Chapter 48 🌷

48 0 0
                                    

8 bulan kemudian...

Inara tersedar dari lenanya. Badan dipusingkan ke sebelah dan terlihat suaminya itu nyenyak tidur. Baru sahaja ingin mengelus rambut suaminya yang menutupi di bahagian wajah, Inara berasa sakit di bahagian perutnya.

"Aduhh kenapa sakit sangat ni. Selama ni sakit tak adalah sampai macam ni." Desis Inara di dalam hatinya sambil menahan perit.

"Abang, bangun kejap please. Abang! Bangun lah abang." Inara menggoncangkan tubuh suaminya itu.

Shah tersedar namun masih mamai. "Why sayang? Sayang nak makan apa-apa ke?" tanya Shah sambil melihat jam di telefonnya yang menunjukkan pukul 2 pagi.

"Ni bukan nak makan abang, ni macam nak beranak dah ni. Perut Nara sakit sangat ni." Ujar Inara yang mukanya sudah berkerut menahan kesakitan dari tadi.

"Hah? Sumpah lah sayang? Okey-okey jap, kita pergi hospital sekarang. Abang ambil beg sayang dengan baby jap." Shah bingkas bangun terjun dari katil mengambil beg dan kunci kereta.

Setelah kereta dihidupkan, Shah nak ke bilik untuk mendapatkan Inara. "Abang, Nara sakit sangat ni. Tak boleh jalan." Ujar Inara yang cuba untuk berjalan turun.

"Siapa cakap sayang kena jalan, jom!" Shah terus mencempung Inara turun ke bawah dan meletakkan Inara di dalam kereta. Kemudian kereta itu terus meluncur laju menuju ke hospital.

Sampai sahaja di bahagian kecemasan, pihak hospital menyediakan kerusi roda untuk Inara lalu dibawa ke wad. Doktor yang bertugas terus mendapatkan Inara dengan segera.

"Sekarang ni bukaan puan baru 5 cm, kita kena tunggu sampai 10 cm then we can proceed with the birthing process. Saya harap encik boleh beri sokongan kepada isteri sebab sekarang memang contraction tengah kuat." Ujar doktor perempuan itu lalu dia beredar untuk memeriksa pesakit lain.

"Sayang, please be strong with me. Sayang tinggal beberapa step je lagi then kita dah boleh tengok dah baby kita." Tutur Shah lembut sambil mengusap pipi isterinya itu.

Inara memandang wajah suaminya, "Abang, please halalkan makan dan minum Nara, ampunkan dosa Nara sepanjang jadi isteri abang. Andai kata Allah takdirkan Nara untuk pergi kejap lagi, Nara nak abang janji dengan Nara untuk jaga anak kita baik-baik ye." Inara berpesan kepada suaminya. Air matanya mula gugur.

"Hei sayang, tak nak lah cakap macam tu. Kan kita dah janji nak jaga baby ni sama-sama, kenapa sayang pesan macam ni? Sayang dah tak sayangkan abang ke sampai nak tinggalkan abang?" Balas Shah yang sudah tidak sedap hati dengan pesanan isterinya itu. Dia mengusap lembut wajah polos itu.

"Abang, ajal maut ni semua kat tangan Dia, Nara takut nara tak sempat nak minta ampun dengan abang. Nara banyak salah dengan abang." Jawab Inara dalam keadaan payah. Rasa sakit ini makin mencengkam.

"Sayang dah tak ada dosa dengan abang, kalau ada pun abang dah lama maafkan sayang. But please sayang jangan tinggalkan abang, sayang adalah jiwa abang. Kalau sayang tak ada, abang tak ubah macam jasad tanpa jiwa. Please be strong sayang, kita kena kuat untuk baby. Abang tak nak sayang cakap macam ni, I don't like it." Balas Shah yang kali ini ditemani hujan yang turun dari tubir matanya. Sungguh dia tidak bersedia lagi untuk kehilangan isterinya itu.

Setelah hampir empat jam Inara menahan sakit akhirnya bukaan telah sampai ke 10 cm. Beberapa orang jururawat yang bertugas terus menyorong Inara menuju ke dewan bersalin sambil ditemani suami di sisinya.

Di dalam dewan bersalin, bergema jeritan Inara bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat suaminya itu. "Okey my dear, kepala baby dah nampak, I minta you ikut arahan I okay? Breath in, okay now push my dear." Arah doktor perempuan itu.

DIA IZRAEL SUAMI AKU  [Complete]Where stories live. Discover now