Chapter 39 🌷

33 0 0
                                    

Setelah tiga hari berkampung di hospital, akhirnya Shah dibenarkan untuk pulang. Shah demam disebabkan perubahan cuaca kerana dia baru sahaja pulang dari outstation empat hari lepas.

Sedang Inara memandu kereta sempat juga Inara berleter. "Abang jangan nak macam-macam pergi outstation sana sini ye dalam masa terdekat ni. Kalau abang buat juga, tahu lah Nara wrestling abang macam mana." Ugut Inara tegas.

"Okay I promise to listen to my wife. Risau juga abang masuk hospital balik sebab kene wrestling dengan bini sendiri." Ujar Shah lalu tertawa geli hati.

"Ehhh orang serious dia gelak ye. Nak kena ni." Inara segera mencubit lengan suaminya. Shah mengaduh kesakitan namun sisa tawanya masih ada.

Sampai di rumah, Inara menyuruh Shah berehat di bilik. Dia pula ke dapur mahu memasak makanan kegemaran suaminya, lama rasanya dia tidak masak buat suaminya itu. Kesian, baru balik outstation bini merajuk, demam pula datang.

Sedang Inara memotong sayur kobis untuk digoreng sebentar lagi, tiba-tiba ada tangan yang menjalar memeluk pinggangnya dari belakang. Shah menyembamkan wajahnya pada leher Inara.

Sungguh Inara berasa sangat segan, maklumlah, mereka jarang bermesraan begini. "Abang, kenapa duduk sini? Pergilah rehat dalam bilik, abang kan baru je baik demam."

"Abang tak demam dah, sebab ni lah ubat demam abang." Tutur Shah yang menggeselkan hidung di leher sang isteri. Semakin membahang muka Inara, malu!

"Abang ni, nanti yang lain nampak macam mana? Tak pasal-pasal heart attack Kak Mas tu, dia dah lah nak masuk era warga emas dah. Kalau abang nak duduk dekat dengan Nara, ni duduk kat island kitchen ni." Balas Inara pula.

"No, let me be like this. I love to hold you like this the rest of my life." Jawab Shah pula. Inara terus memalingkan tubuhnya menghadap sang suami dan jarak antara mereka hanyalah kurang dari 2cm.

"Abang ni, nak sweet pun kita kena tengok juga keadaan sekeliling. Dalam rumah ni bukan kita berdua je tapi....." Inara tidak sempat menyambung ayatnya apabila melihat di belakang Shah ada sesuatu.

Shah yang melihat Inara seperti terkejut segera memalingkan tubuhnya untuk melihat apa yang ada di belakangnya. Nohhhh, keempat-empat pekerjanya sedang mengintai mereka di sebalik dinding dapur.

Mereka yang sedar aktiviti mereka telah kantoi, "Ermm saya nak kena pergi basuh kereta ni tuan." Kata Mat Siam kemudian terus berlalu dari situ.

"Saya nak kena pergi basuh kipas kat balkoni, pergi dulu tuan." Haziq pula mencipta alasan kemudian segera ke tingkat atas.

"Errrr haaaa saya tak bagi lagi lipas saya makan." Yus pula segera beredar dari situ.

"Ohhh lupa, pokok keladi tuan saya tak siram lagi, nanti dia haus." Kak Mas pula berlari menuju ke belakang rumah.

"Haaaaa kan dah kata, kat rumah kita ni ada CCTV bergerak tau. Malu Nara, mesti diorang mengendap dari tadi." Ujar Inara yang menutup mukanya.

"It's okay la sayang, kita bukan buat apa pun tadi kan. Dah-dah, meh abang tolong masak. Tapi alasan masing-masing tadi memang susah abang nak brain. Sorang bagi lipas makan, sorang siram pokok keladi, sorang basuh kipas. Nasib lah basuh kereta tu masih boleh dipertimbangkan." Ujar Shah yang tertawa kecil.

"Tu sebab dah kantoi lah jadi macam tu. macam-macam lah diorang ni kan abang." Inara turut menyokong suaminya itu. Yang aneh-aneh sungguh mereka ni.

DIA IZRAEL SUAMI AKU  [Complete]Where stories live. Discover now