Sampai di pejabat, seperti biasa Inara akan memeriksa email di komputer dan memulakan kerjanya. Sedang dia sibuk melukiskan pelan bangunan untuk sebuah projek, telefonnya berdering dan tertera nama Kak Mas.
Segera Inara menjawab panggilan tersebut walaupun agak hairan kerana Kak Mas tidak pernah menelefonnya sewaktu dia sedang bekerja. "Hello Assalamualaikum Nara, Nara kat mana tu?" tanya Kak Mas di hujung panggilan.
"Waalaikumsalam Kak, Nara kat office lagi ni kak. Kenapa akak call ni?" tanya Inara pula.
"Ni akak nak bagi tahu, tuan sekarang ni demam panas. Teruk juga ni Inara." Ujar Kak Mas.
"Haaa? Akak ni biar betul? Lepastu akak dah call doktor ke belum?" Inara bertanya kali ini dengan penuh kerisauan.
"Tadi doktor dah datang and dia bagi ubat la untuk tuan makan. Dia kata kalau suhu badan tuan tak turun juga lepas 1 jam makan ubat, kene bawak ke hospital." Ujar Kak Mas lagi.
"Lepastu dia makan tak kak? Macam mana dia sekarang?" tanya Inara pula yang ingin tahu.
"Tak turun juga ni Inara, tu yang akak call sebenarnya nak bagi tahu Inara. Tuan sekarang kat hospital, tadi Mat Siam dengan Yus yang hantarkan. Akak tengok muka dia pucat sangat Nara." Ujar Kak Mas yang tidak berselindung.
"Ya Allah teruknya kak. Macam ni kak, Nara on the way ke hospital sekarang juga. Thank you akak bagi tahu." Ucap Inara.
"Tapi Nara jangan cakap kat tuan tau akak bagi tahu. Sebab nya tadi sebelum gerak ke hospital, tuan tak bagi akak bagi tahu Inara. Katanya tak nak susahkan Inara and tak nak Inara risau." Ujar kak Mas.
"Okey akak. Nara janji. Apa-apa Nara update akak ye. Bye kak." Inara pun memutuskan panggilan dan segera mengemaskan barangnya untuk ke hospital. Dia mengambil emergency leave.
Sewaktu memandu, Inara tidak henti-henti berdoa agar Allah melindungi suaminya itu. "Awak nak jaga hati saya sampai tak nak bagi tahu saya yang awak sakit. Kenapa awak baik dengan saya sedangkan saya kejam dengan awak Shah." Ujar Inara yang air matanya mula menitis di pipi.
Sampai di hospital, dia segera berjalan menuju ke wad yang diberitahu Abang Yus di mana menempatkan suaminya. "Abang Yus, Abang Mat, Shah macam mana?" tanya Inara yang melihat dua pekerja suaminya itu sedang tunggu di muka pintu wad.
"Abang rasa elok Nara pergi tengok sendiri." Ujar Mat Siam lalu membuka pintu kepada Inara. Inara melangkah masuk dan melihat suaminya itu sedang terbaring di atas katil hospital.
Inara mendekati suaminya. Melihatkan muka suaminya yang begitu pucat meruntunkan hati isterinya. Inara mengusap lembut pipi milik Shah. Badan suaminya itu masih panas.
Shah yang tersedar ada tangan menjalar di pipinya segera membuka matanya. Berpinar penglihatannya kerana masih lagi sakit di bahagian kepala. Melihat isterinya yang berada di sebelahnya membuatkan dia terkejut.
"Ya Allah, sayang buat apa kat sini? Kerja sayang macam mana? Abang minta maaf ye tak masuk office hari ni. Kesian sayang sorang-sorang." Ujar Shah dengan suara yang serak.
"Kenapa awak tak bagi tahu saya yang awak sakit? Siapa saya kat awak sebenarnya? Saya tak berhak tahu ke keadaan awak?" tanya Inara yang air mata mula bertakung tapi masih lagi mampu ditahan.
"Abang minta maaf sayang. Sumpah abang tak ada niat nak belakangkan sayang. Sayang isteri abang. Sayang keutamaan abang tapi abang tak nak sayang serabut, susah hati sebab kena fikirkan abang. Abang tahu banyak lagi perkara penting yang sayang kena fikirkan." Ujar Shah lirih.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomansaPertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...