Chapter 1 🌷

76 3 0
                                    

Minuman coklat panas itu disisip perlahan-lahan sambil membalas mesej kawan-kawannya. Tiba-tiba, ada satu figura yang menergahnya dari belakang. "Arghhhhhh, abang Is ni kannnnn, terkejut la adik. Tak sempat kahwin dah arwah sebab kena heart attack." Marah Inara Sophea sambil mengurut dadanya akibat terlalu terkejut dengan sergahan abang sulungnya, Iskandar Saifullah.

"Alololololo, kesian adik abang yang sorang ni. Sorry lah, abang saja nak kacau adik. You know that I really miss you my princess." Pujuk Iskandar Saifullah sambil memeluk adik bongsunya itu. Satu-satunya adik perempuannya.

"Ni kenapa order air je ni, mana makanan? Adik tak lapar ke?" soal Iskandar sebaik melihat hanya segelas coklat panas yang berada di atas meja.

"Lapar la abangku sayang. Nak ajak abang makan nasi kandaq la ni. Jom la abang kita pi pekena nasi kandaq Sulaiman tu. Lama dah mengidam ni." Rengek Inara manja dengan abangnya. Sepanjang dia berada di London selama 5 tahun, hanya tiga kali sahaja dia pernah pulang ke tanah air atas urusan tertentu. Sudah tentulah tekaknya amat teringin mahu makan makanan Malaysia.

Jika menjelang cuti semester, pasti Inara akan pulang ke rumah keluarga angkatnya yang juga tinggal di situ kerana mahu berjimat cermat. Inara juga sangat rajin bekerja sepanjang cuti semester sebagai pelayan di cafe untuk mengisi masa lapang dan juga mengumpul duit. Walaupun keluarganya datang dari golongan yang agak senang, itu bukanlah menjadi tiket untuknya menghabiskan harta keluarganya.

"Amboi, nasi kandaq yer.... Okey lah jom. Abang pun dah lama tak makan. Meh abang tolakkan troli tu. Mesti budak comel ni penat kannn." Iskandar bersetuju dengan cadangan adiknya. Lalu mereka berjalan menuju ke kereta. Iskandar meletakkan bagasi milik adiknya itu di dalam bonet manakala Inara pula sudah awal-awal masuk ke dalam kereta di bahagian passenger.

Setelah selesai menyimpan bagasi tersebut, kereta Honda Civic milik Iskandar itu pun meluncur laju dari KLIA menuju ke restoran Nasi Kandar Sulaiman. Sampai di restoran, Inara menjadi rambang mata dengan aneka pilihan lauk yang ada. Sungguh dia sangat merindui masakan seperti ini. Setelah mengambil makanan, Inara Sophea dan abangnya memesan air. Dengan penuh berselera Inara memulakan aktiviti utamanya.

"Ya allah , fabiayyi ala irabbikuma tukazziban. Sedapnya nasi kandar ni abang. Lama nya tak makan." Penuh syahdu Inara menikmati nasi kandar yang sudah lama diidamnya.

Iskandar menggeleng kepala melihat gelagat adiknya yang menikmati makanan kegemarannya. Melihat adiknya yang menggigit kari sotong yang diambil dengan penuh nikmat itu membuatkan Iskandar tergelak kerana terlalu terhibur melihat adegan itu.

"Ishhh, adik ni makan la proper sikit. Habis comot mulut tu." Dia pun mengambil sehelai tisu lalu mengelap mulut adiknya yang sedikit comot dengan kuah kari sotong. "Haihhh adik aku ni, tau la lama tak makan makanan Malaysia. Kalau yer pun makan la sopan sikit." Desis Iskandar di dalam hati.

"Hehe, Sorry lah abang. Terlalu syahdu dengan nikmat Allah bagi hari ni. Alaaa, bukan selalu pun boleh makan cam ni. Tapi lepas ni kira selalu la sebab dah habis belajar." ujar Inara membela diri.

"Abang Is, jom kita pergi cari dessert pulak. Kita kene ada pencuci mulut, baru lah lengkap hidup ni." Kata Inara yang telah selesai membasuh tangan.

"Ya Allah budak ni. Tak kenyang lagi ke adikku sayang. Perut Abang Is ni macam nak meletup dah." Kata Iskandar. Memang orang perempuan ni kalau bab-bab dessert memang selalu ada ruang dalam perut tu. Mahu tidak mahu terpaksa juga lah Iskandar menuruti kehendak adiknya itu.

Bersorak lah si Inara Sophea dapat aiskrim yogurt kegemarannya itu. "Thank you so much abang. This is the life." Kata Inara sambil memeluk lengan abangnya itu.

"Haaaa, sukalah tu. Okey, now kita nak pergi mana pulak ni? Tanya Iskandar kepada adiknya itu. Tahu sangat perangai adiknya yang tidak kenal erti penat itu. Jet lag tak jet lag, dia tak kisah asalkan dia boleh pergi jalan-jalan.

"Hmmmm, nak pergi mana lagi yer... Kita balik dulu je la abang. Lagipun dan nak pukul 5.30 dah ni. Nanti ummi bising pulak sebab balik lambat. Esok pulak la fikir nak pergi mana." Kata Inara yang masih lagi menikmati aiskrim yogurtnya itu.

"Adik ni sihat ke tak? Demam ke? Biar betik adik abang ni nak balik rumah terus." ujar Iskandar yang agak terkejut dengan apa yang adiknya baru katakan.

"Apa pulak demam, lagipun dah lewat la sekarang ni. Adik tak nak tadah telinga kat ummi nanti. Esok kita go on la dengan plan kita. Hari ni kita hold dulu okey?" kata Inara. Tahu sangat dia dengan perangai umminya yang agak tegas dan kuat berleter tu.

"Okeylah kalau macam tu. Jom lah balik. Ummi abah dah tunggu kat rumah tu. Rindu anak bongsu dah tu." Kata Iskandar. Seraya itu menuju ke kereta untuk pulang.

DIA IZRAEL SUAMI AKU  [Complete]Where stories live. Discover now