Sampai ke malam Damia tidak bercakap dengan Eijaz. Dia hanya berbaring di atas katil dengan selimut menyelubungi dirinya.
“Damia, makan la sikit. Dari petang tadi kau tak makan” pujuk Eijaz. Dia duduk dibirai katil memerhatikan Damia.
Damia hanya diam tak memberikan respond. Eijaz rasa terseksa diberikan silent treatment seperti ini. Dia dah tak tau nak pujuk macam mana lagi. Eijaz mengeluarkan telefonnya dan mencari nama Zaril.
Eijaz: Bro, aku dah tak tau nak pujuk Damia macam mana. Dia langsung tak nak bercakap dengan aku
Zaril: Sabar bro. Bagi dia masa. Mungkin dia masih terkejut sebab tiba-tiba kena tuduh macam tu
Eijaz: Tapi aku risau la. Dari tadi dia tak makan langsung
Zaril: Aku ni pun tak pandai nak pujuk perempuan. Harap-harap esok dia okay la. Pasal Sarah kau jangan risau. Aku dah bagi warning kaw kaw kat dia
Eijaz: Okay thanks bro
Eijaz menutup telefonnya dan menghela nafas. Dia melihat Damia masih lagi di posisi yang sama. Ikut kan hati mahu saja dia peluk dan pujuk Damia tapi dia takut Damia lagi bertambah marah.
*************************************
Eijaz sedang bersiap-siap untuk pergi kerja. Sempat dia menjeling ke arah Damia yang masih lagi tak bercakap dengannya. Ikutkan mahu saja dia cuti hari ni tapi kerja yang tertunggak semalam perlu disettlekan.
“Damia, aku pergi kerja dulu. Makanan kat sebelah ni jangan lupa makan. Dari semalam lagi kau tak makan” pesan Eijaz sebelum bergerak ke office.
Di office Eijaz tak boleh nak tumpu kan perhatian. Fikirannya asyik melayang memikirkan Damia. Dah hampir setengah jam dia termenung menghadap kertas kerjanya.
Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama Damia di skrin telefon. Cepat-cepat Eijaz mencapai telefonnya dan menjawab panggilan.
“Hello Damia. Kau dah okay ke?” ucap Eijaz ceria.
“Saya call ni nak minta izin untuk balik kampung” bagitau Damia dengan nada mendatar.
“Hah? Kenapa tiba-tiba?”
“Saya dah lama tak balik kampung dan saya nak tenangkan diri kat sana”
Eijaz menghelakan nafasnya. Nampaknya Damia masih belum okay. Kalau dia tak izinkan nanti makin bertambah merajuk pula.
“Okay. Tunggu aku balik nanti aku hantar kan”
“Takpe. Pak Samad boleh tolong hantarkan. Saya nak gerak dah kejap lagi”
“Hah? Kenapa cepat sangat? Tak nak tunggu aku balik dulu ke?”. Mahu saja dia balik ke rumah sekarang tapi kerjanya masih banyak yang belum selesai.
Damia diam tak beri kan respond di hujung talian.
“Berapa lama nak duduk kat sana?”
“Tak tau lagi. Mungkin sampai saya dah betul-betul okay”
“Okay. Hati-hati kat sana. Kalau ada apa-apa call aku” .Eijaz akhirnya mengizinkan untuk memberi ruang kepada Damia menenangkan fikiran.
*****************************************
“Damia takpe ke tinggal sorang-sorang ni?” tanya Pak Samad sambil mengeluarkan bagasi Damia dari bonet kereta. Mereka telah sampai di kampung Damia setelah dua jam perjalanan.
“Takpe Pak Samad. Mia dah biasa tinggal sini”
Dihadapan mereka terdapat sebuah rumah kayu yang masih utuh. Rumah ini merupakan peninggalan arwah ayah dan ibunya. Sebelum ibunya meninggal, setiap tahun Damia dan ibunya akan balik ke rumah ini.
“Kenapa tak balik dengan Eijaz sekali?” soal Pak Samad. Risau dia bila Damia kata nak balik kampung sorang-sorang.
“Eijaz sibuk. Mia tak nak ganggu kerja dia” dalih Damia.
“Okay la kalau macam tu. Pak Samad balik dulu ye. Hati-hati kat sini. Kalau ada apa-apa terus call Eijaz atau Datuk Marzuki” pesan Pak Samad sebelum menghidupkan enjin kereta.
“Baik Pak Samad. Terima kasih” ucap Damia. Dia sangat bertuah kerana Pak Samad mengambil berat tentang dirinya seperti anaknya sendiri.
Damia memandang kereta Pak Samad yang bergerak semakin jauh meninggalkan kawasan rumahnya. Damia berpaling dan menarik bagasinya untuk memasuki rumah.
Pinn! Pinn! Pinn!
Belum sempat Damia masuk ke dalam rumah, kedengaran bunyi hon motorsikal. Damia segera berpaling untuk melihat gerangan orang yang membunyikan hon.
“Assalamualaikum Damia” ucap lelaki itu.
“Waalaikumsalam. Eh abang Hadi” ucap Damia teruja melihat wajah lelaki disebalik helmet itu.
“Damia bila sampai?” tanya Hadi yang masih lagi duduk di atas motorsikal.
“Baru je kejap tadi. Dah lama tak jumpa abang Hadi”
“Tu la. Abang pun dah lama tak jumpa Mia. Maklum la sebelum ni abang belajar jauh. Bila balik kampung je mesti tak sama dengan time Mia balik kampung” rungut Hadi.
Damia hanya tergelak mendengar rungutan Hadi. “Abang Hadi dah habis belajar ke sekarang?”
“Baru je habis. Sementara nak dapat kerja tetap ni abang tolong-tolong la kat kebun sawit ayah abang tu. Berapa lama Mia balik sini?”
“Tak tau lagi. Ikut mood Mia la kot”
“Owh okay. Mia mesti penat kan? Mia rehat la dulu. Abang nak balik dah ni. Kalau Mia nak ajak lepak ke, nak minta tolong ke, cari je abang” pesan Hadi sambil memakai semula helmetnya.
“Baik abang Hadi. Hati-hati” ucap Damia.
Hadi tersenyum mendengar kata-kata Damia. Berbunga hatinya dapat jumpa Damia setelah sekian lama tidak berjumpa. Bibirnya tak henti mengukir senyuman sejak balik dari rumah Damia sampai lah ke rumahnya.
TBC
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...