Chapter 23 🌷

30 0 0
                                    

             "Demikian merupakan persembahan yang disediakan khas buat pengantin perempuan kita, kerana ia merupakan lagu kegemaran Puan Inara Sophea. Hadirin hadirat sekalian, sekarang kita...."

Belum sempat pengacara majlis menghabiskan ayatnya, tiba-tiba dewan menjadi gelap. Ada tetamu yang mula menjerit. Sekali dengan Inara terjerit kecil. Dia cuba mencari keberadaan Shah namun tiada siapa di sisinya.

"Shah, mana kau? Jangan main-main. Shah! Awak! Ya Allah, mana pula dia ni." Panggil Inara yang cuba mengharapkan sahutan suaminya namun tiada.

"Harap semua tetamu bertenang kerana pihak kami akan cuba mencari penyelesaian bagi masalah ini." Pengacara majlis pun memainkan peranan yang baik. Setelah itu, tiada lagi jeritan, hanya berbunyi seperti mereka sedang bercakap-cakap.

Tiba-tiba pintu dewan tebuka lalu lampu pun menyala semula. Tapi semua orang dikejutkan dengan serbuan satu kumpulan lelaki bersuit hitam dan bertopeng yang memegang senjata seakan-akan Glock Meyer 22. Mereka masuk dan mengepung semua yang berada di dalam dewan. Tetamu mula menjerit ketakutan.

"Jangan kamu semua takut, aku tak akan apa-apakan kamu semua. Aku hanya datang nak memeriahkan majlis." Satu suara berbunyi dari pintu dewan. Kelihatan tiga orang lelaki yang memakai baju pancak silat dan juga bertopeng sedang berjalan masuk menuju ke arah pelamin.

Aneh juga mereka semua ni, pasukan yang meyerbu memakai suit dan memegang senjata, tapi tiga orang tersebut hanya memakai baju pancak silat yang diselitkan keris di pinggang mereka. Macam tak kena je.

Inara yang sedang berdiri di hadapan kerusi pelamin mula mencari kelibat suaminya namun tidak kelihatan. Dia mula risau apabila tiga lelaki itu berjalan menuju ke arahnya. Namun Inara cuba menayangkan muka tenang walau dalam hatinya agak kecut perut.

"Assalamualaikum Inara Sophea. Kami nak ucapkan selamat pengantin baru." Ujar salah seorang dari tiga lelaki itu.

Melihatkan Inara masih mendiamkan diri sambil merenung ke arah mereka, "Kami datang bukan nak mengganggu majlis tapi kami nak lihat sejauh mana hebatnya seorang yang bernama Inara Sophea." Ujar lelaki itu lagi

Inara Sophea yang hairan akhirnya membuka mulut juga, "Apa motif kau semua datang ke sini? Apa yang kau semua nak sebenarnya? Setahu aku, aku tak pernah bermusuh dengan sesiapa termasuklah dengan kau semua." Tanya Inara yang sedari tadi berdiam diri.

"Kami nak kau selesaikan hutang kau dengan kami." Ujar lelaki itu dengan suarannya yang garau.

"Aku tak pernah berhutang dengan sesiapa. Kau jangan nak reka cerita kat sini. Apa yang kau nak, duit?" tanya Inara yang sudah mula geram dengan lelaki itu.

"Kami dah cukup kaya untuk kau nak bagi kami duit. Aku nak kau bertarung dengan kami bertiga." Ujar lelaki itu sambil tertawa.

"Kenapa pula aku nak ikut cakap kau?" ujar Inara yang semakin berani bersuara.

"Kau nak tengok semua tetamu mati serentak ke? Kalau kau nak, sekarang pun aku boleh buat." Ugut lelaki itu sambil tertawa lagi. Kali ni tawanya disambut oleh dua orang lagi yang berada di sisinya.

Inara melihat muka tetamu yang sedang ketakutan. Ada juga lelaki bertopeng itu mengacukan senjata ke arah ahli keluarganya. Kali ini dia tidak boleh mementingkan diri. Nyawa mereka semua menjadi taruhan.

"Baik, aku setuju. Tapi aku nak kau juga ikut syarat aku. Aku nak orang-orang kau letakkan senjata masing-masing dekat sini dan jauhkan diri dari orang ramai. Ni antara kita, mereka tak bersalah." Ujar Inara dengan penuh berani.

"Okey deal. Team alpha, put down the gun!" arah lelaki itu lalu kesemua lelaki bertopeng tersebut meletakkan senjata mereka di tempat Inara tunjuk dan mereka semua berbaris di hadapan pintu dewan yang tertutup tersebut.

Inara Sophea pun meletakkan bunga yang dipegang dan menanggalkan heelsnya. Dia pun turun dari pelamin dan berjalan menuju ke arah tiga lelaki itu. Sampai di depan mereka, Inara mula membuka kekuda silatnya. Yang peliknya, tiba-tiba lagu mentera semerah padi berkumandang. Inara mula rasa pelik yang teramat namun meneruskan juga pertarungan itu. Lelaki yang berada di sebelah kanan itu mula masuk.

Lelaki tu mula memberikan 'tendangan T' ke arah Inara lalu Inara terjelopok jatuh . Inara pun melakukan teknik sapuan rebah kebelakang menyebabkan lelaki itu jauh kebelakang lalu mengambil kesempatan dengan mengunci pergerakan lelaki itu hingga dia meyerah.

Kemuadian, masuk pula lelaki kedua yang berada di sebelah kiri itu. Inara hanya mengalahkan lelaki itu dengan beberapa langkah menyebabkan lelaki itu juga menyerah kalah. Hanya tinggal lelaki yang mungkin merupakan ketua bagi serbuan ini.

Lelaki terakhir itu pun masuk dan menyiapkan kekudanya. Dia menyerang Inara dengan banyak teknik menyebabkan beberapa kali Inara rebah ke tanah. Namun Inara tidak mengalah, di kala lelaki tu memberiknnya tendangan lurus, Inara menangkis tendangan itu dengan teknik tangkapan kaki arah luar lalu menolaknya hingga lelaki itu rebah. Tapi lelaki itu pula tidak mahu meyerah dan cuba melakukan pelbagai teknik pukulan dan tendangan.

Inara melakukan teknik guntingan dan meyebabkan lelaki itu rebah. Dalam kedaan tersebut, Inara melakukan teknik kuncian sehingga lelaki itu tidak dapat bergerak.

"Kau siapa sebenarnya hah?" Ujar Inara yang masih duduk di atas badan lelaki itu lalu mencabut topeng yang dipakai lelaki itu. Terkejut beruk si Inara apabila melihat wajah lelaki itu.

"Awak! Apa awak buat ni?" Ternyata yang berlawan dengannya tadi adalah Shah Abdul Mateen, suaminya sendiri. Shah yang tersenyum mula tanpa rasa bersalah.

"Itu awak, ini saya pulak." Ujar dua lelaki yang ditumpaskannya tadi. Ternyata itu adalah kedua-dua abangnya. Memang cari gaduh sungguh mereka bertiga ni. Kalau bukan depan tetamu memang Inara mengeluarkan cacian makian yang ditahannya sekarang.

"Demikianlah persembahan kejutan buat pengantin perempuan kita dan juga para tetamu. Persembahan ini adalah rancangan dari pengantin lelaki sendiri untuk memberi kejutan buat para tetamu dan juga isterinya. Untuk pengetahuan para tetamu, pasukan yang menyerbu dewan tadi ialah orang upahan mastermind kita. Senjata yang digunakan pula hanyalah palsu." Ucap pengerusi majlis. Semua tetamu memberi tepukan gemuruh dengan persembahan kejutan tersebut.

Mikrofon dihulur kepada Shah "Okay, first of all saya nak minta maaf buat semua terutamanya isteri tercinta and tetamu pada malam ni. Tak ada niat nak permainkan anda semua, its's just for entertained everyone. And I'm really sorry again." Ujar Shah yang sedang memegang bahu isterinya itu.

Kemudian majlis diteruskan dengan acara makan beradab dan beberapa persembahan lain lalu diakhiri dengan acara bunga api. Pukul 11.30 para tetamu mula bersurai dan yang lain mula untuk pulang ke bilik masing-masing.

Sedang Inara mula untuk beredar, "Nak pergi mana tu adik oi. Malam ni awak tidur dengan Shah , bukan dengan kawan-kawan. Pergi ikut suami tu, bertuah betul budak ni." Inara terkejut apabila Iskandar berteriak.

Shah yang berada di sebelah Iskandar mula berjalan ke arahnya lalu merangkul pinggang Inara. "Jom kita naik, dah lewat ni. It's almost 12 o'clock." Ajak Shah lalu mereka berjalan menuju ke bilik Shah.

"Ehhh , barang aku dekat bilik bride tadi. Tak ambil lagi." Ujar Inara yang mula teringat akan barangnya.

"Sokay sayang, barang sayang semua kat dalam dah. Abang dah settelkan. Jom lah kita masuk, bersihkan diri and solat Isya sekali." Ujar Shah yang tersenyum memandang isterinya itu lalu membawa isterinya masuk.

#Sorry taw kalau korang rasa cringe ke, tak logik ke,  tapi sy nak scene mcm ni ada sebab mcm lain dri yg lain.

#Hahahahhaha, author korang ni mmg yg tidak-tidak, sorry yer guys sebeb imaginasi terlalu pelik. Harap korang enjoy la scene ni. 

DIA IZRAEL SUAMI AKU  [Complete]Where stories live. Discover now