Chapter 4 🌷

32 1 0
                                    

Tahulah Inara Sophea sekarang yang bapanya dan Tan Sri Aminudin itu rupanya sahabat lama. Bertahun mereka tidak berjumpa. Gembira bila melihat bapanya berpelukan dengan sahabatnya itu.

"Jemputlah minum Min, ni makan kuih ni." Jemput Encik Farid sambil menyuakan pingggan yang berisi karipap kepada Tan Sri Aminudin.

Tan Sri Aminudin mengambil sebiji karipap yang dihulur. "Tak sangka pulak aku yang datang interview hari ni rupanya anak kau. Tu yang aku mintak nak jumpa kau. Mula-mula tadi anak kau dah takut dah kalau aku ni ada niat tak baik." Ujar Tan sri Aminudin sambil tertawa.

Tersedak Encik Farid mendengarkan apa yang diceritakan. Bertuah punya anak, boleh pula dia warning Tan Sri. " Kecik betul dunia ni. Tak sangka aku tu syarikat kau. Alhamdulillah rezeki Inara dapat kerja kat situ. Terima kasih banyak-banyak yer Min." ujar Encik Farid.

"Tak ada apa lah Farid. Kita dah lama kawan. Kau banyak tolong aku. Apa salahnya aku balas budi kau. Lagipun memang company aku tengan cari budak fresh graduate untuk training kat situ dari awal . Boleh belajar dengan senior kat situ." Ujar Tan Sri Aminudin. Sungguh dia banyak terhutang budi dengan Encik Farid.

~

Kesokannya, Inara memulakan kehidupan barunya sebagai seorang arkitek di Al Fattah Cooperation. Semuanya baik, tempat selesa, pekerja di situ juga tidak sombong dan selalu berkongsi ilmu. Sangat positif.

"Nara, Tan Sri nak jumpa kau dalam bilik dia." Beritahu seorang lelaki yang bernama Ash. "Okay Ash. Thank you." Inara pun menuju ke bilik Tan Sri Aminudin dan mengetuk pintu.

"Errr yer Tan Sri. Tan Sri nak jumpa saya ke? Saya ada buat salah ke?" Tanya Inara yang agak risau. Naya la hari pertama dah buat hal.

"Duduklah Nara. Tak payahlah panggil Tan Sri, uncle je sudah. Ni uncle nak tanya, macam mana hari first? Okay ke? Ada orang buli ke?" tanya Tan Sri Aminudin.

"So far okay je uncle. Alhamdulillah everything went well. Everyone here are nice. Thank you uncle bagi Nara peluang kerja kat sini." Jawab Inara.

"Alhamdulillah kalau macam tu. Happy uncle dengar. Nanti ada apa-apa bagi tahu uncle ye" kata Tan Sri Aminudin.

"Okay uncle. Thank you. Kalau macam tu Nara keluar dulu ye uncle." Ujar Inara meminta izin.



#sorry ye heroin masih tak jumpa lagi hero masa ni, sebab next chapter bru jumpa. sorry taw kalau rasa meleret.

DIA IZRAEL SUAMI AKU  [Complete]Where stories live. Discover now