"Macam mana dengan invastigation kau? Ada apa-apa progress tak?" tanya Shah yang sedang menyisip secawan latte macchiato kepada lelaki yang disebelahnya itu.
"Belum lagi bro. Kau tahu lah Mikael tu licik. Aku still tak dapat trace koordinat last diorang kat mana. Number plate tu pun still tak boleh trace jugak." Ujar lelaki di sebelah Shah yang dikenali sebagai Hanz Gabriel.
"So apa plan kau sekarang ni Izrael? Takkan kita nak tunggu benda lain pula yang jadi." Tanya Hanz lagi yang sedang memandang Shah.
"For now, kau go on dulu untuk trace dorang. Aku dah minta pasukan khas bawah Fateh, Betelgeuse untuk tolong kita." Jawab Shah.
"Jap, Betelgeuse ni bukan ke agensi detective yang paling cekap kat Malaysia ni? Tapi tak silap aku, Betelgeuse ni jarang dikenali sebab diorang buat kerja memang clean habis. And lagi satu, Fateh tu bukan ke polis?" tanya Hanz yang mula berteka-teki.
"Dia sebenarnya ejen yang paling handal dalam Betelgeuse, tapi untuk lindung identity dia, dia dianggap polis dan ditempatkan bawah jabatan narkotik di Bukit Aman. Ni supaya orang tak nampak connection antara Fateh dan Betelgeuse." Terang Shah.
Fahamlah Hanz sekarang posisi seorang Fateh Suhail. No wonder boleh berkawan dengan si Shah sampai sekarang lepas peristiwa yang berlaku dulu. Masih segar di ingatannya namun biarlah ia menjadi sebuah masa silam seorang Shah Abdul Mateen.
Setelah selesai perbincangan antara mereka, Shah pun ke pejabat untuk menyambung kerjanya sebagai seorang CEO dan bukanlah seorang Izrael.
Sampai di pejabat, hatinya senang melihat Inara yang sedang tekun mengahadap komputer. "Hai tuan puteri. Busy sangat nampak." Tegur Shah.
"Asal kau asyik panggil aku tuan puteri. Aku ni anak lecturer je taw, bukan anak raja pun." Tanya Inara.
"Awak kan panggil saya tuan hamba, so saya panggil awak tuan puteri lah. Tak salah pun kan?" ujar Shah yang mahu mengimbau kembali kenangan mereka sewaktu pertama kali berjumpa.
"Ehhh haah la. Dah masa tu aku tak tau nama kau, dengan kau pula yang tak berapa nak beradab. Memang meminta untuk dimaki la." Balas Inara yang mula mengingati.
"Nara, awak free tak lepas habis kerja nanti?" tanya Shah yang mula menukar topik perbualan.
"Asal kau tanya?" tanya Inara semula.
"Saya nak ajak awak makan. Boleh tak?" tanya Shah lagi.
"Aiii kau ni. Selalu sangat ajak aku keluar makan." Kata Inara. Bukan apa, nanti apa pula kata pekerja lain. Tak pasal-pasal dia dapat title perempuan gedik mengorat bos. Tak nak la macam tu.
"Alaaa bolehlah. Kata kita ni kawan baik sekarang." Pujuk Shah.
"Hish kau ni, yer la tapi tak boleh lah selalu sangat. Nanti apa pula kata orang lain. Kang nanti orang kata aku ni kaki tackle bos. Tak nak aku dapat gelaran pelik-pelik ni." Ujar Inara.
"Tapi memang awak dah tackle saya pun." Gumam Shah perlahan.
"Apa kau cakap tu, aku tak dengar la, cakap la terang sikit." Kata Inara yang geram dengan perangai annoying Shah.
"Tak ada apa lah, jadi ye petang ni. Lepas asar kita gerak." Ujar Shah lalu terus berlalu pergi menuju ke biliknya tanpa menunggu jawapan Inara.
Memang mamat ni suka buat something tu ikut kepala otak dia. Penat juga la nak melayan spesies macam ni.
Petang itu semasa Inara sedang mengemas barangnya, Shah datang menyergah. "Haaa! Dah siap ke belum? Jom la gerak. Nanti lambat." kata Shah yang sudah tidak sabar. Mana mahu sabar kalau dapat keluar dengan buah hatinya itu walaupun belum declare lagi.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...