Sampai sahaja di Sunway Resort Hotel, Fateh terus ke kaunter, "Hello, I'm Fateh Suhail, I wanna check my booking under my name please." Kata Fateh yang bertanya kepada receptionist yang bertugas.
Receptionist tersebut mengeluarkan beberapa kad akses untuk masuk ke bilik yang telah ditempah. Setelah menerima kad tersebut, Fateh pun mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.
"Okey, ni bilik bride and bridesmaid untuk rehat and bersiap." Fateh Suhail menghulurkan sekeping kad kepada Wardah.
"Ni pula kad untuk groom and groomsmen. Tapi tak payah nak risau sangat, bilik ni sementara je. Malam nanti pengantin tidur sekali. Abang tak lah kejam sangat." Ujar Fateh Suhail selamba lalu lengannya dicubit oleh Inara kerana geram.
Kemuadian Fateh menyerahkan lagi baki kad yang ada kepada saudara yang lain. Setelah selesai pembahagian kad, semua berlalu menuju ke bilik masing-masing untuk berehat sebelum majlis malam ini bermula.
Setelah kad berjaya diakses, Inara teruja melihat bilik yang tersedia untuknya bersama Hani dan Wardah. "Ni Nara, dalam pukul 3 tu kitorang nak kena pergi rehearsal untuk majlis malam ni. So, sementara kitorang tak ada, kau rehat-rehat la dulu taw." Ujar Hani yang mula membaringkan dirinya di atas katil.
"Alaaa, kenapa aku tak kene rehearsal pula? Aku la patut yang kena datang kan?" Ujar Inara yang tidak berpuas hati
"Ehhh tak boleh, ni arahan mastermind. Lagi pun nak buat surprise la dekat pengantin. So nanti bila kau masuk wedding hall tu, baru lah kau terkejut sikit kan." Ujar Wardah yang membantah Inara.
"Alaaa, nanti kang kalau tak datang rehearsal, mesti la aku kelam kabut and tak tau nak buat apa malam ni. Nanti jadi apa-apa cam mana?" ujar Inara yang masih mencari alasan.
"Kau tak payah mengada sangat ye. Kitorang ada la malam ni, kau nak risau apa. Just follow the flow je. Dah, keputusan muktamad. Ini arahan tegas mastermind." Ujar Hani tegas, tidak mahu kejutan malam ini diketahui awal oleh sahabatnya itu.
"Ish sape mastermind majlis malam ni ni? Curious sangat la identity dia ni.?" Tanya Inara yang ingin tahu.
"Nak tahu? Rahsiaa. Tapi malam ni kau akan tahu lah. So macam yang Hani cakap, kau just follow the flow je lah ye." Ujar Wardah
Inara sudah membuat muka tak puas hati. Tapi mahu tidak mahu terpaksalah dia menurut. Tu lah, busy sangat sebelum majlis, kan dah ada mastermind majlis yang dia sendiri tak tahu siapa. Yang aneh-aneh betul mastermind ni punya plan untuk majlis ni.
Sementara kawan-kawannya pergi ke rehearsal majlis, Inara menikmati makanan yang dihantar oleh pihak hotel ke biliknya itu sambil menonton rancangan kegemarannya di aplikasi tiktok.
Selesai makan, Inara membuka bahagian mesej. Pada mulanya, dia ingin mesej Shah namun dia membatalkan sahaja niatnya itu. Kejadian di masjid pagi tadi masih belum dapat dihadam. Perasaan malu masih lagi menyelubungi dirinya. Sedar tidak sedar, Inara terlelap kerana terlalu bosan di dalam bilik.
"Ehhh cik pengantin, bangun lah awaknya. Pergi lah mandi, solat Asar. Nanti nak ready untuk malam ni pula." Ujar Hani yang sedang mengejutkan Inara dari lenanya itu.
"Weh, dah pukul bearapa? Ya Allah, macam mana boleh terlelap ni?" kata Innara yang baru terjaga.
"Ehh relax la cik adik. Baru pukul 4:30, dah kau pergi bangun, solat lepastu mandi. Nanti kitorang nak siapkan kau pula." Ujar Wardah yang cuba menenangkan sahabatnya itu.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...