Setelah hampir 7 jam mereka menunggu dengan penuh kesabaran, akhirnya doktor yang bertanggungjawab melakukan pembedahan ke atas Fateh Suhail keluar dari dewan bedah tersebut.
Mereka terus meluru ke arah doktor tersebut lalu Inara pun bersuara. "How about my brother doctor? Did this operation works?" bertalu-talu soalan yang diajukan Inara.
"The operation works well. He's stable now but we have to always monitor his condition. I hope all of you can cooperate well to give him some space." Ujar doktor tersebut.
Mereka semua mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT. "Thank you so much doctor, but can we know who is the person that be the donor?" tanya Iskandar yang ingin tahu siapakah manusia berhati mulia itu.
"I'm sorry sir, but the donor didn't allow us to reveal his identity. But don't worry, both of them are safe." Ujar doktor itu lalu terus berlalu pergi setelah meminta izin.
"Siapalah agaknya orang baik tu?" tanya Encik Farid.
"Entah lah abah, yang pasti kita terhutang budi yang besar dengan dia. Kita doakan supaya Allah selalu permudahkan urusan dia ye." Ujar Iskandar sambil memeluk bahu abahnya itu.
Mereka pun menuju ke wad yang menempatkan Fateh Suhail. Selama Fateh tidak sedarkan diri, mereka semua tidak henti-henti berdoa agar Allah kurniakan kesembuhan buatnya. Melakukan solat hajat dan membacakan yasin adalah rutin mereka pada setiap hari.
Suatu hari ketika Inara sedang tidur di atas kerusi sebelah katil, Fateh Suhail mula membuka kelopak matanya. Matanya terasa berpinar setelah berhari-hari tidak sedarkan diri. Kepala menoleh ke sebelah dan terlihat adiknya sedang tidur sambil menggenggam tangannya dengan kemas.
Fateh bengun perlahan-lahan lalu membelai lembut kepala adiknya itu. Inara yang terasa seperti kepalanya disentuh terus terjaga dan terkejut melihat abangnya itu sedang memandangnya dengan sebuah senyuman.
"Ya Allah, abang dah sedar. Abang nak apa-apa tak? Adik boleh ambilkan." Tanya Inara dengan wajah yang masih lagi terkejut. Lama dia menunggu untuk melihat semula senyuman yang paling dirinduinya itu.
"Tak apa, abang okey. Adik okey?" tanya Fateh dengan suara yang masih serak.
"Adik baru okey lepas dengar suara abang sekarang ni, lepas tengok senyuman abang." Ujar Inara lalu terus memeluk lengan abangnya itu. Mahu peluk betul-betul, luka pembedahan masih belum sembuh.
"Macam mana adik boleh sampai sini? Study macam mana?" tanya Fateh lagi sambil meneguk air sedikit demi sedikit. Terasa perit tekaknya ketika itu.
"Abang tak payah risau la pasal study tu. Abang tahu tak, nak gugur jantung adik ni bila ada yang telefon kata abang kat hospital sini. Diorang kata abang accident. Adik ni terus pergi airport, beli tiket and terus sampai sini." Ujar Inara yang sudah bercerita tentang kronologi bagaimana dia boleh sampai ke sini.
"Tapi sumpah adik pelik, kes apa yang abang kena settlekan sampai kat Rome ni. Kat Malaysia tu tak cukup banyak kes ke nak settle sampai abang kaut pula kes kat sini." Inara sudah mula mahu berleter. Geram dengan abangnya itu, sanggup membahayakan nyawa sendiri, sudah lah mereka berada di tempat orang.
"Abang kena buat undercover la untuk kes seludup dadah. Lagipun kes ni under Malaysia cuma orang yang kami cari tu ada kat sini." Bohong Fateh. Tidak mahu adiknya tahu yang dia bukanlah polis seperti apa yang adiknya sangka.
Inara hanya membuat pekak, malas mahu mendengar seribu satu alasan abangnya itu. Bab-bab mereka alasan, dia lah juara.
"Ni orang lain tahu ke pasal ni adik?" tanya Fateh yang menukar topik.
"Bukan setakat tahu, semua ada kat sini. Tapi adik suruh ummi, abah and abang Is pergi dinner dulu sebab diorang tak makan lagi dari tengah hari tadi." Ujar Inara.
"Dah tu adik tak makan ke? Kalau sakit macam mana? Tak pasal-pasal bil hospital melambung sebab kena jaga dua pesakit." Ujar Fateh yang sempat bergurau dengan adiknya itu.
"Kurang asam betul. Adik dah kirim lah dekat diorang. Adik nak tunggu abang." Ujar Inara. Tersentuh hati seorang Fateh dengan sikap adiknya itu.
Sedang mereka berbual, tiba-tiba mereka ditegur satu suara. "Thank God Fateh you have woken up. Miss Inara, can I?" Tanya doktor itu yang meminta izin.
Inara mengangguk lalu keluar dari bilik itu dan menunggu di luar. Kelihatan doktor itu sedang membincangkan sesuatu yang amat penting dengan abangnya itu. Apalah yang dibincangkan oleh mereka.
Inara pun mengambil keputusan untuk ke tandas sebentar kerana perutnya berasa tidak selesa saat ini. Beberapa minit kemudian dia terlihat seorang lelaki yang berhoodie hitam keluar dari bilik abangnya itu. Segera Inara meluru masuk melihat keadaan abangnya.
"Abang, siapa yang baru keluar dari sini tadi? Yang pakai hoodie hitam tu? tanya Inara kepada abangnya itu.
"Ouhh tu kawan, dia datang tanya khabar je. Kenapa adik tanya? Tanya Fateh semula.
"Macam suspicious la dia tu, pakai hoodie tutup kepala macam tu. macam penjenayah pun ada juga gayanya." Ujar Inara yang curiga. Fateh hanya menggeleng sambil mindanya mengingatkan kembali peristiwa tadi.
~
"Kenapa kau buat macam ni? Bukan ke aku orang yang paling kau tak sabar untuk tamatkan riwayat, kenapa kau pilih untuk korbankan sebahagian diri kau untuk musuh kau sendiri. Padahal kau dah hampir berjaya dah Izrael. Kenapa kau berpatah pula?" tanya Fateh bertubi-tubi dengan suara yang agak keras.
"Aku dah banyak buat dosa atas dunia yang sementara ni. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam ni. Cuma aku harap yang kau dapat maafkan apa yang aku dah buat. Kalau kau nak tangkap aku sekarang pun aku rela. Asalkan aku dapat kemaafan dari kau." Ujar Izrael yang menunduk. Hilang sudah sikap Izrael yang sentiasa kasar.
"Kenapa kau cepat sangat nak berubah. Kau jangan ingat yang aku ni bodoh sangat nak percaya semua lakonan kau. Apa motif kau sebenarnya ni? Kau dah nak sampai finish line, sikit lagi aku nak mampus tadi. Asal kau tak biar je?" ujar Fateh yang suaranya makin meninggi.
"Sebab aku dengar adik kau nangis teruk tengok kedaan kau, aku terbayang kakak aku yang lalui semua ni. Sebab tu aku buat semua ni. Kau jangan risau, aku takkan tuntut apa-apa. Instead aku rasa semua ni takkan cukup untuk tebus dosa aku dekat kau and family kau. Aku gerak dulu, Assalamualaikum." Ujar Izrael yang ingin berlalu pergi.
"Kalau kau betul-betul ikhlas, aku ucapkan terima kasih sebab dah tolong aku. Dan aku dah maafkan kau. Kalau kau nak, aku boleh tolong kau untuk berubah. Aku pun bukan lah baik sangat tapi Insyaallah aku akan tolong semampu aku." Fateh bersuara dan itu menghentikan langkah Izrael.
Izrael berpaling ke arah Fateh lalu pergi kepadanya. Fateh menghulurkan tangan untuk berjabat namun dibalas dengan pelukan yang penuh dengan sesalan oleh Izrael. "Thank you so much bro. Thanks sebab percayakan aku and thanks juga sebab bagi aku peluang kedua." Ujar Izrael. Air mata yang keluar dari matanya menunjukkan rasa syukur kerana diberi peluang kedua.
"Semua orang berhak untuk dapat peluang kedua dan aku harap, kau gunalah peluang dan kesempatan yang ada ni sebaiknya." tutur Fateh yang membalas pelukan Izrael sambil menepuk belakang badan lelaki itu.
~
"Abang! Dengar tak adik cakap ni? Tu termenung apa pulak dah?" Ujar Inara dengan suara yang kuat lantas menyentak lamunan panjang Fateh.
"Hah? Adik cakap apa tadi?" Tanya Fateh kembali dengan muka bingung.
"Huhh malas lah nak ulang, punya panjang orang bebel kat dia, dia boleh buat derkk je." Ujar Inara yang seakan merajuk. Fateh Suhail hanya tersenyum dengan rajuk adiknya itu. Nanti sejuklah Inara Sophea, marah dan rajuknya bukan lah lama.
#Hai guys, harapnya korang enjoy yer this chapter. Maaf ye kalau cerita ni buat korang pening ke apa. Apa-apa korang boleh comment if ada yang tak faham or ada yang perlu dibuat improvement. big hugs for all of you.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...