Chapter 37 🌷

35 2 0
                                    

                  "Abang tahu perit untuk sayang terima yang suami sayang ni bekas seorang penjenayah. Tapi abang tak mampu nak patah balik masa. Kalau ikutkan, abang sendiri pun sangat bencikan diri abang yang dulu. Masa silam abang sampai sekarang masih menghantui hidup abang. Tapi apa yang abang boleh buat sayang?" Tutur Shah setelah menceritakan apa yang berlaku lima tahun lalu.

Inara pula sedari tadi hanya menjadi pendengar tapi matanya tetap menunduk memandang lantai. Hatinya masih lagi sakit mengetahui tentang semua ini.

"Abang faham kalau sayang rasa jijik dengan abang. Ye lah, tangan abang ni pernah cabut berpuluh-puluh nyawa hanya untuk jadi seorang Izrael. Abang faham kalau sayang tak nak pandang abang, tak nak abang sentuh sayang. Ambillah masa sebanyak mana yang sayang nak. Tapi abang nak sayang tahu yang abang akan tetap tunggu sayang." Ujar Shah dan sekali lagi air mata sesalan keluar dari tubir matanya.

Hati Inara kini berasa sakit yang mencengkam. Shah cuba menggapai jemari Inara namun pantas Inara mengalihkan tangannya lalu terus berlalu menuju ke muka pintu. Sebelum keluar, "Saya minta maaf, tolong bagi saya masa untuk saya terima semua ni." Ujar Inara lalu terus beredar meninggalkan bilik itu menuju ke bilik bacaannya dan menghamburkan tangisan sepuasnya.

"Kenapa kau beri aku ujian sehebat ini Ya Allah. Sungguh hambamu ini manusia lemah Ya Allah. Berikanlah aku sedikit kekuatanmu untuk menerima ujian ini dengan hati yang redha." Luah Inara sambil matanya dibanjiri dengan mutiara jernih.

Shah yang masih ada di bilik rahsia tadi turut menangis. Air mata jantannya tidak henti-henti mengalir dari tadi. Air mata yang penuh sesalan dan kekecewaan. Namun hatinya tetap bertekad akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan semula hati isterinya.

Malam itu, Inara tidak menjamah makanan langsung dan ini membuatkan Shah risau kerana sedari tadi Inara tidak mahu keluar dari bilik bacaannya. Shah segera membawa makanan yang dimasak Kak Mas ke bilik bacaan.

"Sayang, jom makan. Abang dah bawak makanan ni, sayang buka pintu please. Makan sikit sayang, nanti sakit." Tutur Shah seraya mengetuk pintu bilik. Namun tiada sahutan dari dalam, mahu membuka, pintu pula dikunci.

"Sayang, kalau sayang marahkan abang, sayang hukum lah abang seorang. Tapi abang minta sangat jangan lah hukum diri sayang sampai tak makan. Abang boleh terima kalau sayang nak benci abang selama mana yang sayang nak, but please don't hurt yourself honey. I'm begging you." Tutur Shah lagi yang masih mencuba nasib.

Namun masih juga tiada sahutan. "Okey kalau sayang tak nak tengok muka abang, it's okay. Abang tinggal makanan ni kat depan ni tau, nanti sayang makan ye." Ujar Shah lagi lalu beredar menuju ke biliknya.

Selang beberapa minit, kepala Inara terjenggul keluar untuk memeriksa keadaan sekeliling. Setelah dipastikan tiada orang, Inara mengambil makanan tersebut lalu dibawa masuk ke dalam bilik. Tanpa dia sedar sepasang mata sedang mengintainya dari jauh. Tersenyum Shah melihat isterinya itu mahu menjamah makanan yang dibawanya.

"Gila ke tak makan. Aku tahan lapar dari siang tadi taw." Ujar Inara lalu terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya itu. Marah pun marah juga, tapi perut yang lapar tetap perlu diisi. Nasib baik bilik bacaan tersebut ada sebuah sofa, bolehlah dia tidur di situ. Bilik air pun ada jadi Inara tidak perlu keluar untuk ke tandas.

Setelah selesai makan Inara meletakkan kembali pinggan yang sudah licin itu di luar bilik. Selang 15 minit bermain telefonnya, akhirnya Inara terlelap di atas sofa.

Tepat pukul 12 tengah malam, Shah membuka pintu bilik bacaan dengan kunci pendua dan terlihat Inara sedang nyenyak tidur di atas sofa. Hatinya terusik apabila  melihat Inara tidur tanpa sebarang alas untuk menutup kesejukan pendingin hawa.

Segera Shah berlari mendapatkan bantal dan selimut lalu diselimutkan badan Inara dan dilapik kepala Inara dengan sebuah bantal. Dia mengambil tempat di birai sofa dan mengelus lembut pipi gebu Inara.

"Ambillah masa sebanyak mana yang sayang perlukan, Cuma abang nak sayang tahu yang abang tetap akan tunggu sayang. Goodnight my dear wife, sweet dreams. I love you so much." Tutur Shah perlahan. Mahu diciumnya pipi sang isteri itu namun risau pula jika Inara tersedar dari lenanya.

Dia mengambil lagi sebuah bantal lalu terus baring di sebelah sofa yang Inara sedang lena. Tetap mahu tidur di samping isterinya itu. Dia terlalu rindukan wajah manis itu.

Pagi itu Inara tersedar untuk mendirikan solat subuh. Terkejut biawak dia hampir terpijak seseorang yang sedang baring di sebalah sofa itu semasa mahu menuju ke bilik air. "Apa lah yang mamat ni buat kat sini. Dia tak faham ke yang aku nak masa sendiri." Ujar Inara perlahan dengan muka bengang. Terlihat comfortor yang membaluti badannya itu. "Ni mesti dia yang bawak semalam. Tapi dia pula yang tak selimut. Badan tu dah macam ulat gonggok tahan sejuk." Desisi hati Inara lalu meletakkan comfortor itu di atas badan suaminya.

Dia pun berlalu ke bilik air untuk mengambil wudhuk lalu menunaikan solat fardhu subuh. Kemudian terus dia menuju ke arah suaminya yang masih nyenyak itu.

"Ni kalau tak kejut, aku yang dosa. Kalau kejut nanti dia ingat aku dah maafkan dia. Macam mana ea?" Inara mula berfikir apa yang patut dia lakukan.
"Haihhh kejut je lah. Tak pasal-pasal dengan aku sekali dapat dosa kang member tak subuh." Inara mengeluh dan terus mengejut lelaki itu.

"Awak, bangun lah solat subuh. Nanti nak pergi office pula." Inara mengejut suaminya acuh tak acuh malah hanya menarik-narik baju suaminya. Tak bersentuhan kulit langsung.

Shah mula terjaga dari lenanya tapi berasa kepalanya ini amat berat. "Okay sayang. Thank you kejut abang. Sorry ye abang susahkan sayang pagi ni." Ujar Shah lalu berjalan menuju ke bilik tidur mereka dengan kepala yang berpusing.

Inara hanya memandang tidak membalas. Nampaknya marahnya masih belum reda. Sedang Inara mahu mengambil baju di dalam almari di bilik tidur mereka, dia melihat Shah terbaring di atas tikar sejadah sedang memeluk tubuh.

Inara hairan kerana Shah masih belum bersiap lalu dia meluru ke arah suaminya itu. "Awak tak siap lagi ke nak pergi office? Nanti lambat macam mana?" ujar Inara dengan suara yang keras.

"Tak apa, sayang pergi dulu ya, nanti abang bagi tahu Fawwaz abang masuk lambat sikit. Nanti abang pesan kat Mat Siam untuk hantar sayang pergi office yer. Abang minta maaf ye tak dapat pergi office sekali dengan sayang pagi ni." Ujar Shah memandang wajah Inara dengan senyuman. Namun tuhan sahaja tahu peritnya sakit kepalanya pagi ni, badannya pula dari semalam kesejukan.

"Suka hati awaklah, tapi hari ni saya nak pergi sendiri. Malas nak susahkan Abang Mat." Tutur Inara yang masih dengan muka menyampah lalu terus keluar untuk bersiap di bilik lain. Tangan yang dihulur Shah untuk bersalaman itu dibiarkan lalu keluar dari bilik begitu sahaja.

Shah yang masih lagi terbaring hanya mampu memerhati isterinya itu. Kalau beginilah selayaknya dia dilayan hanya untuk memberikan isterinya ruang, dia sanggup. Tapi dia juga manusia biasa yang akan terkesan walaupun sedikit dengan layanan yang dberikan oleh Inara. "Kuatkanlah hambamu ini Ya Allah." Desis hati kecil seorang Shah Abdul Mateen.


#Hai guys, macam mana tu? Are you guys still alright? masih waras ? harapnya semua okay yer.  maaf ye kalau chapter kali ni buat orang rasa tak best ke apa. jangan lupa comment and vote taw.

DIA IZRAEL SUAMI AKU  [Complete]Where stories live. Discover now