Sedang Inara Sophea sibuk mengemas barang untuk pulang, telefonya berdering. Dicapai telefon dan tertera nama 'habibul awwal', segera Inara menjawab panggilan tersebut. "Hello Ummi, Assalamualaikum. Kenapa ummi call adik ni?" Tanya Inara. Bukan apa, umminya tidak pernah menelefonnya waktu-waktu begini sejak dia mula bekerja.
"Waalaikumsalam adik. Adik kat mana tu? Tak balik lagi ke?" Tanya Puan Munirah. Hatinya dari tadi berasa tidak sedap, kerana itulah dia menelefon Inara.
"Adik tengah kemas barang nak balik la ni ummi. Tapi nanti nak solat asar dulu, lepastu nak singgah butik Hani sebab nak ambik baju. Kenapa ummi tanya?" Ujar Inara.
"Ouhhh tak pe la kalau macam tu. Adik nanti balik cepat taw. Risau ummi. Lepastu bawak kereta tu jangan laju." Pesan Puan Munirah. Entah mengapa hatinya tidak tenteram.
Setelah memberi jaminan kepada ibunya, Inara pergi ke surau pejabat menunaikan solat Asar. Setelah selesai solat, dia terus bergerak menuju ke butik Hani.
Sampai di butik, terkejut beruk Inara melihat adanya lelaki tak beradab itu sedang berbual dengan pembantu hani, Jack. Tanpa mempedulikan lelaki itu, Inara terus menuju ke arah Hani untuk mengambil bajunya.
"Weh, apa yang mamat tu buat kat sini? Dia tempah baju untuk makwe dia ke?" tanya Inara . bukan mahu mengambil peduli, sekadar mahu tahu sebab dia ke sini.
"Eh tak lah, dia nak ambil baju yang mummy dia tempah. Dia mana ada makwe wei. Aku dah tanya Asyraf dah." Ujar Hani yang sedang mengangkat kening.
Dah mula dah perempuan ni dengan dia punya misi nak kenenkan Inara Sophea dengan mamat tu. Malas mahu melayan, Inara meminta diri untuk pulang. Karang lambat sampai rumah, tak pasal-pasal umminya berleter tak sudah. Tidak sanggup Inara menawarkan telinganya untuk menjadi mangsa umminya itu.
"Eh Nara, nak balik dah ke?" sapa Shah yang sebenarnya memang niat sebenar mahu mendekati gadis itu. Dia ada mendengar perbualan gadis itu di pejabat tadi, dia datang ke sini untuk mengambil baju mummynya itu hanya dijadikan alasan.
"Haah, kau datang sini kenapa?" saja Inara Sophea mahu bertanya.
"Saya nak ambil baju yang mummy saya tempah bulan lepas. Dia kata nak guna untuk pergi event nanti." Jawab Shah.
Cis! Pandai betul kelentong yer Shah. Punya lah nak dekat dengan pujaan hati, kau kelentong kaw-kaw ye.
"Okey lah macam tu, aku balik dulu." Malas mahu berlama-lama disitu. Inara terus berjalan menuju ke keretanya. Sedang dia melintas jalan, tiba-tiba ada sebuah kereta Maserati GranTurismo berwarna hitam yang laju dipandu itu telah merempuh Inara sehingga menyebabkan dia terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah.
"Inara!!!!" jerit Shah Abdul Mateen yang menyaksikan kejadian itu terus meluru ke arah gadis yang telah tebaring di atas jalan itu. "Nara, bangun Nara. Please jangan tinggalkan saya. Jangan buat saya macam ni Nara." Kata Shah yang meletakkan kepala Inara di atas ribannya dan memegang pipi gadis itu.
"Someone please help me. Hani! Jack! Cepat!" jerit Shah yang terlihat Hani dan Jack meluru ke arahnya.
"Hani, please call ambulans now! Kita kene bawak Nara pergi hospital dengan cepat." Ujar Shah dengan mata yang bertakung. Hani pula bergegas menelefon panggilan kecemasan untuk meminta bantuan.
Ambulans sampai 7 minit kemudian,mereka mengusung Inara masuk ke dalam ambulans. Shah juga menaiki ambulans yang sama menuju ke hospital.
Sepanjang perjalanan menuju ke hospital, tangannya tidak lepas menggenggam tangan Inara seperti menyalurkan semangat buat gadis itu. melihatkan keadaan Inara yang seperti itu membuatkan dadanya berasa sesak, jiwanya sakit melihat Inara dalam keadaan sebegitu rupa.
"Stay strong sayang. Jangan tinggalkan saya. Awak kene kuat untuk orang yang sayangkan awak." Desis Shah di dalam hatinya. Melihatkan keadaan gadis itu menyebabkan dia berasa lemah. Air matanya tidak berhenti dari gugur dari tadi, hanya untuk gadis ini. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berasa seperti itu.
#Sorry ye kalau cara penyampain sy yg kurang, sy akn baiki dari masa ke masa. hope korang sudi komen and vote. luv u guys.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
عاطفيةPertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...