Chapter 45 🌷

42 0 0
                                    

"Sabarlah Iz, aku yakin Nara akan selamat." Ujar Iskandar Saifullah sambil menepuk bahu adik iparnya itu. Mereka sedang sama-sama menunggu Inara yang sedang berada dalam bilik pembedahan.

"Aku takut Is kalau Nara tinggalkan aku. Semua ni salah aku Is. Kalaulah aku lindungi dia betul-betul, semua ni takkan jadi." Tutur Shah dengan suara lirih. Rasa bersalah menyelubungi diri.

"Tak Iz, semua ni memang dah tertulis. Kau kena kuat untuk Nara. Kita kena terus berdoa dekat Allah." Ujar Iskandar yang cuba memberi kekuatan kepada Shah. Dia tahu Shah terlalu sayangkan adiknya.

"Is, ummi abah macam mana? Diorang cakap apa?" tanya Shah yang teringatkan tentang kedua-dua mertuanya itu memandangkan Iskandar berada di sini.

"Kau jangan risau lah pasal tu. Aku dengan Fateh dah bagi tahu ummi abah yang Nara selamat. Biarlah yang berlaku ni kita je yang tahu. Kadang-kadang ada sesuatu perkara tu, lebih baik kita rahsiakan." Jelas Iskandar. Dia tahu yang shah risau tentang pandangan ummi abahnya terhadapnya.

"Terima kasih Is. Terima kasih banyak-banyak." Ujar Shah lalu memeluk tubuh Iskandar.

Iskandar mengangguk. Dia yakin ummi dan abahnya tidak perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku. Cukup mereka tahu yang Inara mengalami kemalangan dan sekarang dia sedang dirawat. Padanya, apa yang telah terjadi, akan mereka semua jadikan sebagai pengajaran.

Fateh yang baru tiba di hospital terus meluru ke arah mereka berdua. "Adik macam mana Is?" tanya Fateh yang baru sampai.

"Doktor belum keluar lagi. Tak tahu lah macam mana." Jelas Iskandar.

"Mikael dengan Bloody Angel macam mana Fateh?" tanya Shah.

"Mikael dah tak de Iz, dia meninggal kat tempat kejadian. Ahli The Bloody Angel lain yang masih hidup, kita akan tahan untuk soal siasat pasal penjualan dadah diorang. Kau jangan risau, semua dah settle dah." Beritahu Fateh.

Shah hanya mengangguk. Sebenarnya dia agak rasa bersalah dengan pengakhiran Mikael. Tak sangka yang sahabatnya yang dulu, kini meninggalkannya sebagai musuh.

Tidak lama kemudian, seorang doktor perempuan keluar dari bilik pembedahan. Pantas mereka bertiga meluru ke arah doktor tersebut.

"Doktor, macam mana dengan keadaan isteri saya?" tanya Shah yang sudah tidak sabar untuk mengetahui keadaan isterinya itu.

"Alhamdulillah, keadaan Puan Inara telah stabil dan kandungannya juga selamat." Ujar doktor tersebut dengan senyuman.

"Kandungan? Apa maksud doktor?" tanya Shah yang bingung.

"Puan Inara disahkan mengandung 5 minggu. Cuma dengan keadaan rahim Puan Inara yang tidak normal, Kami perlu memantau keadaannya secara berkala memandangkan Puan Inara juga masih belum sedarkan diri lagi. Kami akan pindahkannya ke wad biasa dan encik boleh menunggunya di situ." Jelas doktor itu dan meminta diri untuk pergi.

Shah dengan pantas terus melakukan sujud syukur walaupun masih lagi dalam keadaan yang terkejut. "Is, Fateh, aku akan jadi ayah kan?" tanya Shah yang masih lagi berasa seperti bermimpi.

"Yup bro, kitorang pula akan jadi uncle. Alhamdulillah, semua ni dengan izin dan rahmat Allah SWT." Ujar Fateh yang berasa amat gembira mengetahui berita itu. Mereka pun berjalan menuju ke wad yang menempatkan Inara.

Setelah selesai melakukan solat Isya, Shah menyambung pula dengan solat sunat hajat. Dia berdoa bersungguh-sungguh agar isterinya itu cepat sedar.

Siap melakukan solat, Shah duduk di kerusi di tepi katil isterinya itu. Matanya sayu melihat bibir Inara yang lebam, bahu Inara yang berbalut. Sungguh dia berasa gagal menjadi seorang pelindung buat isterinya itu.

Dia mengusap lembut pipi Inara dan menhadiahkan sebuah ciuman. "Sayang tak nak bangun ke? Tak rindu abang ke sayang? Abang rindu nak dengar suara sayang, abang rindu nak tengok senyuman manis sayang, mulut muncung sayang bila merajuk dengan abang. Abang terlalu rindukan semua tu. Bangun lah sayang." Ujar Shah sambil menggenggam tangan isterinya itu.

Namun sayang, tiada respon dari Inara. namun itu tidak membuatkan Shah berputus asa. Dia akan tetap tunggu Inara sehingga wanita ini membuka matanya. Tanpa sedar, Shah tertidur di atas kerusi itu sambil genggaman tangannya dengan Inara tidak dilepaskan.

"Jangan sentuh aku lah! Aku benci kau! Jangan pegang aku lah setan!" jeritan Inara membuatkan Shah terjaga dari lenanya. Melihat Inara yang meronta-ronta tapi matanya masih lagi tertutup.

"Ya Allah sayang, calm down, istighfar sayang. Ni abang sayang. Abang, Shah Abdul Mateen, suami sayang." Ujar Shah yang mula mendakap kemas tubuh isterinya yang sedang meronta-ronta minta dilepaskan.

Inara membuka mata dan terasa ada tubuh yang mendakapnya. Dia menolak keras tubuh itu sehingga tercipta sedikit jarak antara mereka. Dia terlihat mata suaminya dan mula menjarakkan lagi dirinya. "Abang please jangan sentuh Nara. Nara dah tak suci abang, Nara jijik." Inara menangis teresak-esak mengenangkan bagaimana dia disentuh oleh Mikael dan dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana tangan dan kakinya diikat.

"Tak sayang, sayang selamat dengan abang. Sayang tak jijik pun. Abang akan selalu terima sayang. Abang minta maaf sayang, kalaulah abang sampai lebih awal, semua tu takkan jadi dekat sayang. Abang betul-betul minta maaf my dear." Shah memeluk erat Inara meskipun Inara menolak keras.

Semakin Inara menolak dan memukul dada Shah, semakin erat pelukan Shah terhadap isterinya. Mahu Inara tahu yang dia selamat dengannya. Mahu berikan semangat buat isterinya.

Sepuluh minit mereka berada dalam posisi begitu membuatkan Inara semakin tenang. Shah meregangkan pelukan untuk menatap wajah isterinya. Terlihat air mata yang sudah kering tersisa di pipi mulus Inara.

Wajah Inara yang sugul itu ditatap dengan penuh kasih sayang. "Sayang, abang bersyukur sangat yang sayang dah sedar. Itulah doa yang abang mohon setiap masa, sekarang Allah dah makbulkan, Alhamdulillah."

"Abang, how was our baby? Dia selamat kan?" Inara bertanya.

"Alhamdulillah sayang, baby ni kuat macam mama dia." Jawab Shah yang mengusap lebut perut Inara yang masih kempis itu.

"Kenapa sayang tak bagi tahu abang pun pasal kandungan ni?"

"Nara bukan tak nak bagi tahu, Cuma Nara tak sempat. Lagipun Nara tak pergi buat check up lagi, just guna pregnancy test je and dapat double line. Nara nak buat check up dulu sebelum bagi tahu abang. Tak nak abang berharap memandangkan keadaan Nara yang macam ni. Nara minta maaf ye abang, tak ada niat pun nak membelakangkan abang." Tutur Inara lemah.

"It's okay sayang, abang tak marah pun. Bila doktor bagi tahu yang sayang pregnant, abanglah orang yang paling bahagia." Ujar Shah sambil mengusap belakang tangan Inara.

"Lepas ni sayang kena jaga kesihatan tau. Baby tu kecil lagi, kita jaga sama-sama anugerah Allah ni." Sambung Shah lagi.

"Insyaallah abang, tak sangka kan Allah bagi Nara peluang untuk rasa nikmat menjadi seorang ibu."

"Ni semua berkat doa dan sabar sayang. And also doa dari family kita. Alhamdulillah."

"Ni sayang tak makan lagi kan, meh abang suapkan bubur." Shah mengambil bubur yang disediakan pihak hospital lalu disua ke mulut Inara.

Pantas Inara menggeleng dan menutup mulut dengan tangannya. "Tak nak bubur, tak sedap. Nara nak makan ayam gepuk." Rengek Inara manja.

"Alaaa sayang, pukul 2 pagi macam ni mana ada ayam gepuk. Esok abang belikan ye." Pujuk Shah. Inara menayangkan muka mahu menangis. Shah pula semakin panik, nampaknya dia perlu melayan karenah mak buyung ni lagi 8 bulan. Nasib lah bini sorang je, kalau empat mahu naya mak karim.


#jangan risau guys, Insyaallah korang akan kembali waras lepas ni sebab dah nak habis dah. HEHEHEHEHEHEHE

#Hope korang enjoy yer part ni. Kalau ada apa-apa sila lah comment and vote lah sekali. love you guys.

DIA IZRAEL SUAMI AKU  [Complete]Where stories live. Discover now