Banyak juga soalan-soalan Puan Sri Haliza kepada Inara. Sangat sama dengan ibunya, puan munirah. " Nara tak ada boyfriend ke?" Tanya Puan Sri Haliza. Berkenan betul dia dengan Inara yang sopan santun dan manis wajahnya.
"Ermm, belum ada lgi aunty. Maybe jodoh tak tak sampai lagi kot. Lagipun busy, tak ada masa nak cari boyfriend." Ujar Inara sophea.
"Busy ke, dia yang garang macam singa kelaparan. Memang tak lah orang nak dekat." tiba-tiba Shah mencelah.
"Amboi, macam dia dah kenal Nara lama. Suka-suka je cakap macam tu." Bantah Puan Sri Haliza. Geram betul dengan mulut anak bongsunya itu yang cakap main lepas.
Inara mengecilkan matanya memandang lelaki itu. Kalau ikutkan, mahu sahaja dia cucuk mulut lelaki yang tak beradab itu dengan garpu yang sedang digunakannya itu.
Setelah selesai makan Inara bersalaman dengan Puan Sri Haliza untuk meminta diri pulang ke pejabat. Tiba-tiba Tan Sri Aminudin berkata, "Boy, boleh tak tolong hantarkan Nara balik office. Daddy nak kene pergi melawat uncle Borhan kat hospital, kene heart attack."
Belum sempat mamat tak beradab itu membalas, "Ehh tak pelah uncle. Nara boleh balik sendiri. Tak payah la susahkan anak uncle pulak. Lagipun area ni senang je nak dapat grab." Ujar Inara yang sehabis baik cuba mengelak dari mamat tak beradab tersebut.
"Ehhh cannot. Tak pe Nara, biar Shah yang hantar Nara balik office. Lagi pun tadi, dia kata nak tengok keadaan office. Boy , guna je kereta daddy. Daddy dengan mummy nanti Pak Mat hantarkan." Kata Tan Sri Aminudin.
Nampaknya kali ini Inara Sophea terpaksa redah juga. Nasiblah hari ni malang sangat.
"Kecil je rasa dunia ni kan, tak sangka tuan hamba yang ni dapat jumpa balik dengan tuan puteri." Shah memecahkan kesunyian di dalam perjalanan.
Inara hanya diam tidak membalas. Malas mahu melayan mamat tak cukup akal macam ni.
"Aiik senyap je, hari tu bukan main lancang sekolahkan kita." Sambung Shah lagi yang masih lagi mahu mencari pasal.
"Aku sekolahkan hari tu sebab perangai kau masa tu macam orang yang tak sekolah. Hari ni kau nampak berakal sikit, buat apa aku nak sekolahkan kau." jelas dan lancar sahaja Inara membalas.
"Uishh, habistu hari tu saya tak cukup berakal ke apa?" tanya Shah pula yang tersentap dengan ayat savage gadis ini.
"Aku tak cakap, kau yang cakap. Betul la tu kot." Balas Inara lagi.
Sampai di kawasan pejabat, Inara Sophea hanya mengucapkan terima kasih dan terus laju turun dari kereta. Malas mahu bertekak lagi dengan mamat tak beradab itu.
"Aikkk, belum sempat aku jawab sama-sama terus hilang. Benci betul dia kat aku ni. Tak pe, hari ni benci, esok mungkin sayang. We'll see tuan puteri. Tuan hamba awak ni bukan sebarangan." Kata Shah setelah kelibat Inara hilang dari pandangan. Suka betul melihat muka gadis itu bila marah.
Tersenyum sendiri Shah Abdul Mateen.
~mungkin inikah yang dinamakan cinta, hati gembira rasa bila kau kata cinta. Siangnya suram, kini menjadi ceria. Hati yang gelisah, akhirnya kini menjadi bahgia~
Genap 4 bulan Inara bekerja di Al Fattah Cooperation. Banyak yang dia dapat belajar. Tapi satu je masalah, hari-hari kene hadap mamat tak beradab tu. Tapi, sepanjang 4 bulan tu, Inara memang sehabis baik mengelak untuk berkomunikasi dengan Shah.
Sedang Inara tekun menghadap skrin laptop, tiba-tiba Ash datang. "Eh Nara, nanti jangan lupa taw pukul 2 petang ni kita nak pergi site visit dekat Cheras. Nanti tunggu aku dengan fawwaz kat bawah, kita naik sekali je." Inara mengangkat ibu jari tanda setuju.
Sampai sahaja di kawasan pembinaan, mereka mula berjalan untuk melihat progress pembinaan. Semuanya mengikut apa yang dirancang. Sedang kontraktor menerangkan tentang kawasan-kawasan di situ, semua mendengar dengan tekun kecuali mamat tak beradab tu.
Shah sudah kedepan untuk melihat kawasan lain. Tiba-tiba besi yang digunakan oleh pekerja untuk memanjat bangunan tinggi itu terbalik dan hampir menindih Shah.
"Shah!" jerit Inara pantas menarik lengan sasa lelaki itu untuk mengelak sehingga menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh.
"Ya Allah, lain kali jalan tu tengok lah dulu selamat ke tak. Kalau aku lambat sikit tadi, kau dah ke rahmatullah tau tak?" kata Inara geram dengan lelaki itu. Semua yang ada di situ membantu mereka untuk bangun.
"Ya Allah Nara! Lengan kau berdarah tu." Kata Ash cemas sebaik melihat lengan baju Inara telah dipenuhi dengan cecair merah.
"Nara, awak ikut saya pergi klinik sekarang. The rest boleh balik dulu. Discussion dah settle kan?" Ujar Shah seraya menarik lengan Inara menuju ke kereta.
~
"Alhamdulillah tak ada apa yang serius, Cuma lukanya agak besar, so dalam 3 minggu mungkin luka baru kering." Kata doktor yang merawat Inara Sophea.
"Nanti suaminya ambilkan ubat di kaunter yer. Ubat sapu sekali dengan antibiotik." Sambung doktor tersebut.
"Ehh doktor, ni bos saya. Bukan suami." Jelas Inara. Tidak mahu dia bersuamikan lelaki tak beradab tu. Tadi dia tolong pun sebab sesama manusia. Lagi pun tak mahulah berlaku kematian di site tersebut. Nanti tak pasal-pasal tukar nama dari kondominium mampu milik jadi kondominium berhantu pula.
"Ouhhh ye ke. Maafkan saya yer. Lagipun both of you are very suit together." Kata doktor tersebut sambil tersenyum dan berlalu pergi. Tersengih Shah. Wowww, very suit. Inara sudah menayangkan muka menyampah.
Dalam kereta, "Nara, terima kasih selamatkan saya tadi. Sorry sangat, sebab saya awak jadi macam ni. Saya betul-betul terhutang budi. Awak cakap je apa awak nak, saya buat untuk balas budi awak." Ujar Shah lalu memandang Inara.
"Kalau anak kucing kat situ pun, aku still tolong. Maybe hari ni orang susah, maybe esok lusa aku pulak ke. Kita tak tau. By the way, thanks bawak aku pergi klinik. Sorry susahkan kau." Kata Inara.
"Tak susah pun. Ni je saya mampu buat. Errr Nara, saya hantar awak balik terus je lah. Sekarang pun dah habis waktu kerja." Ujar Shah yang mengerling jam keretanya.
"Ehh, habis tu kereta aku macam mana. Takkan nak tinggal. Kalau jadi apa-apa macam mana? Pastu aku nak pergi office esok naik apa? Takkan naik unta kot." Tanya Inara Sophea hairan.
"Kereta tu tak apa kat situ. Kan awak dah kunci. Lagi pun security kat office ketat lah. Don't you worry. Esok, saya datanglah pick up awak kat rumah. Kan dah settle masalah. Tak payah nak libatkan unta." jawab Shah bersahaja
"This is an order from your boss. No objections." Sambung Shah. Melihatkan riak muka Inara Sophea yang menahan marah itu membuatnya bahagia. Marah pun cantik.
#harap korang enjoy this part, pliss comment and vote yer.
#if ada apa yang perlu sy improve, sila comment. Thank you support ye. kalau sudi share lah dgn org lain ye.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...