"Ummi, hari ni adik nak keluar dengan Hani and Wardah taw. Boleh kan ummi?" ujar Inara Sophea kepada umminya yang sedang menyediakan bihun goreng untuk sarapan.
"Pergi bertiga je kan. Ada lelaki ikut sekali ke?" tanya Puan Munirah meminta kepastian. Risau betul dengan anak daranya.
"Lahhh ummi ni, bertiga je lah. Suami diorang semua outstation. Tu yang boleh cari masa nak keluar sekali ni. Boleh lah ummi. Lama dah tak keluar sekali." Rayu Inara dengan umminya itu untuk keluar.
"Haaa ye boleh. Tapi jangan balik lewat pulak. Sebelum pukul 7 malam dah ada kat rumah yer tuan puteri." Kata Puan Munirah. Bunyi macam gurauan dalam amaran. Rawrrrr garang.
Sebaik mendapat izin, kereta Inara Sophea terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah menuju ke IOI City Mall. Dia telah berjanji dengan dua orang kawannya untuk berjumpa di sana.
Sampai sahaja, Inara terus melangkah masuk ke dalam mall. Matanya masih memandang skrin telefonnya itu. Sedang Inara berjalan untuk mencari kelibat manusia yang ingin dia berjumpa,
"Inara Sophea Muhammad Farid!" jerit seseorang dari arah belakang. Berdiri dua orang wanita yang amat dia rindui.
"Hani! Wardah!, Ya Allah. Rindunya korang. Lama nya tak jumpa." Terus Inara meluru ke arah dua wanita itu.
" Ehhh jom lah kita pergi tempat favourite kita. Then, kita spill semua tea kat situ." Ajak Wardah memandangkan dia mempunyai banyak topic yang ingin diceritakan.
"Let's go!" serentak Inara dan Hani berteriak.
Hampir 2 jam mereka makan sambil bercerita tentang hidup masing-masing memandangkan hampir 4 tahun tidak berjumpa. Banyak topik yang dibincangkan. Kebanyakannya tentang keluarga masing-masing. Inara satu-satunya antara mereka yang belum bertemu jodoh. Mungkin jodohnya sedang cuba mencari arah tuju kehidupan .
"Lama rasa kita tak gathering macam ni taw. Ni mesti sebab laki korang nak melekat kan 24 jam kan, tu yang payah naww nak keluar sekali." Ujar Inara dengan muka mengejek. Saja mahu mengenakan dua sahabatnya itu memandangkan selama ini mereka asyik mengenakannya yang masih single.
"Hahahahahah that is the one of the reasons but yang paling utama is aku busy gila weh sejak dua menjak ni, ramai betul orang tempah slot untuk wedding diorang. Tak menang tangan aku dengan Jack." Jelas Hani sambil menyedut air nya itu.
"Haaaa kau Nara, tak nak tempah slot juga ke, nanti lambat kau kena cari wedding planner dengan designer lain untuk wedding kau. Tak dapat lah discount bestie." Usik Wardah, mahu mengenakan Inara semula.
"Ish kau ni, celah mana nak book nya kalau calon pun tak ada lagi. Aku rasa kan, aku kena mandi bunga lah." Ujar Inara
"Ehh perempuan, kau bukan kena badi nyah, plus kau muda lagi dari kitorang. So tak payah lah risau sangat. Kau jangan layan sangatlah si Wardah ni." Balas Hani yang geram dengan loyar buruk dua sahabatnya itu.
"Hahahahahahah, entah-entah kan, jodoh Nara sebenarnya ada je dekat dalam mall ni, nanti akan berlanggar untuk dipertemukan. Then keluarlah drama melayu baru slot akasia pukul 7. Tepat-tepat orang nak gi masjid nak solat maghrib." Wardah makin galak mengusik.
"Tu lah aku dah pesan, maghrib tengok Indahnya Iman kat astro oasis. Ni tak, kau pergi layan drama yang 10 kali gaduh, 10 kali pujuk , 10 kali lari rumah pastu 10 kali berbaik." Balas Inara pula.
"Ish dah lah korang ni, tak jumpa rindu, dah jumpa perang mulut pula. Ada kang yang kena lesing dengan aku nanti. Jom lah kita pergi shopping, lama dah aku nak lepas gian ni." Hani cuba mahu mengubah topik, malas mahu mendengar perang mulut dua ketul itu.
"Setuju!" teriak Wardah dan Inara serentak.
Mereka mula bangun untuk beredar kerana mereka mahu pergi membeli-belah pula. Sedang mereka berjalan sambil melihat barangan yang ada, tiba-tiba
Gedebukkk
"Aduhhh! Sakitnya." Adu Inara Sophea yang telah jatuh terduduk setelah dilanggar oleh seorang lelaki. Hani dan Wardah membantunya untuk bangun. Lelaki yang melanggar itu hanya teruskan berjalan tanpa menoleh membuatkan hati Inara semakin membara. Pantang nenek moyang betul dengan orang yang tak beradab ni.
"Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu buat bodoh je." Jerit Inara kepada lelaki tak beradab itu. Hani dan Wardah masak sudah dengan perangai Inara Sophea yang pantang dengan orang yang mencari pasal dengannya. Nak menghalang pun tidak mampu.
Lelaki itu menoleh dan menanggalkan cermin mata dengan wajah yang bengang. Lalu dia berjalan mendekati gadis itu. "Awak panggil saya apa tadi? Tak beradab? Habis tu awak nak saya buat apa tuan puteri? Awak nak saya melutut, tolong awak bangun macam dalam drama ke?" kata lelaki itu dengan sinis. Ingat macam dalam drama ke hero tolong heroin. Memang tak lah.
Makin panas hati Inara. Mamat ni memang cari nahas dengannya. "Ada aku suruh kau melutut ke nak tolong aku. At least ada la sikit adab tu bila dah buat salah. Boleh je kau nak minta maaf. Ni tak, kau jalan je macam tak ada apa. Kau sekolah sampai darjah berapa je? Ni la spesies yang bodoh tak boleh nak ajar, cerdik tak boleh nak tumpang!" panjang berjela Inara Sophea menyekolahkan mamat tak beradab itu.
Belum sempat lelaki itu membalas, "Jom la guys, tak kuasa aku nak layan orang macam ni. Buat sakit hati je. Ingat yer tuan hamba, kita ni biar tak ada rupa janji ada adab. Bangang." Laju sahaja Inara Sophea menyambung apa yang terhenti tadi dan meninggalkan lelaki itu.
Lelaki itu diam tak berkutik disekolahkan Inara. "Tak pernah ada sorang pun yang berani cakap macam ni kat aku. I hope we will meet again one day tuan puteri." Desis hati Shah Abdul Mateen. Dalam hatinya bercampur baur perasaan. Mahu marah tapi dalam masa yang sama lucu mendengar yata yang dilontarkan gadis itu tadi.
Tidak tahu mengapa hatinya bagai tertarik dengan 'tuan puteri' tadi. Ayatnya yang agak pedas dan menusuk kalbu bagai terngiang-ngiang di telinga Shah.
"Weh Nara, pedas juga ayat kau tadi, dengan aku-aku terkejut beruk." Ujar Wardah setelah mereka berjalan jauh dari tempat kejadian tadi.
"Aku geram gila dengan jantan macam tu, tak beradab." Balas Inara yang masih lagi tersisa panas hatinya.
"Weh, kau ingat tak tadi apa yang kau cakap dekat Inara masa dekat restoran tadi?" soal Hani yang teringatkan sesuatu.
"Ehhhh haah lah wei. Nara, entah-entah kan, ni lah jodoh kau yang aku cakap akan langgar kau tu." Ujar Wardah yang teruja.
"Banyak lah jodoh kau. Kau cakap lelaki tu akan tolong aku kan, ni aku yang tolong lelaki tak guna tu tadi. Tolong sekolahkan dia. Tu bukan jodoh babe, tu nama dia ba wau dal wau ha." Bantah Inara keras.
"Orang tua-tua cakap jangan benci sangat, nanti jatuh suka." Tutur Hani sambil tersengih.
"Hoi, minta simpang lah nak jumpa lagi mamat tak guna tu. Dah lah babe, tak yah lah ingat lagi. Kita nak gi shopping kan. Aku nak ambil balik mood happy ni. Jom." Tutur Inara sambil menarik tangan kedua sahabatnya itu. Hani dan Wardah hanya menurut. Ni kalau bagi ayat lagi ni, mahu Inara jadi singa sebab asyik kenenkan dengan orang yang dibencinya.
# sorrry ye kalau penyampaian tu macam tak best, sy still mencuba. minta comment if ada yang sy boleh improve.💪🏻
#sy letak lgu yg sy rsa sesuai bila sy sndiri yg bca... It's up to you guys nak dgr dgn lahu apa punn😘😘😘
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...