Puan Munirah menjenguk bilik ke dalam bilik Inara. Sudah tiga hari Inara pulang ke rumah selepas discharge dari hospital. Namun dia kerap termenung, ini menyebabkan hati Puan Munirah tidak tenteram. Risau akan sang anak.
"Assalamualaikum, boleh ummi masuk?" tanya Puan Munirah yang menghentikan lamunan anak gadisnya itu.
"Waalaikumsalam, masuklah ummi." Kata Inara yang tersedar dari lamunannya.
"Anak ummi ni kenapa, asyik termenung je. Adik sedih lagi ke? Kalau macam tu ummi pun nak sedih macam adik juga lah." Kata Puan Munirah yang mahu memancing anak gadisnya.
"Ehhh ummi ni. Mana ada sedih. Cuma tengan fikir pasal masa depan. Ummi jangan la sedih sekali. Adik Cuma terfikir pasal ummi abah je." Kata Inara.
"Apa yang adik fikirkan sangat tu? Tak nak share dengan ummi ke sayang? Ummi pun nak tahu juga apa yang bermukim di hati adik tu." Tanya Puan Munirah yang mula menggemnggam jari-jemari anaknya itu.
"Adik cuma terfikir nanti mesti ummi abah kecewa kan sebab adik tak boleh bagi ummi menantu dengan cucu macam orang lain." Inara mula meluahkan apa yang bersarang di mindanya sejak beberapa hari yang lalu.
"Kenapa adik cakap macam tu pula? Tanya Puan Munirah lagi. Dia tahu masih ada lagi yang tersirat di sebalik apa yang anaknya katakan tadi.
"Yer la ummi, adik kan dah tak boleh mengandung. Mesti tak ada lelaki nak berkahwin dengan perempuan macam adik ni. Yang tak boleh beri dia zuriat ni. Kesian la ummi abah kecewa, malu bila kawan-kawan ummi abah semua boleh main dengan cucu tapi ummi abah tak boleh." Luah Inara. Air matanya mula bertakung.
"Adik tahu tak yang rezeki, jodoh dan ajal ni semua kerja tuhan. Kalau tuhan dah tetapkan sesuatu, pasti ia akan terjadi juga. Adik kena berprasangka baik dengan perancangan Allah. Kalaupun adik tak kahwin and tak mengandung, adik tetap anak ummi abah sampai bila-bila." Pujuk Puan Munirah lalu memeluk tubuh anak gadisnya itu.
Lama mereka bonding bersama pada malam itu. Inara pun sudah mula dapat menerima takdir yang telah tertulis buat dirinya. Dia harus kuat demi masa depannya.
~
Sudah dua bulan kejadian kemalangan itu berlaku, Inara pun sudah kembali ke pejabat dengan semangat yang baru. Mempunyai rakan-rakan baik seperti Hani dan Wardah juga menguatkan lagii dirinya. Rakan di pejabat seperti Ash dan Fawwaz juga sangat banyak membantunya.
Dan yang paling penting, dia sudah tidak terlalu garang lagi dengan mamat tak beradab itu. Lelaki itu pun tiap hari bertanya tentang keadaan Inara. Memang la tak terlalu garang, tapi garang juga la sikit.
Sedang Inara khusyuk meneliti pelan projek Rumah Bayu yang akan dijalankan di Sabah itu, tiba-tiba ada satu suara menyergahnya.
"Baaaa! Buat apa tu Cik Nara? Busy sangat Nampak." Sergah Shah Abdul Mateen yang dari tadi memerhati gadis pujaannya itu.
"Tengan anyam ketupat, raya cina kan dah dekat." Jawab Inara Sophea selamba. Sah-sah Inara sedang tengok kertas pelan yang besar gedabak ni, boleh pula ditanya.
Perghhh! Jawapan tu agak sakit ye. Anyam ketupat nak sambut raya cina. Rare betul gadis ni. Nasib dah suka. "Amboiii! Saya tanya je. Ni dah pukul 1, jom lunch dengan saya. Bosanlah makan sorang." ajak Shah. Amat berharap gadis ini setuju.
"Apa yang aku dapat kalau aku teman kau?" Tanya Inara yang saja mahu mengusik.
"Okey, saya bagi awak pilih tempat makan and saya belanja awak sekali dengan dessert." Kata Shah penuh bersungguh.
"Sebab kan sekarang kau dah jadi kawan aku, aku setuju dengan offer kau tu. Tapi dengan syarat, aku yang akan drive. Deal?" Ujar Inara. Semenjak dia tahu yang lelaki ini yang telah membawanya ke hospital, dia mula boleh menerima kehadiran lelaki ini.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomantikPertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...