Chapter 46 🌷

41 1 0
                                    

                Inara tidak dapat menghabiskan bubur tersebut, rasanya yang kurang sedap mematikan seleranya. "Abang please, Nara tak lalu dah lah."

Malihatkan isterinya yang payah menelan bubur tersebit membuatkan Shah tidak jadi memaksa Inara untuk menghabiskannya. Kalau dipaksa juga boleh jadi dua kemungkinan. First, member tu boleh muntahkan balik semua yang dia makan, second pula bergaduh. Jadi baik lah elak awal-awal.

Shah meletakkan bubur itu di atas meja dan menghulurkan ubat untuk Inara makan. Nasib Inara seorang yang mudah untuk makan ubat melainkan jika ubat itu bertekstur cecair. Kalau ubat cecair yang diberikan, nescaya Inara akan berlari keliling hospital untuk mengelak.

"Okey dah makan ubat so kena rehat pula sekarang." Pesan Shah yang lega melihat isterinya itu selesai menelan ubat yang diberinya.

"Lahhh baru je bangun tadi, tak nak tidur." Tutur Inara manja.

"Haah la kan, habis tu sayang nak buat apa sekarang ni? Jangan ajak abang senam aerobic pulak." Seloroh Shah lalu tertawa.

"Banyak lah abang punya aerobic. Tu yang sayang fikir nak keluar cepat-cepat, bosan betul duduk sini tak boleh nak buat apa-apa." Balas Inara.

"Amboi dia tu, kalau bab-bab cari alasan memang pandai. Sayang tu tak sihat lagi, mana lah boleh keluar lagi."

Inara hanya menayangkan riak tidak berpuas hati. Beberapa minit kemudian terdengar orang memberi salam.

Gembira tak terkata Inara melihat kedua-dua sahabatnya itu yang berada di muka pintu. Wardah dan Hani terus menerpa ke arah Inara lalu memeluknya dengan erat.

"Alhamdulillah kau selamat babe. Kau tau tak kitorang macam orang sasau cari kau hari tu." Ujar Hani sambil mengusap belakang badan Inara.

"Thanks korang sebab concern dengan aku. Sumpah sayang korang dunia akhirat." Tutur Inara.

"Gila ke tak concern, kita ni ibarat macam adik beradik dah tau. Mestilah kitorang care pasal kau. Ehh lupa nak bagi, nah, untuk kau." balas Wardah sambil menghulurkan sebuah kotak yang dipenuhi dengan pelbagai jenis coklat.

"Uishh banyaknya babe. Kau nak suruh aku kudung di usia muda ke?" tanya Inara mahu seloroh.

"Aku tak suruh kau habiskan semua ni dalam masa 3 minit pun kan. Lagipun apa salahnya belanja mommy to be kita ni." Ujar Wardah pula.

"Wait, how did you guys know about this?" tanya Inara yang hairan bagaimana berita ini sudah sampai ke pengetahuan mereka. Tanpa sempat dia menunggu jawapan, dia terus menoleh ke arah suaminya.

Shah hanya menayangkan senyuman tak bersalah persis kerang busuk. "Bertuah punya suami, boleh pula dia pergi viral awal-awal." Inara menggelengkan kepalanya.

"Alahh babe, benda baik kena lah viral. Lagi pun kitorang je tau." Hani cuba menangkan keadaan yang nampak seperti mahu tegang.

"Betul tu Nara, tak yah lah marah laki kau ni. Relax relax sudah. Lagipun, mommy to be tak elok marah, kena cool je." Ashraf pula menyokong hujah isterinya tadi dalam masa yang sama mahu menolong sahabatnya itu. Tak pasal-pasal jadi perang pula Shah dengan Inara.

"Hmm ye lah, takut la tu aku marah kat bff dia." Ujar Inara kepada Asyraf dan Eman yang berdiri di sebelah Shah.

"Gila tak takut, aku tau lah orang mengandung macam mana perangai dia. Unpredictable! Kan sayang?" Asyraf memandang Hani sambil menjongketkan kening.

DIA IZRAEL SUAMI AKU  [Complete]Where stories live. Discover now