4 tahun kemudian...
Inara sedang menumis bahan untuk memasak sambal udang, tiba-tiba terasa ada tangan yang berlingkar di pinggangnya. "Sayang buat apa tu?" tanya Shah yang mendakap Inara dari belakang lalu diletakkan dagunya di atas bahu sang isteri.
"Tengah ajar udang ni berenang dalam sambal." Jawab Inara selamba.
Tepuk dahi Shah apabila mendengar jawapan yang diberi isterinya. "Amboi dia, jawapan memang tak masuk akmal ye." Ujar Shah yang mula beralih tempat dan berdiri di sebelah Inara.
"Pssssttt, bukan masuk akmal abang, masuk akal." Jawab Inara pula yang sudah mahu tertawa.
"Ouhhh salah server ye." Balas Shah pula, mereka tertawa dengan perangai masing-masing. Shah kemudiannya mencubit hujung hidung Inara. Inara pula mengaduh kesakitan lalu menggsosok hidungnya yang mula memerah.
"Papa, don't hurt mama. She's mine." Tiba-tiba terdengar satu suara dari arah luar. Terlihat Saif sedang merenung ke arah mereka sambil memegang mainan superman ditangannya.
"Hei boy, listen here. She's mine first and forever will be mine. You stole her from me okay." Ujar Shah lalu memeluk Inara dengan kemas. Mahu membuatkan anaknya itu cemburu. Inara hanya tertawa dengan karenah anak beranak ini.
"Noooo, she's mine too. Mama said you have to share her with me. No selfish." Balas Saif yang berlari ke arah mereka lalu memeluk peha Inara.
"No, I don't wanna share mama with anyone." Balas Shah pula yang masih mahu mengusik anaknya itu.
"Mamaaaaa, look at papa. Huwaaaaaa..." Saif mula menangis. Shah hanya tetawa melihat anaknya sedang berteriak. Tandanya dia menang. Haihhhh, dengan anak pun nak berkira lah Shah Abdul Mateen ni.
"Okey my boy, papa just joking la. I'm papa's and yours, sweetheart. Jangan lah nangis, nanti hilang la hensem boy." Inara mendukung Saif lalu memujuknya. Sempat juga dia menampar lengan suaminya itu. Suka sungguh mengusik budak kecil ini. Masalahnya, Shah yang usik, dia pula yang perlu memujuk. Pening melayan karenah mereka.
"Papa sorry okay, we will share mama together okay?" pujuk Shah pula.
"Promise?" tanya Saif yang meminta kepastian.
"Papa promise." Jawab Shah sambil menghulurkan jari tanda pinky promise. Tanpa menunggu terus sahaja Saif menyetujui pinky promise tersebut.
Sedang mereka semua menikmati makan tengah hari, tiba-tiba Saif bersuara memecahkan kesunyian. "Mama, can we go picnic this evening?" tanya Saif yang sedang mengunyah nasi yang disuap Inara.
"Hmm mama okay but you have to ask papa also." Jawab Inara yang memandang ke arah suaminya.
"Papa, can we go picnic later?"
"Since you've been a good boy all this week, so yes, all of us will go this evening." Balas Shah lalu tersenyum kepada anaknya itu.
"Yeayyy, mama, can you please make our favourite sandwich? I also wanna eat Acik Mas chocolate cake. Boleh tak Acik Mas?" pinta Saif sambil memandang mamanya dan juga Kak Mas silih berganti.
"Boleh sayang, nanti Acik Mas buat kan ye. Ingat mama je suka kek Acik Mas, boy pun suka rupanya." Ujar Kak Mas lalu disambut oleh dengan tawa oleh Yus and the geng.
"Nak buat macam mana kak, kek coklat akak tu memang berhantu. Tu yang hari-hari kena ada dalam peti tu masa mengandungkan Saif ni." Balas Inara pula yang juga tertawa.
~
Petang itu, Saif leka bermain air di birai pantai sambil ditemani oleh Yus, Haziq dan Mat Siam. Kak Mas pula sibuk mengatur pinggan, makanan dan minuman di atas tikar di bawah pokok.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomantikPertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...