Hari yang paling mendebarkan buat Inara Sophea telah pun tiba, hari di mana dia akan disatukan dengan lelaki yang bernama Shah Abdul Mateen. Sungguh dia tidak pernah berasa gugup seperti ini sepanjang hidupnya. Perasaannya bercampur baur saat ini.
Wardah sedang mengenakan solekan pada wajah Inara untuk menaikkan seri wajahnya sebagai pengantin pada hari ini. Wardah memang mempunyai bakat yang hebat dalam solekan, kerana itulah dia menjadi orang yang Inara Sophea pilih sebagai MUA pada hari bahagianya.
Kemuadian Hani pula membantu Inara memakai busana serta aksesorinya. Hani memakaikan tiara dan veil pada Inara. Sungguh anggun Inara yang mengenakan baju kurung lace berwarna putih itu. Pasti Shah akan jatuh hati.
"Wei, aku nervous sangat la. Korang rasa aku buat keputusan yang betul ke hari ni? Kalau aku nak cancel boleh tak? Jantung aku nak tercabut dah ni." Ujar Inara yang sudah mula dengan idea mengarutnya itu.
"Woi, kau jangan macam-macam ye Inara. Aku ruqyahkan juga kau ni karang. Tak payah risau, kitorang ada dengan kau ni. Jangan lah kau fikir pelik-pelik pula." Ujar Hani lalu menepuk bahu sahabatnya itu. Kalau dah nervous memang ayat yang keluar dari mulut Inara Sophea tak pernah masuk akal.
"Kau jangan pelik-pelik Nara. Kita dah siap ni, tinggal nak pergi masjid je nanti.' Ujar Wardah pula.
Dengar bunyi ketukan pintu, muncul wajah Puan Munirah di muka pintu. "Ni dah siap ke belum adik? Kita nak kena gerak dah ni. Besan ummi text dah tadi kata pihak diorang baru sampai." Kata Puan Munirah.
"Dah siap dah ni aunty, the bride is ready." Ujar Hani sambil mengangkat thumbs up. Puan Munirah membalas thumbs up Hani dengan wajah gembira.
"Masyaallah, cantik betul anak ummi ni. Tahu-tahu nak jadi isteri orang dah kan. Rasa macam baru semalam je hantar adik masuk tadika." Ujar Puan Munirah sebak.
Inara yang tidak mampu berkata-kata terus memeluk umminya itu. Lalu mereka pun turun untuk bersedia ke masjid. Dalam perjalanan ke masjid, bibir Inara tidak henti-henti berselawat mahu menenangkan hatinya yang mula gelisah itu.
Sampai di masjid, Fateh membuka pintu kereta buat adiknya itu dan Iskandar menghulurkan tangan bagi membantu adiknya untuk turun dari kereta. "Abang, adik nervous semacam dah ni. Kalau kita balik boleh tak?" tanya Inara yang sudah seperti cacing kepanasan.
"Ehhh kita dah sampai ni cik adik, bakal suami awak pun dah tunggu kat dalam. Jangan merepek lah. Jom." Kata Fateh yang kenal benar perangai aneh adiknya itu.
Mereka pun mula masuk ke dalam ruang masjid. Terlihat seorang pemuda yang duduk di hadapan abahnya bebaju melayu berwarna putih. Semua mata mula memandang Inara, terus menunduk wajah gadis itu apabila menjadi perhatian.
Shah mula berpaling ke belakang, terlihat seorang wanita berbusana putih yang mengambil tempat duduk di sebelah mummynya. "Subhanallah, indahnya ciptaanmu wahai sang pencipta." Desis Shah di dalam hati.
"Nampaknya pengantin lelaki kita ni tak sabar dah ni Encik Farid, dari tadi tak berkelip pandang anak encik." Seloroh Imam masjid tersebut. Tetamu yang berada di situ juga turut tertawa. Shah hanya mampu tersenyum kambing.
Imam pun memulakan khutbah nikah setelah semua bersedia. Dalam khutbah tersebut, Imam menyebut tentang tanggungjawab suami dan isteri. Selain itu juga Imam juga menegaskan bahawa lafaz cerai tidak boleh dibuat main serta cerai juga merupakan perkara halal yang tidak disukai Allah.
Setelah selesai khutbah, tiba pula acara lafaz nikah. Setelah Imam memberi isyarat, Encik Farid mula bersedia sebagai wali yang akan menikahkan Inara Sophea.
"Baiklah, kita mulakan sekarang yer. Bismillahirrahmanirrahim, Shah Abdul Mateen bin Aminudin." Ujar Encik Farid yang menghulurkan tangannya untuk acara ijab.
"Saya." Jawab Shah yang sedang menyambut tangan yang dihulur oleh Encik Farid.
"Aku nikahkan akan dikau dengan satu-satunya anak perempuanku, Inara Sophea binti Muhammad Farid Tarmizi dengan mas kahwinnya 23 dinar emas tunai." Ucap Encik Farid yang melafazkan ijab.
"Aku terima nikah Inara Sophea binti Muhammad Farid Tarmizi dengan maskahwinnya 23 dinar emas tunai." Ucap Shah yang melafazkan qabul. Dengan itu sempurna sudah acara lafaz akad .
Secara rasminya Inara Sophea sah menjadi isteri Shah Abdul Mateen. Air mata Inara gugur tatkala lafaz ijab bapanya dijawab oleh Shah. Sebak bercampur terharu. Akhirnya dia menjadi milik Shah Abdul Mateen buat selamanya.
Setelah selesai Imam membaca doa, majlis diteruskan pula dengan acara lafaz taklik dan diikuti pula dengan solat sunat nikah yang dilakukan oleh pengantin lelaki.
Setelah Shah selesai melakukan solat sunat nikah, Shah pun datang menghampiri isterinya. Dia pun meletakkan tangannya di ubun-ubun Inara dan mula membaca doa.
Setelah selesai membacakan doa, Puan Sri Haliza menghulurkan cincin pada Shah. "Nah boy, pakaikan kat jari isteri tu," Kata Puan Sri Haliza dengan wajah yang ceria.
Shah pun mula menyentuh tangan isterinya itu, terasa sangat sejuk. Nampak sangat Inara terlalu gementar. Dia pun menyarung cincin yang dihulur pada jari manis isterinya itu.
Inara pun menyalami tangan suaminya itu dengan penuh rasa cinta dan kasih. Ya, lelaki ini suaminya sekarang.
Inara pun mengambil cincin yang dihulur ibunya lalu menyarungkan ke jari manis milik Shah. Tangannya menggeletar saat memegang tangan suaminya itu.
"Ehhh awat ketaq tu, tok sah takut lah. Dah sah dah pun, tak berdosa aih, tapi dapat pahala lagi." Usik Imam masjid tersebut. Saudara-mara yang ada mula tertawa melihat gelagat pengantin baru tersebut.
Malu Inara apabila diusik begitu. Setelah menyarungkan cincin dijari suaminya itu, Shah mengangkat dagu Inara untuk menghadap mukanya lalu mengucup dahi isterinya itu sambil berbisik "Assalamualaikum bidadari syurga abang."
Semua tetamu mula bersorak melihat adegan romantik tersebut. Mereka berdua hanya mampu tersenyum. Kini bahagia milik mereka.
Setelah selesai sesi bergambar di serata ruang masjid, mereka pun berjalan menuju ke perkarangan masjid. "Okay semua, sesi photoshoot kat sini dah habis, so sekarang kita nak bagi ruang kat pengantin baru kita ni untuk rehat dulu." Ujar Fateh yang mula untuk memberikan arahan yang seterusnya. Maklumlah, dia adalah orang yang dipilih mastermind untuk menguruskan aktiviti pada hari ini.
"So, sekarang ni, semua orang kene bergerak tempat yang kita dah plan." Kata Fateh lagi.
"Pengantin perempuan still kena naik dengan abang lagi ye. Malam ni baru Abang bagi dekat pengantin lelaki." Ujar Iskandar sambil tertawa. Fateh juga mengangkat thumbs up tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh abangnya itu.
#Enjoy yer guys chapter kali ni. sila comment if ada kekurangan supaya sy boleh improve next time. hugs for everyone
#Mcm biasa lah, lagu yg sy letak is lagu yg sy sendiri dgr smbil bca this chapter, but if tak suka boleh ikut citarasa masing-masing yer.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...