Di cafe kegemaran Inara and the ladies....
"Macam tu lah cerita dia wei. Malu aku kau tau tak. Dia pula buat muka selamba. Tak bersalah langsung." Adu Inara kepada sahabat-sahabatnya itu.
"Kau biar betul babe, sampai macam tu sekali. Nampak sangat macam dia dah syok kat kau." Kata Hani diiringi gelak tawa Wardah.
"Kau jangan macam-macam ea, tak nak aku. Dah lah tak beradab, suka buat something ikut kepala otak dia je. Memang tak ngam lah." Bantah Inara. Ingatkan boleh lah minta sokongan, pulak nak kenenkan mamat tu dengannya. Menyampah!
Hani dan Wardah terhibur dengan rajukan kawannya itu. Jangan benci sangat, nanti jadi sayang.
"Hei sayang, kat sini rupanya port lepak dia. Dah makan ke?" Tegur Eman Fahim, suami Wardah yang baru melangkah masuk ke restoran tersebut.
"Ehh sayang, I baru order, tak sampai lagi. You ni dari mana? Macam mana boleh ada kat sini?" Tanya Wardah.
"Hei honey, buat apa tu?" belum sempat Eman menjawab soalan isterinya, datang pula Asyraf Wakeel , suami Hani.
"Ehhh yang you pulak dari mana ni yang? Buat apa kat sini?" Tanya Hani yang terkejut dengan kehadiran suaminya itu.
"Actually kitorang sebenarnya nak keluar makan sekali, and Nampak buah hati kitorang kat sini. So kita nak join lah. Boleh tak?" Terang Eman tentang apa yang berlaku.
"Amboi korang, nak jumpa buah hati. Habis aku ni apa? Buah pinggang sape?" Tanya Inara yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati. Tahulah hanya dia sahaja yang single di situ. Tak hormat langsung.
"Alolololo, ada orang jealous la. Relax lah Nara. Eh tak pe kan kitorang join ni? Plus jap lagi ada sorang lagi kawan kitorang sebenarnya yang nak join jugak. Boleh ke?" Tanya Asyraf. Takut pula dia mengganggu.
"Boleh je, bukan kedai aku pun nak halau korang semua." Jawab Inara Sophea selamba. Masih tidak berpuas hati
Eman dan Asyraf hanya tertawa melihatkan Inara Sophea yang masih tidak berpuas hati. "Hei guys, sorry lambat, tak jumpa parking tadi." Sapa seorang lelaki yang baru sampai di meja mereka.
Pangggg,
Terasa seperti ditampar realiti apabila melihat figura yang menegur tadi. Kenapa perlunya ada lelaki ini di mana-mana. Inara rasa seperti mahu lari dari situ. Tidak sanggu rasanya mahu melalui reality yang pahit ini.
"Ehhh bro, sokay la. Kitorang pun baru sampai. Ni kenalkan, Hani Syahira, isteri aku. Ni pulak Wardah Emyra, isteri Eman. And ladies, kenalkan ni kawan I and Eman masa dekat Auckland dulu. Nama dia Shah Abdul Mateen." Asyraf memperkenalkan Shah kepada isteri dan kawan-kawannya.
"Hi girls, nice to meet all of you. And who is this beautiful angel?" Tanya Shah yang matanya tertumpu pada Inara Sophea. Saja mahu mengusik gadis itu.
Inara mengecilkan matanya sambil memandang ke arah lelaki itu. "Dah keluar dah ayat bangang mamat ni. Ni kalau aku tampar laju-laju pun dikira tak berdosa dah kalau kes macam ni." Desis Inara yang sedang menahan geram namun masih menayangkan senyuman palsu.
"Ouhhh, almost forgot. Ni Inara Sophea which kawan kitorang juga and bestie wife kitorang. Tak boleh berenggang langsung trio ni." Ujar Eman yang mengerling ke arah Wardah.
"Duduklah bro. kita order makan dulu. Then kita boleh la join ladies ni gossip." Kata Eman lagi yang mahu mengusik isteri dan kawan-kawannya.
Tangan Wardah laju mencubit lengan Eman. Bukan main bab mengenakan orang dia ni. Nasib la suami, buat lebih-lebih berdosa pulak.
#Sorry kalau nama kwn ii Inara ni macam pernah dengar, sebab author addicted dengan drama suri hati mr pilot dengan dia semanis honey, so nama tu just inspired je and author tukar sikit ii dah nama tu. That's all, Insyaallah tak jadi isu hangat.
#apa pun harap you all enjoy yer chapter ni. sila comment jika author perlu improve kat some parts. love all of you.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...