"Assalamualaikum ummi abah. Adik dah balik ni." Ucap Inara yang mula membuka pintu rumah sambil dituruti Iskandar yang membawa bagasi milik adiknya masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumsalam, ehhhh adikkkk. Rindunya ummi dekat adik. Adik sihat tak? Kenapa makin kurus ni? Tak makan ke? Macam mana flight tadi? Okay tak? Ni lapar tak?" Bertubi-tubi soalan yang Puan Munirah keluarkan sambil memeluk anak bongsunya yang sudah hampir 3 tahun tidak bertentangan mata itu. Mata seorang ibu tidak dapat menipu bahawa dia amat merindui anaknya itu.
"Allah ummi, banyak nya soalan. Mengalahkan polis bukit aman." Ketawa Inara dengan soalan-soalan umminya yang keluar bertubi-tubi bagai peluru. "Alhamdulillah ummi, adik sihat walafiat. Ummi tu sihat tak? Ni abah mana? Tak Nampak batang hidung pun?" Tanya Inara Sophea kerana tidak Nampak langsung kelibat abahnya itu. Padahal jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.
"Abah kamu tu pergi beli satay dekat kedai Pak Man simpang tiga sana tu. Adik kan suka satay ayam dia. Laju la abah tu pergi pick up sebab pagi tadi lagi dia tempah bila tau adik nak balik petang ni." ujar Puan Munirah yang sedang mengacau kuah kacang yang akan dimakan dengan satay malam nanti.
"Ouhhhh patutlah tak ada. Biasanya waktu-waktu macam ni abah ada kat rumah. Ni ummi, nak tanya. Abang Teh mana ummi? Yang tu pun tak nampak batang hidung juga ni." Tanya Inara berkenaan dengan abang keduanya yang merupakan seorang anggota polis.
"Abang Teh ada la tadi. Dia baru balik juga tadi. Dia pergi mandi kot kat atas. Pergilah tengok."jawab Puan Munirah.
Dengan segera Inara Sophea segera naik ke tingkat atas untuk mencari abangnya. Namun abangnya tiada di biliknya, dalam bilik air juga telah diperiksa. "Ummi ni halusinansi ke? Tak ada pun Abang Teh ni. Haihhhhh penat nya" keluh Inara yang gagal mencari abang keduanya. Dengan langkah longlai menuju ke bilik tidurnya yang sudah lama ditinggalkan.
"Haaaaa, frust menonggeng la tu tak jumpa abang kan... alolololo, monyok nyer muka." Secara tiba-tiba abang keduanya muncul di dalam biliknya. Rupanya sedari tadi menunggu adiknya. Terus Inara memeluk tubuh tegap itu kerana terlalu rindu.
Fateh Suhail membalas pelukan adiknya itu dengan lebih erat. Dia juga amat merindui adik bongsunya itu. " Lahhh kenapa mengangis pulak ni. Sorry lah, abang saja je nak usik. Okey ,janji lepas ni abang tak buat macam tu dah. Jangan la nangis. Nanti Abang Is datang kang, dia kata Abang Teh buli adik" ujar Fateh Suhail yang cuba memujuk adiknya yang sudah menangis itu.
"Oooo tau pulak takut Abang Is datang, yang Abang Teh buat adik macam tu tak apa pula." Ujar Inara yang tidak berpuas hati dengan abangnya itu. Fateh pula hanya tersengih seperti kerang busuk.
"Hehe, ye lah. Janji tak buat lagi. Ni adik pergi lah mandi. Busuk dah tu. Tak tahan abang bau." Usik Fateh yang membuat gaya seperti menutup hidung.
"Eleh... adik busuk pun abang peluk juga. Tak nak kawan baru tau" balas Inara.
~
"Assalamualaikum umminya" suara Encik Farid kedengaran memberi salam sambil menjinjing beg plastik yang berisi satay ayam dan daging yang baru dibelinya tadi dan terus menuju ke dapur.
"Waalaikumsalam abahnya. Haaa baru balik awaknya. Adik cari tadi" ujar Puan Munirah yang terus mengambil satay yang dibeli oleh suaminya itu.
Belum sempat encik Farid membalas kepada isterinya, Inara terus datang memeluk tubuh Encik Farid "Abahhhhh, rindunya kat abah sorang ni. Lama nya abah pergi. Beli satay ke abah join masak sekali" Ujar Inara yang masih lagi memeluk abahnya.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...