"Assalamualaikum." Ucap Shah yang berada di pintu rumah. Ya, dia baru sahaja sampai Malaysia sekitar pukul 10 pagi tadi. Sekarang jam menunjukkan pukul 11 pagi.
"Waalaikumsalam, ehh tuan dah sampai. Jemput masuk tuan." Ujar Kak Mas yang ceria menyambut kepulangan majikannya itu.
"Kak Mas, Inara kat mana? Tak nampak pun, dia okey tak?" Tanya Shah tentang keberadaan insan yang paling dia rindui sejak empat hari lepas. Tapi hatinya kini penuh dengan debaran untuk mengahadapi amukan Inara. Tapi walau apa pun yang terjadi, dia perlu memujuk Inara dengan penuh sabar.
"Ada kat bilik atas tuan, tak tahu lah saya apa yang dibuatnya. Tuan pergilah tengok. Pagi ni saya tengok mood dia biasa je tuan." Ujar Kak Mas.
Shah pun segera meluru ke bilik atas, sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke bilik ini, kali terakhir pun ialah empat tahun lepas. Buku hitam yang ditulis itu pun, dia minta Mat Siam yang meletakkan buku itu di bilik ini.
Shah menguak dedaun pintu dan terlihat Inara sedang berdiri menatap gambarnya yang tergantung di dinding bilik. "Assalamualaikum sayang. Abang dah balik, sayang tak rindu abang ke?" Tanya Shah yang masih berdiri di muka pintu.
Inara yang mula tersedar akan kehadiran suaminya itu terus berpaling ke belakang dan menatap muka suaminya itu. Sudah tentulah Inara amat merindui lelaki ini kerana dalam hatinya hanya ada cinta untuk lelaki ini.
Namun apabila teringat apa yang terjadi 5 tahun dulu, dia jadi amat kecewa dan sedih. Dia berjalan ke arah lelaki itu. Maka Shah juga berbuat perkara yang sama. Mereka berhenti apabila jurang yang memisahkan mereka hanyalah dua jengkal.
"I think you should tell me the whole story behind all of this." Ujar Inara sambil tangannya menunjukkan kesemua ruang yang ada di dalam bilik tersebut.
"Abang tahu abang salah sebab rahsiakan semua perkara ni dari sayang. Tapi sumpah demi Allah abang memang tak pernah terdetik untuk menipu atau permainkan sayang. Kalau boleh abang nak lupakan semua ni, tapi tak boleh sayang. Semua benda ni mengahantui hidup abang sampai ke hari ini." Ujar Shah yang mula mengambil tangan Inara lalu digenggamnya dengan erat.
"Awak tahu tak, saya tak pernah kisah tentang masa silam awak, apa yang awak pernah buat dulu, apa kerja awak dulu even siapa pun awak dulu. Saya tak pernah anggap itu satu masalah untuk saya. Tapii..." Inara seperti kehilangan kata untuk mengungkapkan perasaannya ketika ini.
Tersentak Shah apabila panggilan abang itu terus ditukar menjadi awak. Namun apa yang dia mahu harapkan, sudah tentu Inara marah apabila mengetahui perkara sebenar. Dia perlu sabar dalam keadaan sebegini.
"Tapi saya tak boleh terima bila orang yang saya dah mula cinta sepenuh hati adalah orang yang sama yang hampir meragut nyawa abang saya lima tahun lepas. Awak tahu tak, saya pernah berjanji dengan diri saya yang saya akan cari orang tu sampai dapat. And now sekarang Allah temukan saya dengan orang tu, yang sedang berdiri di depan saya sekarang ni. Hati saya ni sakit sangat bila tahu perkara sebenar." Ujar Inara yang memegang dadanya seakan menunjukkan hatinya sedang terluka.
Shah yang sedang merenung mata Inara juga sudah bertakung air matanya. "Abang betul-betul minta maaf sayang. Jujur abang menyesal sangat dengan apa yang abang dah buat pada Fateh dulu. Andai abang dapat undur masa, abang akan ubah sejarah hidup abang. Hanya semata-mata untuk menjadi seorang suami yang sempurna untuk sayang. Abang tahu kesalahan abang ni memang tak layak dapat kemaafan dari sayang. Sayang hukumlah abang selama mana yang sayang nak, tapi satu sahaja abang minta. Tolong jangan tinggalkan abang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang." Ujar Shah yang sudah teresak-esak sambil mencium tangan Inara bertalu-talu.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...