Chapter 3 | ED

50 4 0
                                    

Damia mengetuk pintu bilik bacaan Datuk Marzuki. “Masuk” kedengaran suara dari dalam menyuruhnya masuk. Damia memulas tombol pintu dan memberi salam.

“Assalamualaikum uncle” ucap Damia sambil tersenyum ke arah Datuk Marzuki yang nampak sibuk dengan kerjanya.

“Waalaikummussalam Mia” Datuk Marzuki turut tersenyum lalu menanggal cermin matanya dan diletakkan di atas meja. Datuk Marzuki beralih ke sofa dimana Damia sedang duduk.

“Maaf ganggu uncle hujung minggu ni” Damia tersenyum kelat. Rasa bersalah pula dia apabila melihat Datuk Marzuki sibuk dengan kerjanya.

“Takde apa la Mia. Uncle tak busy mana pon. Saja buat kerja sikit-sikit. Uncle tak suka duduk diam goyang kaki je”.

Itulah Datuk Marzuki. Dia dah biasa sibuk dari zaman muda sebab itu dia boleh menjadi salah seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia ni.

“Ada apa Mia nak jumpa uncle ni?”

Damia hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia tak tau nak mula macam mana.

“Ni mesti pasal yang kita bincang hari tu kan?” Datuk Marzuki menebak.

Damia mengangguk.” Keputusan uncle memang dah muktamad ke? Eijaz mesti kahwin dengan Mia juga ke?”

Datuk Marzuki menghela nafasnya. Dia menatap wajah Damia cuba untuk menyusun ayat.

“Memang itu yang uncle harapkan. Sebenarnya sebelum ibu Mia meninggal dunia, ibu Mia ada pesan dekat uncle supaya jaga Mia sebab dia tahu Mia dah takde siapa-siapa sekarang. Uncle rasa jalan yang terbaik adalah dengan menjadi menantu uncle sebab kalau Mia kahwin dengan orang lain Mia dah terletak dibawah tanggungjawab suami Mia dan bukan lagi uncle

Damia sebak mendengar pesanan terakhir ibunya. Dia tak sangka ibunya ada meninggalkan pesanan pada Datuk Marzuki. Sekarang baru dia faham mengapa Datuk Marzuki beria mahu dia berkahwin dengan Eijaz.

Uncle saja letakkan syarat pada Eijaz supaya dia setuju dengan keputusan uncle. Uncle kenal sangat perangai Eijaz tu macam mana, dia takkan biarkan si Faris tu ambil alih syarikat uncle”.

Sejak Eijaz kecil lagi memang dia dah nampak yang Eijaz suka bersaing dengan Faris. Eijaz tak suka kalau Faris melebihinya dalam apa jua keadaan.

“Mia minta maaf uncle. Mia tak tau yang ibu Mia ada tinggalkan pesan dekat uncle

“Takpe Mia. Salah uncle juga sebab tak bagitau Mia awal-awal. Mia datang hari ni mesti Eijaz yang suruh Mia pujuk uncle kan?” Datuk Marzuki mengjongketkan keningnya.

“Eh tak uncle. Mia sendiri yang nak pujuk uncle” Damia cuba berdalih. Kalau Datuk Marzuki tau teruk dia kena marah dengan Eijaz nanti.

“Tak perlu tipu uncle Mia. Uncle tahu Mia bukan jenis yang suka bangkang cakap uncle kalau perkara tu terbaik untuk Mia”

Damia hanya senyum kekok memandang Datuk Marzuki. Datuk Marzuki sangat mengenali sikap Damia kerana dia dah menganggap Damia seperti anaknya.


Hello semua! Terima kasih kerana membaca Damia untuk Eijaz
Enjoy your reading

Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now