Keesokannya, memandangkan Inara bercuti pada hari itu, dia ingin menghabiskan masanya di rumah dengan membaca novel. Dicapainya sebuah novel lalu meabuhkan punggung di atas sofa yang berada di bilik itu. Matanya terlihat gambar perkahwinannya dengan Shah lalu fikirannya menerawang mengenangkan peristiwa semalam.
"Ish, apa yang Shah cuba sorok dari aku sebenarnya ye? Aku tak kira, aku kena dapatkan juga jawapan hari ini. Tak tenang kalau macam ni." desis Inara di dalam hati dan secara automatik buku yang berada di tangannya itu disimpan semula di atas rak.
Inara kemudiannya cuba mencari sesuatu di dalam bilik itu, habis segala rak dan laci digeledahnya. Akhirnya dia jumpa apa yang dicarinya, sebuah gugusan kunci kini berada di dalam tangannya.
Dia pun naik ke tingkat atas sekali menuju ke satu-satunya bilik di aras itu. Dia menguji hampir kesemua kunci di tangannya itu. Akhirnya, dia berjaya membuka pintu bilik itu lalu masuk ke dalam.
Tanpa Inara sedar, ada beberapa pasang mata sedang memerhatikannya. "Habis lah bila Nara tahu semuanya." Ujar Haziq yang sedang bersembunyi disebalik tangga.
"Habis tu kau nak kita buat apa? Lagi pun Tuan yang suruh letak kunci tu semua dalam drower bilik bacaan tu kan kan semalam. Dia tahu yang Nara selalu masuk bilik tu." Ujar Mat Siam pula.
Dia mengimbas kembali semalam di mana dia memberitahu majikannya itu tentang Inara yang sudah bertanya tentang bilik tersebut. Shah sendiri yang mengarahkannya untuk letak gugusan kunci itu di dalam laci bilik.
"Agak-agak apa lah plan tuan sebenarnya kan. Risau pulak aku ni, apa lah reaction Nara bila tahu semua ni." Ujar Yus pula yang sudah mula memikirkan tentang penerimaan Inara.
Inara yang sudah mula masuk ke dalam bilik tersebut terus membuka lampu dan menutup pintu. Alangkah terkejutnya dia melihat sebuah patung yang dipakaikan satu sut serba hitam dipadankan topeng yang munutup separuh muka patung itu dan berkaca mata hitam.
"Ya Allah, terkejut aku. Ingatkan orang lah tadi. Nasib roh aku masuk balik dalam badan." Ujar Inara yang sedang mengurut dadanya.
Inara meneliti patung itu dan terlihat lambang pada dada sut tersebut. Lambang seperti lelaki bersayap. Dia mengambil meneliti lagi lalu ternampak sebuah tulisan pada kolar baju itu.
"Izrael Bloody Angel? Siapa pula Izrael ni. Apa semua ni? Kenapa semua ni ada dalam rumah suami aku?" pelbagai persoalan mula berlegar di minda dan bibir Inara.
Dia menuju pula ke sebuah meja yang diletakkan sebuah laptop dan PC yang agak canggih. Tapi yang lebih menarik perhatiannya adalah sebuah buku yang berwarna hitam di atas meja itu.
Sekali lagi tulisan yang sama pada kolar baju tadi, kini ada pula pada 'cover' buku yang dipegang oleh Inara. Tidak menunggu lama, Inara terus membuka helaian pertama buku tersebut.
'Kalau sayang dah buka muka surat ni, bermakna mesti sekarang sayang dah tertanya-tanya kan siapa Izrael kan? Siapa The Bloody Angel? Kenapa abang kena bagi tahu sayang tentang semua ni?'
"Aikkk, dia dah tahu ke aku akan selongkar bilik ni? Dasyat gila laki aku ni. dia bukan sembarangan Nara, mesti ada sesuatu yang dia sorok." Ujar Inara sendiri. Lalu Inara menyelak pula helaian seterusnya.
'Abang akan jelaskan satu-satu dekat sayang. Abang tahu dah sampai masanya untuk sayang tahu apa yang sepatutnya sayang tahu.'
'Izrael hanyalah seorang lelaki biasa suatu ketika dulu. Lelaki biasa yang mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajiannya ke Italy dalam bidang bussines management.'
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...