"Kita tunggu buah hati kau sampai ye, then kau boleh tengok dia mati depan mata kau." Mikael menghampiri Inara setelah menamatkan panggilan dengan musuhnya tadi lalu membuka salotape yang menutup mulu Inara dengan kasar sehingga terjerit Inara menahan pedih.
"Apa lagi yang kau tak puas hati dengan dia? Dia dah lindungi kau dengan ahli lain dulu. Dia suruh kau lari sebab tak nak kau kena tangkap lima tahun lepas. Kau tak ingat ke semua tu?" Tanya Inara yang sedang menahan kepedihan di bahagian mulutnya itu, mahu digosok tangan pula diikat.
"Aku ingat apa yang dia buat tapi aku tak boleh maafkan bila dia tolong musuh kitorang. Dia tu pembelot." Jerit Mikael.
"Kalau dia pembelot dah lama kau kena tangkap kau tau tak! Mungkin sekarang kau dah meringkuk dalam penjara or dah ke tali gantung!" jerit Inara bengang Mikael menyalahkan suaminya.
Pangggg. Satu tamparan kuat hinggap di pipi mulus Inara menyebabkan wajah Inara terteleng. Pijar terasa di kulit pipi Inara. "Hei perempuan! Kau tak tau apa-apa baik kau diam. Sekarang motif aku cuma satu, aku nak dia mampus dekat depan mata aku dengan tangan aku sendiri!" pekik Mikael sambil mencengkam dagu Inara dengan kasar.
"Kau takkan terlepas Mikael. Kejap lagi dia akan datang untuk menang, bukan untuk serah diri bulat-bulat dekat kau. Sebab apa? Sebab selamanya Izrael akan jadi pemenang dan selamanya juga kau adalah pengecut!" Jerit Inara dengan berani. Dia yakin bahawasanya Allah akan menolong mereka.
"Tak guna kau perempuan! Sial!" pekik Mikael lagi lalu menampar Inara sekali lagi tapi kali ini dengan lebih kuat menyebabkan Inara jatuh dari kerusinya. Inara mengaduh kuat kerana terlalu sakit di bahagian bahunya itu.
"Aku dah cakap kan, jangan buat aku bengang dengan kau. Kan dah sakit." Ujar Mikael dengan suara sinis. Dia menindih tubuh Inara lalu mengoyak pula baju Inara sehingga menampakkan bahagian atas dada Inara yang putih kemerahan itu.
Jiwa lelakinya meronta-ronta ketika ini. "Cantiknya kau ni perempuan, tapi sayang dapat kat Izreal tak guna tu." Ujar Mikael dengan jiwa yang bergelora. Pantas sahaja tangannya menjalar pada leher jinjang Inara.
"Jangan sentuh aku lah setan! Aku tak nak tangan kotor kau ni sentuh aku, jijik!" Jerit Inara kuat. Matanya sudah pun dibanjiri air mata kerana tidak merelakan dirinya itu disentuh sembarangan. Mahu melawan tidak berdaya dengan kudrat Mikael malah dia juga dalam kedaan yang terikat, tidak dapat bergerak.
Melihatkan Inara dalam kedaan sebegitu menyebabkan Mikael lebih galak menyentuh bahu Inara yang sudah terdedah itu. Dia tidak kisah dengan jeritan Inara malah, membuatkannya lebih geram. Nafsu lelakinya menguasai diri.
Ya Allah , bantulah hambamu ini. Sungguh hanya padamu aku memohon pertolongan." Desis hati Inara yang semakin deras air matanya mengalir kerana diperlakukan dengan begitu jijik oleh si keparat Mikael.
~
"Okay , now everyone move. Kita bertindak sekarang." Arah Fateh Suhail tegas. Kesemua team Alpha bersama dengan Fateh sendiri menaiki satu truck untuk menyerbu markas The Bloody Angel manakala Shah pula menaiki keretanya sendiri untuk memastikan Mikael tidak mengesyaki dia membawa pasukannya.
Kereta Shah diarah untuk bergerak dahulu mengikut perancangan. Dalam kerata tidak henti-henti Shah berdoa agar isterinya itu selamat. "Ya Allah, bantulah hambamu ini. Sesungguhnya hanya padamu tempat aku mengadu. Selamatkanlah isteriku ya Allah."
Kini dua hati sedang saling mendoakan. Keyakinan mereka diletakkan sepenuhnya pada kuasa Allah SWT. Mereka yakin bahawa Allah tidak akan menghampakan doa hambanya yang memerlukan.
Sampai sahaja di tempat yang dijanjikan, Shah pun turun dari kereta dan berjalan menuju ke pintu utama. Telihat ada lima orang yang sedang memegang AK-103. "Bangang la, ni bukan revolver hanat, ni AK-103. Macam mana lah si Shark ni boleh miss info. Nasib baik tadi Alpha pakai G36." Deisi hati Shah namun dia hanya menayangkan muka keras.
"Aku datang nak jumpa bawa balik barang aku. Mana bos kau simpan?" Tanya Shah kepada mereka berlima.
"Bos arahkan kitorang bawa kau masuk jumpa dia dulu." Balas salah seorang dari mereka lalu dia dan Shah berjalan masuk ke dalam meninggalkan lagi empat orang untuk menjaga pintu masuk.
Sebuah pintu dibuka dan Shah terkesima melihat apa yang di hadapannya itu. Matanya tertancap pada isterinya yang sedang mengerang kesakitan ditindih oleh seorang yang amat dia kenali.
"Bangsat kau Mikael! Jangan kau sentuh bini aku lah Sial!" jerit Shah lalu terus meluru ke arah mereka berdua. Dengan pantas sebuah penumbuk dihadiahkan tepat di wajah Mikael menyebabkan lelaki itu terdorong ke belakang.
Bunyi tembak-menembak kedengaran. Tepat pada masanya, The Betelgeuse telah mula bertindak. Ada yang meyerang di luar dan ada juga masuk ke dalam untuk menumpaskan kesemua konco-konco The Bloody Angel.
Shah meluru ke arah Mikael lalu mengahdiahkan lagi beberapa penumbuk. "Aku tak suka orang sentuh hak aku, kau memang cari nahas!" jerit Shah yang sudah mula dikuasai amarah.
Muka Mikael sudah mula dilumuri darah akibat ditumbuk bertalu-talu. Matanya juga menjadi berpinar menyebabkan dia tidak dapat bangun dan membalas tumbukan musuhnya itu.
Shah kemudian meluru ke arah isterinya yang dalam ketakutan tu. Shah membuka ikatan tangan dan kaki Inara. Dia mengambil selendang Inara lalu menutup bahagian tubuh Inara yang terdedah. Shah memeluk Inara yang sedang menangis tidak henti itu.
"Sayang, don't be scared. I'm here with you right now." Tutur Shah lembut sambil memeluk tubuh Inara. Cuba memujuk isterinya untuk berada dalam keadaan yang lebih tenang.
"Jangan sentuh Nara, Nara dah kotor. Dia sentuh tubuh Nara. Nara rasa berdosa, Nara nak lawan tapi Nara tak mampu." Tutur Inara sambil tersedu-sedan. Badannya kini berasa lemah longlai.
"Hei, this is me my love, your husband. Don't be scared." Shah masih lagi cuba memujuk isterinya yang dalam ketakutan itu. Tahu yang Inara terkejut dengan apa yang berlaku.
Di saat genting di mana semua pasukan alpha sedang cuba melawan The Bloody Angel, Mikael yang kembali sedar terus berdiri dan mengacu pistol ke arah Shah yang sedang memeluk Inara. "Pergi mampuslah kau Izreal. Aku akan hantar kau ke neraka sekarang juga." Jerit Mikael dengan kuat lalu menarik picu revolver di tangannya itu.
Inara yang terlihat terus menarik tubuh suaminya itu ke tepi untuk mengelak tembakan Mikael. Peluru itu mendarat pada bahu Inara menyebabkan darah mengalir deras.
Fateh yang perasan akan tindakan Mikael terus melepaskan tembakan tepat mengenai dada Mikael meyebabkan lelaki itu rebah ke tanah. Segera Fateh meluru ke arah adiknya.
"Adik tahan sekejap, abang call ambulans sekarang." Ujar Fateh kepada adiknya yang sedang menahan kesakitan. Shah pantas menaggalkan kemeja miliknya lalu membalut luka di bahu Inara untuk menghentikan darah dari terus mengalir.
Air matanya gugur melihatkan wajah isteri yang sedang menahan sakit. "Sayang kena bertahan tau, nanti ambulan sampai. Sayang jangan tinggalkan abang." Ujar Shah dengan juraian air mata.
"Abang, maafkan segala salah Nara ye. Halalkan makan minum Nara. Nara sayangkan abang, jaga anak kita baik-baik ye." Ujar Inara dengan payah lalu pandangan Inara menjadi gelap.
"Sayang! Bangun sayang! Please don't leave me. I can't live without you sayang. Tolonglah bertahan demi cinta kita." Shah mencuim ubun-ubun isterinya dan meletakkan pipinya di atas pipi Inara. Air mata dari pipi Shah gugur laju membasahi pipi Inara.
#Hope korang masih lagi waras lepas baca part ni. Sy akui bnyk kekurangan untuk part ni, I hope all of you can give comment suapaya sy boleh improve lain kali. apa pun enjoy je lah guys.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomantiekPertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...