“Yo Eijaz lama tak nampak kau” sapa Zaril apabila melihat Eijaz masuk ke dalam bilik private mereka di club itu. Sarah yang turut berada disitu tersenyum riang melihat wajah Eijaz.
“Hye Eijaz. Lama I tak nampak you. I rindu you tau” ucap Sarah dengan suara manjanya. Zaril menjelingkan matanya mendengar suara gedik Sarah itu.
“Sorry guys. Biasa la aku kan pengantin baru. Takkan la lepas kahwin nak terus lepak dengan korang kan? Of course la aku nak spend time dengan isteri aku” Eijaz dan Zaril mengekek ketawa mendengar jawapan itu. Saja bagi Sarah panas hati.
“Apa yang best sangat berkepit dengan perempuan tu? Dah la minah kampung, tak pandai nak have fun. Mesti setiap masa dia asyik bagi ceramah agama je dekat you kan?” ucap Sarah geram. Dia sakit hati bila membayangkan Eijaz bermesra dengan Damia.
“Kau ingat isteri aku tu ustazah ke Sarah? Nak bagi ceramah setiap masa?”
Eijaz hanya menggelengkan kepala melihat Sarah yang masih tak berpuas hati dengan perkahwinannya. Dia dah tak tau macam mana nak buat supaya Sarah berputus asa.
“You boleh tak jangan nak sebut perempuan tu isteri you? Sebut nama je dah la. Isteri atas kertas je pun”
Eijaz yang malas melayan perangai Sarah segera menukar topik.
“Weh Zaril. Office macam mana? Semua okay?” soal Eijaz. Zaril merupakan salah seorang pekerja di Jaya Holding dan bekerja di bawah Eijaz.
“Semua okay bro cuma sekarang ni busy sikit sebab papa kau tengah uruskan proses pertukaran jawatan tu” Zaril yang berdiam diri sejak tadi membalas pertanyaan Eijaz.
Eijaz mengangguk mendengar jawapan Zaril. Nampaknya papanya tak mungkir janji.
“Wow! tak lama lagi Eijaz akan pegang jawatan CEO la kan?” ucap Sarah teruja.
“Of course la. Papa dia dah janji kan? Lepas ni kita kena panggil Eijaz dengan panggilan Tuan Eijaz” Mereka bertiga ketawa mendengar jawapan Zaril.
“So, lepas tu you boleh la ceraikan perempuan tu kan? Lepas you dah dapat jawatan tu”
“Sarah, takkan aku la nak terus cerai kan dia? Tak sampai sebulan pun aku kahwin dengan dia” Eijaz hampir fed up dengan perangai Sarah.
“Habis tu bila you nak ceraikan dia? Nak tunggu apa lagi kalau you dah dapat jawatan tu? Memang itu pun motif you kahwin dengan dia kan?” Sarah tak mahu Eijaz stay lama dalam perkahwinannya. Dia takut Eijaz jatuh hati pada Damia dan tak mahu ceraikan Damia.
“Aku nak cerai atau tak itu hak aku. Kau tak perlu masuk campur Sarah” Eijaz cuba mengawal marahnya.
“Betul la Sarah. Kenapa kau beria sangat nak Eijaz ceraikan Damia? Kau ingat Eijaz akan kahwin dengan kau ke lepas cerai kan Damia?” Zaril mula bersuara. Dia pun naik rimas dengan desakan Sarah walaupun orang yang didesak bukan lah dia.
Sarah yang panas hati segera berlalu dari club itu.
Zaril ni bukan nak back up aku. Tak habis-habis nak back up minah kampung tu. Aku kena cari cara supaya mereka bercerai.
Sorry guys chapter ni agak pendek sebab menyampah dengan Sarah 😒
Btw terima kasih kerana membaca Damia untuk Eijaz
TBC
YOU ARE READING
Damia untuk Eijaz
RomanceEijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lem...