Pagi itu, Inara bangun awal untuk bersiap ke tempat kerja dan juga menyediakan sarapan. Shah yang baru turun terlihat isterinya itu sudah bersiap sedang berada di dapur.
"Sayang, Good morning! Buat apa tu?" Tanya Shah yang memulakan perbualan.
"Morning awak, jom duduk kita breakfast sekali. Saya dah masak ni. Kak Mas, panggil yang lain kita makan sekali." Ujar Inara yang meletakkan mangkuk berisi nasi goreng di atas meja makan.
"Okey Nara." Sahut Kak Mastura dari dalam dapur.
"Ehh sayang, kenapa susah-susah buat breakfast ni? Tak penat ke pagi-pagi nak kene bangun lagi awal semata-mata nak buat breakfast." Tanya Shah. Kesian dia melihat isterinya itu kalut menyediakan sarapan buatnya.
"Lahh tak susah pun, breakfast simple je. Lagipun saya memang dah berazam, selagi saya larat dan ada masa, memang saya akan selalu masakkan dekat awak. Dah makan cepat, nanti lambat nak pergi office." Ujar Inara yang sedang menyendukkan nasi goreng di atas pinggan di depan Shah.
Shah mengangguk lalu makan nasi goreng yang telah disediakan isterinya itu. "Ni sayang, nanti naik dengan abang sekali lah. Kita pergi sekali." Ujar Shah yang memandang isterinya itu untuk meminta persetujuan.
"Okeh boss, saya menurut perintah." Ujar Inara yang membuat gaya ala-ala tabik hormat. Tertawa kecil Shah yang melihat gelagat isterinya itu. Setelah bersarapan, mereka berdua pun bertolak ke pejabat.
Sampai sahaja mereka di pejabat, semua yang lalu mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat mereka. Inara yang mula duduk di tempatnya itu terus diserbu oleh Fawwaz dan Ash.
"Hoii, pengantin baru ni lama pula cuti, hari ni baru masuk ye." Kata Ash yang mula mahu mengusik Inara. Kalau sehari tak cari pasal dengan Inara, bukan Ash la tu.
"Haa tu lah, hampa pi honeymoon kat mana? Lama sangat hampa menghilang ni." Ujar Fawwaz pula yang mahu mengorek cerita. Mstar sangat.
"Ish korang ni, aku ingat nak tanya aku sihat ke apa, tup-tup main serang dengan soalan yang mengarut pula. Malas la layan korang ni, baik aku buat kerja. Banyak projek nak kene settle." Ujar Inara malas mahu melayan dua mangkuk hayun itu.
"Elehhh, tukar topik pulak kau. tunggu la, lain kali aku korek lagi." Ujar Ash yang disambut oleh tawa si Fawwa lalu mereka pun berlalu pergi untuk menyambung kerja masing-masing.
Inara pun menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Tiba-tiba datang pula Aliya yang menjaga kaunter informasi di hadapan pejabat mereka."Weh Nara, ni tadi ada mamat hantar bunga cakap ada orang tempah untuk kau." Ujar Aliya lalu menghulurkan jambangan bunga tulip tersebut kepada Inara.
"Ehhh sape pulak kirim ni, kau sure ke Aliya? Kot salah orang kot." Ujar Inara yang hairan. Siapa pula yang mahu menghantar bunga kepadanya ini.
"Ehh betul lah, dia kata untuk Puan Inara Sophea. Ambik lah weh, tu kad pun ada. Nanti kau tahu lah sape. Kau tanya aku pula, manalah aku tahu gila." Ujar Aliya pula.
Inara pun mengambil jambangan bunga yang dihulur oleh Aliya. Setelah Aliya berlalu pergi, Inara pun membuka kad yang terselit di celahan bunga tersebut.
'Happy working my Tuan Puteri. Jangan stress okay? Just enjoy your work. Ingat, jaga mata and jaga hati untuk abang sorang je. Love you sayang. -SAM-'
"Amboi laki aku ni, macam tak boleh nak hulur sendiri. Nak juga buat surprise macam ni. Kalau macam ni selalu, potong kaki la adikk. Sweet sangat." Ujar Inara dalam nada bebisik. Risau kalau orang lain mendengarnya.
#Sorry guys makin pendek pula dah. Harap korang masih bersabar dgn kerenah autor mcm sy ni. sy ni mmg tak konsisten betul, kejap pnjang, kejap pendek.
#IN fact kan korang, ummi sy sendiri pun ckp, sy ni kalau gulung popia pun mcm tu jugak, ada pnjang, ada pendek. Hehe
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...