Chapter 41 🌷

34 0 0
                                    

               "Terima kasih ye Abang Mat sebab amik Nara kat office hari ni." Ujar Inara yang mengambil tempat di sebelah pemandu.

"Ehh ni pasaipa duk kat depan ni? Nara tu bos abang, kenalah duk belakang, satgi apa pulak tuan tu kata." Ujar Mat Siam.

"Alahhhh tak pe lah abang Mat, bukan ada orang pun. Jom lah kita balik, Nara nak masak pula untuk dinner malam ni." Ujar Inara pula yang tetap mahu duduk di hadapan.

Mahu tidak mahu terpaksalah juga Mat Siam akur. Tahu sangat perangai Inara Sophea yang 'ketegaq' ni. Sampai di rumah, terus Inara meluru masuk dan bersandar di sofa ruang tamu. Mahu melepaskan penat bekerja.

"Haaa dah balik pun dia. Ni Nara, tadi akak ambil kat postbox." Kak Mas yang muncul entah dari mana menghulurkan beberapa keping surat. Inara menyambut huluran tersebut dan mula membelek surat-surat tersebut.

Matanya tertancap pada sekeping sampul surat berwarna hitam yang tidak tertera alamat. Tanpa menunggu Inara terus membukanya untu mengetahui isi dalamnya. Terdapat sekeping kertas lalu Inara membuka lipatan surat tersebut.

' KAU TAKKAN TERLEPAS IZRAEL. AKU AKAN PASTIKAN KAU MATI DEPAN MATA AKU SENDIRI DAN DENGAN TANGAN AKU SENDIRI. LUANGKANLAH MASA DENGAN KESAYANGAN KAU SEPUAS-PUASNYA SEKARANG SEBAB TAKUT TAK SEMPAT.

Terkejut Inara membaca apa yang ditulis. "Confirm ni Bloody Angel. And I'm pretty sure ni dari Mikael. Dia je yang ada dendam dengan Izrael." Desis Inara. Dia pun menyimpan kembali surat itu di dalam sampul. Dia perlu berbincang dengan Shah tentang perkara ini.

Malam itu di bilik tidur mereka, Shah sedang khusyuk dengan tabletnya. Inara pun duduk di sebelah Shah. "Abang, I wanna show you something." Inara mula berbicara.

Shah dengan pantas menutup tabletnya dan berpaling menghadap Inara. "What is it my dear. Nak bagi abang kiss ke?" tanya Shah dengan muka nakalnya. Sempat lagi mamat ni nak menggatal.

"Ish bukan lah, sayang nak bagi ni." tutur Inara lalu menghulurkan sekeping sampul surat berwarna hitam.

Shah mengambil surat yang dihulur Inara lalu membukanya. Matanya memancarkan riak terkejut lalu pantas memandang isterinya itu. "Mana sayang dapat surat ni? Diorang ada jumpa sayang ke? Ada ugut apa-apa?" soal Shah dengan perasaan yang ingin tahu.

"Ehhh tak ada pun, Cuma tadi Kak Mas kata ada dengan surat yang lain dalam postbox. Ni surat dari Mikael ke?" tanya Inara yang mahukan kepastian untuk mengesahkan teori yang dibuat pada petang tadi.

"I think so, siapa lagi yang berdendam dengan abang. Tapi sekarang dia cuba nak libatkan orang sekeliling abang especially you sayang. I don't want anything bad happen to you sayang." Ujar Shah sambil menggenggam erat jemari Inara.

"So, what's your plan right now? Kita pun tak boleh nak jejak kedudukan diorang plus kita tak tahu apa yang diorang dah plan."Tanya Inara.

"Sayang jangan risau, abang dah ada plan. Cuma sekarang abang minta sayang bagi abang masa, abang janji akan selesaikan semua ni as soon as possible." Ujar Shah yang cuba untuk meyakinkan Inara.

"If you said that, but please take care of yourself. I know you are Izrael before, but I just want you to remember that you now have a wife that you need to accompany her throughout her entire life." Ujar Inara yang mengingatkan suaminya itu. Tak rela dia menjadi janda muda, minta simpang lah.

"I promise sayang that I will do anything just to make you the happiest person in this entire world. Keep my words princess." Ujar Shah pula. Dia telah berjanji dengan dirinya untuk menjadikan Inara sebagai keutamaannya kini dan dia akan tunaikan janji yang telah ditabur.

DIA IZRAEL SUAMI AKU  [Complete]Where stories live. Discover now