Pagi itu Inara dan Shah mula bersiap untuk pulang ke rumah mereka. Sedang Inara menghulurkan tangan untuk menyalami ibu mertuanya itu, tidak semena-mena ibu mertuanya terus menarik Inara ke dalam dakapannya.
"Nara, mummy nak Nara tahu yang mummy sangat sayangkan Nara walau apa pun jadi. Nara tetap menantu pilihan mummy. Ingat ye sayang." Ujar Puan Sri Haliza yang berbisik di telinga Inara.
Inara rasa terharu dan sebak mengenangkan betapa baiknya ibu mertuanya itu yang menerima dirinya seadanya. "Thank you so much mummy sebab terima Nara dalam keluarga ni. Nara janji Nara akan bahagiakan anak mummy dan juga jadi menantu yang baik untuk mummy." Ujar Inara yang membalas pelukan ibu mertuanya itu.
Syahira sangat gembira betapa mummy nya itu amat menyayangi Inara seadanya walaupun dia tahu kekurangan Inara.
Setelah siap bersalaman dengan semua, kereta milik Shah itu pun bergerak meuju ke rumah mereka. Dalam perjalanan, Shah pun bertanya kepada Inara. "Mummy ada cakap apa-apa ke dekat sayang tadi. Abang tengok muka sayang macam sedih je."
"Ehhh tak sedih la, saya cuma terharu je sebab mummy tu terima siapa diri saya ni. Awak pun tahu kan yang saya ni tak sempurna macam orang lain. But still mummy sayangkan saya seadanya." Ujar Inara. Tidak mahu Shah berfikir bukan-bukan.
"Sayang, abang tak suka la bila sayang cakap yang sayang tak sempurna. Pada abang, sayang dah cukup sempurna sebagai isteri abang. Abang sayangkan sayang sangat-sangat tau." Ujar Shah dengan lembut. Dia tak suka isterinya berasa rendah diri dengan kekurangannya itu.
"Okeh, janji tak cakap macam tu lagi. Saya bukan apa, saya cuma kena sedar siapa saya." Tutur Inara dengan suara mengendur.
"Sayang, sayang kena tahu yang sayang ni adalah isteri yang terbaik yang Allah dah anugerahkan untuk abang. Itulah seorang Inara Sophea. I really love you so much my dear, no matter how and no matter what. That's it." Ujar Shah yang menggenggam tangan isterinya seperti sedang menyalurkan cintanya.
"I love you too my husbaby. Thank you sebab selalu ada dengan saya dari dulu sampai sekarang. Dari fasa kejatuhan saya sampailah saya mampu bangkit semula." Balas Inara lalu mencium tangan suaminya itu.
Perjalanan mereka hanya mengambil masa 25 minit untuk sampai ke rumah mereka. Mereka masuk ke dalam rumah dan disambut oleh Kak Mastura.
Inara pun menuju ke bilik tidur untuk mengemas kain bajunya di dalam almari. Shah pula hanya menuruti isterinya dari belakang.
"Banyaknya nak kena kemas ni, dah lah dua luggage." Keluh Inara yang melihat dua buah bagasi yang berada di penjuru bilik mereka.
"Kalau macam tu kita kemas sekarang, abang tolong sekali. Mesti sekejap je. Trust me." Tutur Shah dengan wajah yang begitu yakin. Lalu mereka pun mulakan misi mereka untuk mengemas baju-baju Inara.
Dalam 40 minit mereka mengemas, akhirnya semua pakaian Berjaya disusun dan disangkut di dalam almari dengan kemas dan tersusun. Inara melihat jam tangannya.
"Lah awak, dah pukul 11 la. Saya tak masak lagi ni. Barang dalam peti ada tak?" Tanya Inara yang mula kalut.
"Lahh sayang, tak payah masak lah. Kita makan luar je. Sayang tak penat ke baru siap menegmas pastu nak masak pula." Tanya Shah.
"Ehhh tak payah la makan kat luar, tak pe, saya masak ari ni. Cuma nak tengok apa yang ada dalam peti ais tu." Ujar Inara lalu turun ke dapur mahu melihat apa yang ada.
Kelihatan Kak Mastura di dapur, "Kak Mas, lauk apa ada dalam peti, Nara ingat nak masak la lunch ni." Tanya Nara dengan sopan.
"Banyak lauknya Puan Nara, sotong, udang, ayam, daging, ikan pun ada. Sebabnya semalam baru Kak Mas pergi beli kat pasar sebab Tuan dengan Puan kata nak balik sini hari ni. Tapi kesian la Puan nak masak, padahal baru je sampai." Ujar Kak Mas panjang lebar.
"Cantekk kak, nanti akak tolong Nara masak ye. Don.t worry kak, Nara masih cergas." Ujar Inara dengan ceria.
Shah yang mula masuk ke dapur untuk mencari isterinya, "Sayang, abang nak kene pergi office jap ada kerja sikit, sayang okey ke?" tanya Shah kepada isterinya itu.
"Ehhh pergi je la, saya okay je. Lagipun kat rumah ni ramai. But, make sure awak balik lunch taw. By the way, awak nak makan apa hari ni?" tanya Inara yang mahu merancang menu untuk tengah hari ini.
"Abang tak kisah, sayang masak je apa-apa, abang I tolak batu kayu je. Okey lah sayang, abang pergi dulu tau. Nanti abang call sayang bila dah on the way balik."Ujar Shah yang mencuim dahi isterinya lalu berlalu pergi.
Kak Mas yang menjadi pemerhati tersenyum sendiri. "Sweet betul tuan Muda dengan puan. Kak Mas pula yang blushing." Ujar Kak Mas setelah kelibat Shah hilang dari pandangan.
"Ehhh kak Mas ni, kenapa panggil saya puan? Panggil Nara je kak, tak best la panggil puan. Rasa awkward." Ujar Inara
"Ehhh tak boleh la macam tu puan, puan kan majikan saya. Buatnya nanti Tuan Muda marah kang tak panggil puan." Ujar Kak Mas pula. Risau juga dia jika Tuan Mudanya ingat yang dia tidak hormatkan isterinya.
"Lahh akak ni, pasal Shah kita tak payah risau. Nanti Nara yang cakap sendiri dengan dia. Tak kira, ni arahan. Akak kene panggil Nara and bukan Puan." Ujar Nara ala-ala tegas namun selepas itu tertawa sekali dengan Kak Mas.
Sedang Inara dan Kak Mas menyediakan bahan untuk memasak, datang sudah ketiga-tiga pekerja lelaki Shah. "Ehhh puan nak masak ke?" tanya Yus yang memulakan perbualan.
"Abang Yus ni, jangan la panggil puan. Nampak tua tau tak? Hakikatnya saya paling muda kat sini tau." Ujar Inara berseloroh.
"Ehhh dah tu puan, kami nak kene panggil apa?" tanya Haziq pula yang bingung.
"Semua kene panggil saya Nara, tak boleh membantah ye. Pasal Tuan Muda korang tu nanti Nara settle." Ujar Inara sambil bercekak pinggang acah garang.
Mereka semua mengangguk faham. "Ni Nara nak masak apa ni? nak kami tolong dak? Kami ni bab masak ada diploma taw." Tanya Mat Siam yang beseloroh.
"Amboii, siap diploma. Tapi tak boleh lawan Nara sebab Nara ada master. Nara rasa nak masak udang sambal, ayam masak lemak, kobis goreng dengan tempe goreng. Macam mana, semua onzz tak?" Ujar Inara yang meminta pendapat.
"Uishh mantap lahh. Tapi kalau Nara nak tahu, kami ni tolak batu kayu je. Semua kita bedal." Ujar Haziq pula.
"Tadi kata nak tolong kan, apa kata Abang Yus tolong basuh and potong sayur kobis tu, Abang Haziq pula tolong Kak Mas kupaskan bawang and abang Mat pula tolong siang ayam. Nara nak siang udang. Okeh guys, bertindak segera!" Ujar Nara yang meniru gaya Ejen Ali.
Semua yang berada di situ tertawa dengan gelagat Inara. Sedang semua sibuk melakukan tugas masing-masing, Kak Mas pun bersuara memecahkan kesunyian.
"Nara tak nak cerita ke macam mana boleh kenal dengan Tuan Muda tu. Sebab kan Nara, setahu akak Tuan Muda ni dia sombong sikit dengan perempuan." Ujar Kak Mas yang mahu mengorek cerita.
"Betul nak tahu ni?" Tanya Inara lalu memandang semua yang berada di situ. Mereka semua mengangguk laju tanda bersungguh mahu Inara menceritakan detik pertemuannya dengan seorang yang bernama Shah Abdul Mateen.
#Hope semua masih okay dgn flow cerita yer. hrp juga semua enjoy dgn chapter kali ini.
#jemput comment and vote taw guys. luv u all.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...