Chapter 31 🌷

32 0 0
                                    

"Wowww, meriahnya dinner malam ni. Banyak betul sayang masak." Teruja Shah yang melihat lauk kegemarannya, daging salai masak lemak dan sambal goreng jawa yang telah terhidang di atas meja makan.

"Mentang-mentang ada lauk favourite dia, diakatanya meriah. Padahal sama je hari-hari Nara masak macam ni." Ujar Inara yang menarik hidung Shah.

"Amboii, pandai ye sekarang main hidung abang, naughty girl." Ujar Shah yang menggosok hidungnya itu. Inara hanya menjelir lidah dan membuat muka selambanya.

Kak Mas mula meyenduk nasi ke setiap pinggan dan mereka mula menjamah hidangan. Sedang mereka menikmati hidangan tersebut, "Ni lupa nak bagi tahu yang minggu depan saya saya kena outstation kat Istanbul. Jadi semua yang kat sini kena jaga isteri saya baik-baik ye sepanjang saya tak ada." Ujar Shah kepada pekerjanya.

"Lahhh lama ke abang pergi? Tak boleh ke suruh orang lain gantikan tempat abang tu." Inara seakan tidak berpuas hati.

"Tak lama pun sayang, empat hari je, lepastu abang balik lah. Projek ni projek besar, so abang as a ketua la yang kene pergi. Tak boleh lepas tangan kat orang lain." Ujar Shah yang cuba memujuk isterinya itu.

Muncung Inara mula timbul tanda protes. "Alahhh Nara, empat hari je. Tak lama pun. Nanti lepas empat hari tu, Nara peluk lah tuan sampai tak nak lepas pun tak apa." Ujar Yus yang mahu mengusik Inara.

"Ish abang Yus ni, empat hari tanpa suami ibarat empat puluh tahun tau tak?" Ujar Inara lagi.

"Allah Nara ni, hyperactive sangat tu sampai empat puluh tahun." Ujar Mat Siam pula lalu disambut oleh tawa Haziq.

"Abang Mat ni kan, kalau ye pun jangan la confident sangat. Bukan hyperactive bang, tapi hyperbola la." Ujar Haziq yang masih tidak dapat menahan tawanya.

Berdekah mereka semua tertawa termasuklah Shah dan Inara. "Haaaa tu lah abang Mat, confident tinggi ni beli kat mana? Shopee ke temu." Bidas Inara pula yang memulang paku buah keras.

"Amboiii, tang abang salah sikit, laju ja Nara counter balik." Balas Mat Siam lagi .

Semua yang berada di situ tertawa dengan gelagat masing-masing. Itulah apa yang Inara mahukan, tiada jurang antara pekerja dan majikan malah seperti keluarga.

~

Shah sedang memasukkan barangnya ke dalam bonet kereta. Inara pula sedari tadi menunjukkan riak wajah sedih. Shah pun mendekati Inara, "Syang jangan lah buat muka macam ni, berat hati abang nak tinggal sayang." Ujar Shah yang mengusap lembut pipi gebu Inara.

Serta merta ada air yang mengalir membasahi pipi Inara, "Abang nak tinggalkan Nara, takkan Nara nak happy." Ujar Inara yang air matanya mula membanjiri wajah.

"Siapa kata abang tinggal sayang, abang cuma jauh sekejap dengan sayang. Okey macam ni, habis je kerja kat sana, abang balik terus taw. Sayang jangan lah macam ni." Tutur Shah yang masih lagi mencuba untuk memujuk Inara.

"Abang janji tau abang takkan tengok perempuan lain, abang kene ingat Nara selalu. Jaga hati, jaga mata bila kat sana. I'm gonna miss you so bad." Tutur Inara lalu memeluk suaminya itu.

"Okay princess, all parts of my body is yours. No one can have it. Take care my dear, wait for me okay. I love you so much. Bye sayang." Ujar Shah yang membalas pelukan Inara lalu masuk ke dalam kereta.

Mat Siam pun memandu kereta itu menuju ke lapangan terbang. Inara hanya mampu melambai sambil juraian air mata membasahi wajahnya.

"Tak apa Nara, lagi empat hari tuan balik lah. Jangan lah sedih-sedih. Kitorang kan ada." Pujuk Kak Mas yang menggosok bahu Inara. Faham sangat Kak Mas perasaan Inara. Tambahan pula ini kali pertama Shah meninggalkan Inara. Sudah tentu perasaan sedih itu menebal.

DIA IZRAEL SUAMI AKU  [Complete]Where stories live. Discover now