Chapter 19 🌷

28 0 0
                                    

Majlis merisik dan pertunangan antara Shah dan Inara dilakukan secara serentak yang berlangsung di rumah Inara dan dilakukan secara kecil-kecilan yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Ini merupakan permintaan Inara untuk menyembunyikan pertunanagan. Sampai masa, mereka akan menjemput orang lain untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Kedua-dua pihak keluarga juga turut berbincang tentang tempoh pertunangan, majlis perkahwinan dan bermacam-macam lagi.

"Apa kata semua kalau kita adakan majlis nikah mereka tiga bulan dari sekarang?" Tan Sri Aminudin memulakan perbincangan.

"Aku pun rasa elok juga tu Min, lagipun tak elok lama-lama. Baik kita percepatkan. Tiga bulan tu sempat Insyaallah kita nak buat persiapan. Umminya macam mana?" tanya Encik Farid kepada Isterinya.

"Saya rasa sempat je nak buat persiapan kalau semua orang ambil peranan. Lagi pun budak-budak ni pun dah kenal lama, Cuma kita nak buat persiapan majlis je sepanjang tempoh pertunangan ni. Apa kata Kak Liza?" tanya Puan Munirah pada Puan Sri Haliza.

"Saya setuju sangat tu Muni, sempat sangat nak buat persiapan majlis mereka ni. Jadi yang suami-suami kita ni pun kene ambil bahagian juga lah ye nak buat persiapan." Kata Puan Sri Haliza yang mahu mengusik suaminya dan bakal besannya itu.

Semua yang berada di situ tertawa. Setelah selesai berbincang, mereka meneruskan acara menyarung cincin. Puan Sri Haliza menyarungkan cincin di jari manis Inara lalu memeluknya dengan erat.

"Terima kasih Nara sebab sudi nak jadi menantu mummy. Mummy happy sangat hari ni." Kata Puan Sri Haliza yang sebak kerana terlalu gembira.

Inara Sophea membalas pelukan bakal ibu mertuanya itu. "Terima kasih juga dekat mummy yang sanggup terima Nara. I love you so much." Ucap Nara ikhlas.

Detik indah itu diperhati oleh Shah. Sungguh dia amat bahagia melihat senyuman kedua-dua wanita yang dicintainya itu. Dia akan pastikan bahagia itu milik mereka.

Tibalah masa sesi bergambar, jurugambar yang juga kawan kepada Shah menyuruhnya duduk di sebelah Inara yang berada di atas pelamin itu. Wajah mereka berdua sungguh gembira. Kemudian ia disusuli pula gambar dengan kedua-dua belah keluarga.

"Cantik nya awak hari ni, rasa macam nak khwin terus lah." Ujar Shah yang sedang membuat gaya yang diarahkan oleh juru gambar tersebut.

"Kau jangan nak buat hal ye Shah Abdul Mateen. Kalau kau tak pernah try makan kasut size 9, meh aku bagi kau cuba. Nampak macam nak sangat." Balas Inara yang masih mengekalkan senyumannya semasa gambar diambil.

"Uishhhhh garang nya sayang saya ni, tak apa lah, demi awak, sanggup saya telan kasut awak tu." Balas Shah pula sambil menatap muka Inara.

"Eeeeee mengada." Balas Inara pula. Sangat lah payah untuknya mengekalkan wajah yang manis pada masa yang sama perasaannya kini seperti mahu menampar orang.

"Mengada dengan awak je." Balas Shah. Inara hanya membuat muka selamba. Malas mahu melayan karenah lelaki spesies rare seperti ini.

Majlis pun berakhir dengan jamuan makan. Puan Munirah menyediakan juadah nasi tomato , ayam masak merah, acar timun. Selain itu, ada juga beberapa jenis kuih-muih disediakan.

~

Di pejabat, Inara Sophea sedang melakukan kerja seperti biasa. Tiba-tiba datang pula Fawwaz, "Ehh Nara, ni nak ingatkan yang kau kene pergi Sabah taw untuk projek Rumah Bayu tu." Ujarnya.

"Ehh haah la wei, berapa hari bulan ea aku kene pergi? Jap aku check jadual aku." tanya Inara yang baru teringat tentang itu. Pantas dia membuka planner tahunannya itu. Mukanya terus cuak.

"Weh Fawwaz, ni nak dekat dengan tarikh nikah aku weh. Nak ubah macam mana lagi ni, lagi seminggu je lagi nak pergi. Ni kalau nak ubah tarikh pun macam tak boleh. Mak aii, dah lah dua minggu kene stay situ. Memang mampus dah macam ni." Kata Inara yang sudah mula risau.

Aduhh, macam mana dia boleh lupa tentang projek tersebut. Tinggal sebulan sahaja lagi majlis pernikahannya.

"Ye ke weh? Habislah kau. kau nak cari orang ganti pun tak boleh juga sebab kau dengan Kak Maria yang uruskan projek ni. Kak Maria pula cuti bersalin." Ujar Fawwaz, dia mahu menolong pun, dia pun perlu perlu menguruskan projek lain. Tak menang tangan la jawabnya nanti.

"Tu la weh, tak pe lah. Nanti aku try bincang dengan bos." Kata Inara yang cuba memikirkan jalan penyelesaian.

Petang itu Shah mengajak Inara untuk makan bersamanya. Di kedai makan, sedang mereka menikmati hidangan, Inara mula bersuara.

"Shah, kalau aku cakap ni kau jangan marah taw." Kata Inara. Ya Allah Inara, lagi sebulan nak kahwin masih lagi ber'aku kau' dengan bakal sumi. Nasib la shah Abdul Mateen ini seorang yang memahami.

"Apa dia awak? Awak nak kita kahwin kat bulan ke? Tanya Shah sudah mula dengan ayat loyar buruknya.

"Ish bukan lah, ni aku nak bagitau yang aku kene pergi Sabah lagi seminggu untuk projek Rumah Bayu. Pastu aku kena stay sana dua minggu sebab kena pantau progress. Kiranya aku balik dari sabah tu kan, seminggu lepas tu terus majlis kita." Jelas Inara tanpa tertinggal satu butiran pun.

"Lahhh tak pe je lah awak, saya tahu je pasal ni sebab jadual awak ada dengan saya. Sokay la awak, awak pergi la tengok projek tu dulu. Pasal persiapan tu don't worry, kan semuanya almost done dah." Ujar Shah yang seakan memujuk tunangnya itu.

"Kau tak marah ke? Ye la nanti kau cakap aku nak lari dari siapkan preparation majlis." Ujar Inara.

"Buat apa saya nak rasa macam tu. Saya saksi yang awak banyak sangat tolong siapkan persiapan majlis kita. Lagipun, parents kita faham kita kerja macam mana. So, tak payah la awak risau, okey?" Ujar Shah dengan tenang.

Mereka pun menyambung makan sambil berbual. Sungguh Inara amat bertuah kerana memiliki lelaki seperti Shah Abdul Mateen. Terlalu green forest. Dulu red ray sebab tu kene panggil mamat tak beradab tu.

#Maah la semua, dio mari pendek pulok doh, penat la jenis skru longgar kt otak ni. hehe, hope korang enjoy je lah yer, maafkanlah author yg tak berapa nak elok sgt ni. macam biasa guys..... big hugs from me!

DIA IZRAEL SUAMI AKU  [Complete]Where stories live. Discover now