”
“Hujung bulan ni” jawab Eijaz selamba
Tersembur air yang diminum Zaril. “Biar betul? Cepatnya?”
“Papa aku dah tetapkan. Semua dia dah uruskan. Malas dah aku nak bertengkar dengan dia. Karang tak pasal-pasal aku tak dapat syarikat tu”
“Tabah la bro” Zaril menepuk-nepuk bahu Eijaz.
Hello semua! Terima kasih kerana membaca Damia untuk Eijaz
Enjoy your reading
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...