Menjelang pukul 11 pagi, Inara sudah bersiap-siap untuk bertolak ke rumah ibu mertuanya. Shah pula sedang berbual dengan keluarganya di ruang tamu.
Setelah meminta diri, Inara dan Shah meminta diri untuk beransur. Inara memeluk erat setiap orang ahli keluarganya diduduli pula dengan Shah. Sempat Encik Farid berpesan.
"Shah, jaga anak abah baik-baik yer. Kalau dia ada buat salah, tegur dengan baik. Sayang dia lebih dari kami sayangkan dia. Kalau Shah dah tak mahu hidup dengan dia, pulangkan dekat abah dengan baik ye." Ujar Encik Farid sambil menepuk bahu menantunya itu.
"Insyaallah abah. Shah akan jaga dan sayangkan Inara lebih dari nyawa Shah sendiri. Shah janji dengan abah. Terima kasih abah."Ujar Shah yang memeluk erat bapa bertuanya itu.
Kereta Audi RS 5 Sportback itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Encik Farid. Shah dapat melihat wajah Inara yang sedikit redup itu lalu menggenggam jemari isterinya itu.
"Sayang jangan risau taw, nanti bila-bila kita boleh datang lahi. Hujung minggu ke, lagi pun rumah kita tak jauh sangat pun dari sini." Ujar Shah lalu mencium lembut tangan isterinya itu.
Inara mengangguk lalu tersenyum. Setelah 45 minit perjalanan, akhirnya mereka mula masuk ke dalam perkarangan sebuah rumah agam. Turun dari kereta, mereka disambut oleh pembantu rumah tersebut.
"Assalamualaikum Mummy, daddy." Ucap Shah yang mula terlihat kelibat ibu bapanya itu di ruang tamu.
"Waalaikumsalam, haaa sampai pun anak menantu mummy ni. Inara sihat tak?" Tanya Puan Sri Haliza prihatin lalu memeluk menantunya itu.
"Alhamdulillah sihat mummy. Mummy daddy macam mana?" Soal Inara kembali yang mengambil tempat duduk di sebelah ibu mertuanya.
"Alhamdulillah kami pun sihat. Ni malam ni tidur sini kan?" Tanya Puan Sri Haliza lagi.
"Haah mummy, malam ni kami tidur sini. Esok baru balik rumah sendiri." Ujar Inara lagi.
"Mummy, hari ni mummy masak apa lunch nanti." Tanya Shah pula.
"Haaaa jom lah kita pergi dapur kalau nak tahu, makanan pun dah siap hidang dah. Nanti mummy minta Kak Sal panggilkan kakak dengan abang ipar awak tu." Ujar Puan Sri Haliza yang menarik lembut tangan Inara. Inara hanya menuruti langkah ibu mertuanya itu.
Tan Sri Aminudin tersenyum melihat keakraban isteri dan menantunya itu. Dia dan Shah pun menuruti juga langkah mereka berdua menuju ke meja makan. Sedang semua mula mengambil tempat duduk, mereka dikejutkan dengan satu suara perempuan.
"Wehhh, ni Inara Sophea kan. Apa kau buat kat sini babe?" jerit seorang perempuan yang baru masuk ke ruang dapur bersama dengan seorang lelaki di sebelahnya.
"Ehhhh Sya, macam mana kau boleh ada kat sini? Wait, don't tell me that you're...." Inara tidak dapat meneruskan ayatnya.
"Aku kakak Shah lah, mean kau lah adik ipar aku yang aku tunggu hari ni kan." Ujar Syahirah yang mula teruja lalu berlari memeluk Inara. Inara membalas pelukan wanita itu dengan perasaan yang bercampur baur. Masih tidak dapat menghadam kenyataan ini.
"Ehhhh jappp, macam mana akak kenal isteri boy ni?" Tanya Shah yang sedari tadi jadi pemerhati.
"Haaa tu lah, mummy pun hairan. Macam mana girl boleh kenal dengan Nara ni pula?" solal Puan Sri Haliza tentang perkara yang sama.
"Guys, ni lah Nara yang girl selalu cerita dulu masa girl study kat London dulu. Dia lah yang pernah tolong girl pergi klinik yang masa girl terseliuh jatuh tangga masa kat kampus tu." Terang Syahira kepada keluarganya.
"Lahhh ni ke orangnya, Ya Allah, kecik betul dunia ni kan. Thank you Nara sebab dah tolong anak daddy ni dulu." Ujar Tan Sri Aminudin.
"Tak ada apa sangat lah daddy, lagiun benda kecil je." Ujar Inara yang merendah diri. Tak sangka akan jumpa rakan baiknya itu a.k.a kakak iparnya di sini. Hebat sungguh percaturan tuhan.
"Okeyyy, now why not kita makan dulu. Habis makan kita sambung sembang lagi ye." Ujar Puan Sri Haliza pula.
Setelah selesai makan, mereka semua mengambil tempat di ruang tamu untuk berbual. Banyak perkara yang dibualkan antaranya tentang perkenalan antara Inara dengan Syahira. Tentang majlis kahwin Inara dan Shah yang menjadi huru hara kerana mengikut idea gila seorang Shah Abdul Mateen.
Petang itu, Inara sedang duduk di sebuah gazebo yang teletak di belakang rumah agam itu yang juga berdekatan dengan tanaman-tanaman Puan Sri Haliza. Inara duduk termenung seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Hai, boleh aku join tak?" Sapa Syahira yang sedari tadi merenung Inara dari jauh. Sepertinya sedang berfikir tentang sesuatu.
"Ehhh, duduklah babe. Kenapa kau datang sini?" Tanya Inara yang tidak tahu dari mana datangnya kawannya itu.
"Kau ada masalah ke Nara? Aku kenal kau dah lama taw, even kita jauh dulu pun kau selalu share masalah dengan aku. Ni aku dekat depan mata kau, kau tak nak share apa-apa ke?" Tanya Syahira yang mahu memancing Inara. Dia tahu ada sesuatu yang bersarang di fikiran Inara saat ini.
"Tak ada apa lah babe. Aku okey je." Bohong Inara. Tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu tentang masalah yang dihadapinya.
"Kau mungkin boleh tipu orang lain Nara, but kau takkan boleh tipu aku taw. Come closer and tell me why you act like this. This is not Inara that I know." Ujar Syahira lalu memalingkan Inara untuk menghadapnya.
"Aku tak tahu nak mula dari mana Sya. Banyak sangat yang terpendam." Ujar Inara yang matanya sudah mula berair.
"It's okay, just start where you want, I will be your listener." Ujar Sya yang menggosok bahu Inara seakan memberi semangat.
Inara pun menceritakan tentang kemalangan yang berlaku keatasnya sejak 4 bulan lalu. Meluahkan segalanya kepada Sya termasuklah kecacatan yang berlaku kepadanya.
"Inara, kau memang wanita yang kuat. Kalau lah aku kat tempat kau, mungkin aku dah berputus asa, mungkin aku dah lama mengalah dengan takdir. Tapi kau still bangkit untuk teruskan hidup kau." ujar Syahira yang matanya sudah dibanjiri dengan mutiara-mutiara jernih lalu memeluk tubuh Inara.
"Kalau ikutkan, aku dah mengalah dari awal Sya. Tapi Allah hadirkan adik kau sebagai penguat semangat aku. Tapi aku kesiankan dia, aku tak mampu nak bagi dia zuriat Sya. Dalam masa yang sama aku juga sanggup nak berkongsi dia dengan perempuan lain. Aku jahat ke Sya, aku tak adil kan dengan suami aku?" Ujar Inara yang semakin lebat air matanya turun.
"Tak Nara. Kau tak kejam, tu hak kau. Aku harap adik aku mampu bahagiakan kau Nara. Kau jangan la macam ni Nara. Semua orang sayangkan kau sebab diri kau. Mummy, daddy, aku, and Shah sendiri." Pujuk Syahira.
"Thank you Sya, selalu ada untuk aku. Sekarang kau bukan kawan aku lagi, tapi kakak ipar aku." Ujar Inara mahu berseloroh dan akhirnya kedua-dua mereka tertawa bersama.
Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka. "Sayang, abang janji abang akan jaga sayang sampai akhir hayat abang. Abang akan sayangkan sayang lebih dari abang sayangkan nyawa abang sendiri. Abang janji yang kesedihan sayang akan berakhir, abang janji abang akan dapatkan Bloody Angel secepat mungkin." Desis Shah Abdul Mateen di dalam hatinya sambil mengepal penumbuk.
#Harap semua masih okey ye follow Inara dgn Shah ni. bukan apa, takut cerita sy mengarut ke, buat korang pening ke, I'm sorry taw. if ada apa-apa boleh comment and vote sekali taw. Hugs to all of you.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...