Sedang Inara mahu menghidupkan enjin keretanya, "Ehhh ni Nara nak pi mana ni? Meh la abang Mat hantaq." Ujar Mat Siam yang datang dari dalam garaj.
"Ehhh tak pe la bang, Nara nak pergi jumpa abang Nara jap. Abang tak payah la risau. Nanti Nara balik key?" Ujar Inara yang mula masuk ke dalam keretanya.
"Nih sat dulu, Nara satgi jangan lupa share location kat dalam group kita na. Bukan apa, at least kami semua tau Nara pi mana." Pesan Mat Siam lagi.
"Okay bang, nanti Nara share. Ni Nara dah lambat ni, Nara pergi dulu taw. Bye." Ujar Inara lalu terus memecut laju.
Sedang Inara memandu, dia menyeluk beg sandangnya dan megeluarkan telefonnya. Setelah mendail, Inara menunggu panggilannya dijawab.
"Hello Assalamualaikum Abang Teh. Ni abang kat mana ni? Boleh tak adik nak jumpa kejap? Urgent ni, antara hidup dan mati." Ujar Inara bertalu-talu.
"Waalaikumsalam, abang kat luar ni. Okey macam ni, kita jumpa kat kafe biasa. Around 10 minit lagi abang sampai." Ujar Fateh di hujung talian.
"Okay, Nara tunggu situ. Cepat sikit taw." Ujar Inara lalu memutuskan panggilan. Sampai di kafe yang dijanjikan, Inara pun mengambil tempat dan memesan air.
Tidak lama kemudian, Fateh pun sampai dan mengambil tempat betul-betul di hadapan Inara. Setelah memesan air, Fateh pun mula bersuara.
"Apahal adik nak jumpa abang ni. Apa yang penting sangat tu, sampai kait pula hidup dengan mati." Tanya Fateh yang melihat Inara merenungnya dari tadi seperti tidak berpuas hati.
Tanpa menunggu lama, Inara menghulurkan telefonnya. "Baik abang cakap dengan adik sekarang siapa abang sebenarnya. Abang bukan polis kan? Abang tipu Nara hidup-hidup kan? Now, baik abang cakap agen yang dimaksudkan dalam berita ni abang kan?" Tanya Inara yang bertubi-tubi.
Fateh Suhail berasa payah sekali untuk menelan air liurnya ketika ini. Bulat matanya melihat gambar sebuah berita yang tidak tahu Inara dapat dari mana, memaparkan namanya yang tercedera ketika operasi menagkap TBA.
"Adik ni, takkan lah abang sorang je nama Fateh Suhail dalam dunia ni. Bukan abang lah." Ujar Fateh yang masih mahu menafikan siapa dirinya.
"Abang, adik ni tak bodoh lagi lah! Tarikh dia sama dengan tarikh abang masuk hospital dulu. Takkan la nama, kes, tarikh and kecederaan yang sama berlaku pada orang yang berlainan." Ujar Inara yang sudah mula mahu meletup. Sekarang dia hanya perlukan kejujuran dari abangnya itu.
"Okeyyy fine. That's me. I'm sorry adik. I didn't mean to hide all this from you." Ucap Fateh yang akhirnya mengaku lalu dia memegang tangan adiknya.
"Now adik nak abang jawab semua soalan adik dengan jujur. No cheat!" Kata Inara yang mengajukan jari telunjuknya tepat pada wajah Fateh Suhail.
Fateh Suhail mengangkat tangan seperti mahu membaca ikrar sebagai tanda bahawa dia berjanji akan menjawab segala soalan Inara dengan jujur.
"Kalau agen Fateh Suhail ni adalah abang, mesti abang kenal kan siapa Izrael kan?" tanya Inara dengan suara yang agak tegas seperti mahu membaham mangsanya.
Fateh mengangguk laju mengiakan apa yang ditanya oleh adiknya itu. Mahu tidak mahu terpaksalah dia jujur hari ini setelah bertahun-tahun menyimpan rahsia ini.
"Betul ke Izrael tu adalah Shah Abdul Mateen, adik ipar abang sendiri, Suami adik sendiri?" Tanya Inara pula yang mahu memastikan kesahihan. Lambat-lambat Fateh mengangguk. Terasa amat berat sekarang ini.
"So, dia lah orang yang bertanggungjawab yang sebabkan abang hampir mati lima tahun dulu?" tanya Inara lagi dengan riak wajah yang seperti menahan marah.
"Yes, you're right. He is the one who shot me five years ago but you have to know one more think adik. He also the one who take a risk for donating apart of his liver for me to continue living until today." Ujar Fateh yang masih menggenggam tangan adiknya itu.
Air mata Inara jatuh ketika ini. Kenapa perkara ini amat berat untuk Inara terima. Inara masih boleh terima jika Shah mempunyai sejarah silam yang teruk, yang bergelumang dalam dunia yang penuh dosa. Tapi amat berat untuk dia terima hakikat bahawa suaminya itu adalah orang yang dia berdendam sehingga ke hari ini.
"Kenapa abang tak pernah nak bagi tahu adik pasal semua ni? Abang tahu tak sakit sangat hati ni nak terima semua benda ni dalam satu masa." Ujar Inara dengan air mata yang masih membasahi wajahnya.
"Ada sebab kenapa abang dengan Shah rahsiakan semua ni selama ni. And ada sebab juga kenapa adik kena tahu tentang semua ni sekarang." Ujar Fateh yang menyapu air mata di pipi adiknya itu.
"Apa pun sebabnya abang tak boleh buat adik macam ni. It's not fair for me." Ujar Inara sebak.
Setelah hampir sejam berada di kafe itu, Inara akhirnya memilih untuk pulang bagi menenangkan fikirannya. Sungguh otaknya terasa terlalu berat untuk menerima semua perkara ini.
Setelah kereta Inara hilang dari pandangan, Fateh terus menelefon seseorang. "Hello Iz, dia dah tahu. Sekarang ni aku nak kau terangkan semua perkara dekat dia bila kau balik. Kau kene betulkan pemikiran dia tentang diri kau." Ujar Fateh.
"Okey bro, esok aku balik, aku akan terangkan semuanya dekat dia. Sokay bro, aku dah agak dah dia akan tahu dalam masa terdekat ni. Nanti aku cuba settlekan dengan dia baik-baik." Ujar Shah yang berada di hujung panggilan lalu talian pun dimatikan.
Sampai di rumah, Inara menangis sepuas-puasnya di dalam bilik air. Dia melepaskan perasaannya sambil mendengar bunyi air dari pancuran hujan yang tidak henti-henti itu.
Malam itu, Kak Mas naik ke bilik Inara. Kak mas membuka pintu dan terlihat Inara sedang berada di balkoni bilik merenung keluar.
"Haihhh,orang perempuan tak elok lah duk berembun ni. Jom turun makan nak tak? Akak buatkan chocolate cake favourite Nara. Jamah la sikit ye." Ujar Kak Mas yang memulakan perbualan.
"Akak, kenapa Shah tipu Nara? Kenapa dia tak jujur dengan Nara? Dia memang suka buat Nara sedih kan?" Ujar Inara lirih.
"Dia bukan tipu Nara , Cuma dia rahsiakan dulu semua ni dari Nara. Ada sebab kenapa dia buat macam tu dan dia tengah fikir bila masa yang sesuai nak bagi tahu Nara tentang semuanya. Percayalah Nara, Tuan tu sayang Nara sangat-sangat tau." Ujar Kak Mas yang mula memujuk Inara. Dia tahu pasti Inara kecewa dengan apa yang berlaku.
"Tapi sampai bila dia nak rahsiakan kak? Tengok lah sekarang, Nara dah tahu sendiri dan bukan dari mulut dia pun." Ujar Inara pula seakan kecewa dengan suaminya itu.
"Maybe dia fikir sekarang belum masanya lagi untuk Nara tahu semuanya. Tapi kita manusia hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan, betul tak? Sekarang Nara tak payah la fikir sangat, esok kan tuan balik. So, Nara try bincang dengan dia elok-elok. Sekarang ni, kek akak kat bawah tu dah sejuk tunggu Nara. Jom kita turun makan ye, orang lain semua kat bawah tunggu Nara." Ujar Kak Mas lalu menarik tangan Inara untuk turun ke dapur bagi melupakan seketika masalah yang membelenggu dirinya itu.
Inara hanya mengekori Kak Mas tanpa sebarang bantahan. Bersyukur sangat Inara rasa kerana Allah mengahadirkan insan baik seperti Kak Mas, abang Mat, abang Haziq dan juga abang Yus dalam hidupnya.
Mereka menikmati kek yang dibuat Kak Mas itu dengan penuh berselera. Inara juga makan agak banyak dari sebelum ini, mungkin nasihat Kak Mas sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya.
#Sorry guys if ada yang terkurang and sebagainya. i hope korang enjoy dgn chapter ni. thank you still support sy and thank you still tunggu sambungan Inara dengan Shah ni. love everyone.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...