Sampai sahaja di pejabat, Inara terus menghidupkan komputer di mejanya. Sedang dia memeriksa emailnya, Ash datang menegur. "Eh korang, korang tahu tak hari ni bos nak buat meeting. Agak-agak sebab apa lah kan tiba-tiba je bos nak buat meeting ni? Ada masalah apa lagi lah ye?"
"Hah? Bos nak buat meeting? Pukul berapa weh? Aduhhh, masalah apa pulak kali ni." Kata Fawwaz yang turut berada di situ.
"Mana kau tau ni Ash. Kitorang tak tahu apa-apa pun." Tanya Inara meminta kepastian.
"Tadi, Zul bagi tahu aku, cakap bos nak jumpa team kita nak bincang sesuatu. Around pukul 12 nanti jumpa kat bilik meeting dia kata." Ujar Ash dengan lebih terperinci.
Tepat pukul 12 tengah hari, Tan Sri Aminudin masuk ke dalam bilik meeting. "Assalamualaikum semua. Maaf hari ini saya terpaksa adakan meeting mengejut. Sebab saya ada perkara nak beritahu."
"Actually, saya nak bagi tahu semua yang saya terpaksa pergi ke Dubai dalam masa sebulan bermula minggu hadapan. Jadi sepanjang saya tak ada, anak saya yang akan mengambil alih tempat saya sementara waktu." Semua yang berada di dalam bilik meeting itu dengar dengan penuh fokus.
"Dan juga saya nak beritahu, kita akan handle satu projek besar. Pembinaan kondominium mampu milik which located at Cheras. Projek ni you guys akan handle bawah pantauan anak saya. So nanti boleh la cuba prepare some design yang sesuai dengan kawasan tersebut and nanti boleh present and discuss together. Nanti saya akan bagi detail dekat Zul as the head of this project." Terang Tan Sri Aminudin panjang lebar.
Ash yang berada di sebelah Inara itu berbisik menyebabkan Inara terpaksa mendekatkan jarak antara mereka untuk mendengar dengan lebih jelas. "Mesti anak Tan Sri ni humble macam ayah dia juga kan."
"Maybe lah, tapi iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa." Balas Inara.
"Kau ni, tu lagu la ngek. Loyar buruk pula dia ni." Tutur Ash yang geram dengan sikap Inara yang selamba dan spontan. Tapi kerana sikap itu jugalah dia dan kawan-kawannya yang lain dapat menghilangkan stress bekerja seharian. Inara pula hanya menyangkan muka toya.
"Assalamualaikum everyone." Terdengar satu suara lelaki memberi salam. Seorang lelaki berbadan tegap dan memakai sut masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut lalu berjalan menuju ke arah Tan Sri Aminudin.
"Waalaikumsalam. Alhamdulillah panjang umur. Semua, perkenalkan ni anak saya yang akan take over this company sepanjang saya tak ada nanti." Ujar Tan Sri Aminudin sambil menepuk bahu anaknya itu.
Semua orang teruja melihat lelaki itu tapi tidak bagi Inara Sophea. Dia dapat rasa yang dunianya kelam, gelap gelita. Lelaki inilah yang pernah disekolahkannya tempoh hari di shopping mall. Apa lah nasib hari ini malang sangat.
"Assalamualaikum semua, nama saya Shah Abdul Mateen but you guys can call me Shah. Saya harap semua boleh memberikan kerjasama yang baik buat saya and sila lah tegur saya apa yang patut memandangkan saya juga masih baru di sini." Ujar Shah sambil memandang ke arah semua yang berada di dalam bilik tersebut. Tapi matanya tertancap lama kepada seorang gadis yang sedari tadi menunduk semenjak dia masuk ke dalam bilik tersebut.
Tan Sri Aminudin memberi izin kepada semua untuk bersurai tepat jam 1 tengan hari. Sedang Inara Sophea mula hendak melangkah keluar, tiba-tiba " Ehh Nara, tunggu kejap ye, uncle ada benda nak cakap sikit." Pinta Tan Sri Aminudin.
Hah sudah. Apalah nasib kau Inara Sophea. Dah lah orang lain dah keluar nak pergi lunch. Habislah kau.
"Err ye uncle, ada apa yang Nara boleh tolong." Ujar Inara Sophea dengan muka yang tenang. Hakikatnya dalam hati sudah tak keruan.
"Ni, aunty ajak kamu makan lunch sekali hari ni. Nanti naik sekali dengan uncle and anak uncle ni. Tak payah drive. Aunty kamu tu dah tunggu kat restoran tu. Pergilah ambil beg, Uncle tunggu luar office." Ujar Tan Sri Aminudin.
Bagai mahu pecah jantung Inara Sophea saat ini. Tak dapat mencipta alasan, laju sahaja Tan Sri Aminudin menyuruhnya mengambil beg terus. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia ikut.
# harap korang suka ye flow cerita ni, sorry ye kalau ada yang tak kena.
#kalau korang boleh comment and vote, thank you so much guys.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...