Chapter 35 | ED

47 1 0
                                    

Sarah melangkah masuk ke dalam kelab malam itu dengan girang. Baru sekejap tadi Eijaz menelefonnya untuk ajak berjumpa di tempat biasa.

"Hai Eijaz. Dah lama ke you tunggu?" sapa Sarah setelah membuka pintu bilik private mereka itu. Dilihat sekeliling bilik itu. Yes! Hanya dia berdua saja dengan Eijaz.

"Ada apa you nak jumpa I? You rindu I eh?" tanya Sarah dengan manja sambil menyilangkan kakinya. Jelas kelihatan pehanya yang terdedah.

Eijaz hanya mendiamkan diri tanpa memandang ke arah Sarah. Tidak sedikit pun dia tergoda dengan peha Sarah yang terdedah itu.

Serentak itu juga pintu bilik itu terbuka luas.

"Sorry bro. Aku lambat" ucap Zaril yang tercungap-cungap sambil mengambil nafas di muka pintu.

Cis! Ada juga Zaril ni. Ingatkan Eijaz hanya panggil dia saja.

Eijaz memang sengaja mengajak Zaril sekali kerana dia tak mahu hanya berdua-duaan dengan Sarah. Dia tidak mahu ada yang menabur fitnah.

"Kau buat apa dekat Damia?" tanya Eijaz dengan matanya yang tajam merenung ke arah Sarah.

Sarah mendengus geram. Hanya sebab ni Eijaz ajak jumpa?

"I buat apa? I tak buat apa-apa pun?" jawab Sarah pura-pura tak tahu.

"Kau jangan nak tipu aku Sarah". Eijaz melemparkan senyuman sinis pada Sarah. Zaril hanya diam memerhatikan mereka berdua.

"I memang tak buat apa-apa. Ni mesti perempuan tu dah tuduh yang bukan-bukan pasal I kan?"

"Perempuan tu nama dia Damia. My wife. Sekali lagi aku tanya apa yang kau dah buat dekat isteri aku". Kesabaran Eijaz makin menipis apabila Sarah cuba bermain tarik tali dengannya.

"Kan I dah cakap yang I tak..

Tang!!

Kata-kata Sarah terhenti apabila Eijaz menumbuk kuat meja yang berada dihadapan mereka. Nasib baik tak pecah meja kaca itu ditumbuknya. Bahu Sarah terhincut melihat Eijaz yang naik angin tu.

"Sarah, just tell the truth. Kau pijak kaki Damia kan?" celah Zaril. Dia tak mahu Eijaz semakin naik hantu.

Dah lama dia tak melihat Eijaz hilang sabar seperti itu. Kali terakhir dia melihat Eijaz seperti itu adalah empat tahun lepas apabila Eijaz menolak seorang gadis yang asyik menggodanya walaupun dia telah memberikan amaran.

"Mana ada. Aku terpijak la. Bukan saja-saja pijak. Eijaz please percaya cakap I". Sarah menelan air liur apabila melihat Eijaz masih merenungnya dengan tajam. Rahang Eijaz bergerak-gerak cuba menahan kemarahan.

"Kau tak payah tipu aku. Zaril dah nampak segala-galanya. Kau memang cari nahas kan? Apa yang kau tak puas hati dengan isteri aku?"

"Sebab dia rampas you daripada I. Sepatutnya I yang jadi isteri you bukan perempuan sundal tu"

Pang!!

Serentak itu juga satu tamparan hinggap di pipi Sarah. Sarah yang terjatuh akibat tamparan itu memegang pipinya yang terasa pijar. Eijaz yang berdiri di hadapannya dipandang dengan ketakutan. Belum pernah dia melihat Eijaz segarang ini.

"Don't talk shit about my wife. Jangan sesekali kau sentuh Damia lepas ni kalau kau tak nak kena lebih teruk dari ni". Dia paling pantang apabila orang mengata buruk pasal orang yang dia sayang.

Eijaz segera meninggalkan Sarah yang masih terduduk itu. Tak dihiraukan Sarah yang masih dalam kesakitan itu. Kalau orang nak kata dia tak gentleman sebab pukul perempuan pun dia tak kisah. Asalkan dia dapat balas apa yang dibuat pada isterinya. Zaril juga turut mengikuti Eijaz dari belakang.

"Argh!!" jerit Sarah apabila Eijaz dan Zaril telah keluar dari bilik itu. Sakit hatinya apabila Eijaz mempertahankan Damia.

***********************************

"Abang pergi mana?" tanya Damia apabila melihat Eijaz masuk ke dalam bilik. Jam di dinding menunjukkan pukul 11 malam.

"Abang pergi jumpa kawan tadi" jawab Eijaz lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Damia. Sengaja dia tidak beritahu tujuan dia berjumpa dengan 'kawannya'.

"Mia dah cuci luka?". Kaki Damia yang berbalut itu dipandang Eijaz.

Damia menggelengkan kepalanya. "Tak sempat lagi. Tadi sibuk siapkan assignment"

"Meh abang tolong cucikan". Eijaz menarik perlahan kaki Damia dan diletakkan di atas ribanya.

"Takpe ke? Abang kan baru balik". Damia tak mahu susahkan Eijaz.

"Takpe. Abang tak penat pun"

Eijaz membuka balutan itu perlahan-lahan. Kemudian dia mencuci luka itu dengan antiseptic. Berkerut dahi Damia menahan pedih apabila antiseptic itu mengenai lukanya.

"Mia tahan sikit ye"

Setelah selesai menyapu ubat, Eijaz membalut kaki Damia dengan bandage yang baru.

"Terima kasih" ucap Damia sambil tersenyum.

"Kasih diterima" ucap Eijaz. Sengaja mengusik Damia

Damia buat-buat tak dengar dengan kata Eijaz. Saja je nak bersweet-sweet malam ni.

"Eh tangan abang kenapa luka tu?" tanya Damia yang baru perasaan tangan Eijaz yang luka di buku ruasnya.

"Oh ni..ar..abang terjatuh tadi" bohong Eijaz. Dia tak perasan tangannya luka tadi. Perasaan marahnya yang membuak-buak tadi telah menutup rasa sakit ditangannya.

"Macam mana boleh jatuh? Abang ni macam budak-budak la. Meh sini Mia cuci luka abang". Damia mengeluarkan minyak gamat dan plaster yang memang sedia ada dalam begnya.

"Takpe Mia. Nanti abang buat sendiri"

"Takpe biar Mia tolong abang. Tadi abang dah tolong Mia". Damia menarik tangan Eijaz dan diletakkan di atas pehanya.

Luka itu dicuci terlebih dahulu sebelum Damia menyapukan minyak gamat. Kemudian dia membuka plaster yang masih baru itu dan menampalnya di kawasan luka.

"Okay dah siap"

"Thanks Mia". Eijaz memerhatikan plaster yang ditampal Damia. Tersenyum dia seorang diri apabila Damia seperti risau tentang dirinya.

"Abang nak mandi dulu. Rasa melekit badan ni. Kalau Mia dah mengantuk, Mia tidur la dulu" ucap Eijaz lalu bangun dari duduknya.

Damia hanya mengangguk dan memandang Eijaz yang berlalu ke dalam bilik mandi.

Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now