Inara menceritakan bagaimana dia jumpa Shah buat kali pertama sebagai mamat tak beradab, kemudian Inara bekerja di Al Feteh Cooperation dan juga kemalangan yang berlaku. Bagaimana seorang Shah Abdul Mateen menghidupkan kembali jiwanya yang hampir mati, sungguh dia merupakan anugerah dari Allah dalam hidup Inara.
"So, apa sebenarnya yang jadi sampai Nara rasa putus asa tu?" Tanya Yus yang ingin tahu.
Nara tersenyum sebelum berkata, "Doktor cakap rahim Nara cedera teruk and 70% tak dapat berfungsi. Berkemungkinan besar Nara memang tak boleh mengandung. Sebab tu lah Nara berkeras mula-mula tak nak Shah kahwin dengan Nara, tapi perancangan Allah tu hebat. Akhirnya Allah satukan Nara dengan seorang lelaki yang boleh terima Nara seadanya." Ujar Inara sambil tersenyum.
"Ye ke? Sorry Nara kalau soalan abang tadi guris perasaan Nara." Ujar Yus yang mula serba salah.
"Lahhh tak pe lah abang, lagi pun Nara dah redha dengan apa yang dah jadi. Nara percaya semua yang berlaku ni ada hikmah dia." Ujar Inara yang tidak mahu Yusri terus dibelenggu rasa bersalah.
"Tapi tak sangka ye Tuan Muda macam tu, try hard juga nak pikat Nara. Nasib dapat." Ujar Kak Mas yang tidak menyangka perangai majikannya itu kerana dia bukanlah lelaki yang senang-senang hendak mengorat perempuan.
Mereka semua tertawa apabila Inara menceritakan cara Shah melamarnya. Sungguh luar biasa majikan mereka itu. Sweet tahap potong kaki.
Setelah semua makanan siap dimasak, Inara meminta diri untuk berehat sebentar di atas sementara menunggu waktu zohor. Tanpa sedar Inara terlelap seketika kerana agak penat.
Tepat pukul 1 tengah hari, Shah pulang dengan membawa sejambak bouquet yang dipenuhi coklat di tangannya. "Kak Mas, Inara mana kak? Tak nampak batang hidung pun." Tanya Shah yang matanya meliau mencari kelibat sang isteri.
"Ouhh Puan ada kat atas Tuan Muda. Lepas masak tadi dia naik katanya nak rehat sekejap sementara masuk zohor." Ujar Kak Mas yang sedang mengelap meja dapur.
Shah pun naik ke bilik mereka, tersenum dia melihat isterinya itu tidur di atas katil. Rambut panjang mengurai yang menutup muka Inara segera dia alihkan lalu mengelus lembut pipi Inara.
"Cantik nya isteri abang ni tidur, macam bidadari." Ujar Shah yang berbisik. Lalu dia pun memeluk pinggang Inara dari belakang badan Inara.
Inara pun tersedar dari lenanya dan terkejut melihat suaminya ada di dalam bilik. "Ehhh awak bila balik, kenapa tak call saya dulu? Kesian awak balik saya tidur pula." Ujar Inara yang sedang menggosok matanya.
"Abang nak buat surprise la, look what I have."Ujar Shah yang menghulur bouquet coklat tersebut.
"Wowww, banyaknya awak. Gemuklah saya macam ni. nanti awak tak sayang saya dah bila saya gemuk." Ujar Inara sengaja mahu menguji suaminya itu.
"Ehhh sayang ni, abang nak kat sayang sorang je. Tak kisah la sayang gemuk ke apa, I still love my Inara Sophea. My Tuan Puteri." Ujar Shah lalu mencuit hidung mancung Inara.
Tergelak Inara mendengar perkataan tuan puteri. Teringat perbualan pertama Inara dengan suaminya itu, Inara memanggil Shah tuan hamba.
Shah hairan melihat Inara ketawa terkekek selepas dia memanggil isterinya tuan puteri. "Kenapa sayang gelak pulak ni?" Tanya Shah bingung.
"Tak lah, saya teringat macam mana saya sekolahakan seorang tuan hamba ni kat mall beberapa bulan lepas." Ujar Inara yang tidak dapat menahan tawanya.
"Oooo nak mengata abang lah tu, dulu abang memang tuan hamba and mamat tak beradab, sekarang abang dah jadi tuan putera kepada tuan puteri ni." Ujar Shah pula. Semakin galak lah mereka ketawa bersama.
"Haa dah masuk waktu ni sayang, jom kita Jemaah sekali then kita turun makan. Abang dah lapar ni, tak sabar nak rasa air tangan sayang." Ujar Shah lalu menarik tangan isterinya untuk mengambil wudhu dan solat bersama.
Setelah selesai solat, mereka pun turun dan terlihat yang lain sedang menghidangkan makanan di atas meja makan. Semua pun mengambil tempat dan Shah mula membaca doa makan.
"Ya Allah, sedapnya masak lemak ni. Sambal udang pun surr. Pandainya sayang masak." Puji Shah yang masih lagi menikmati hidangan tersebut.
Mereka yang lain juga turut memuji masakan Inara. "Betul tu tuan, tadi masa Nara masak macam masterchef dah gayanya." Ujar Yus pula yang menyokong majikannya itu. Yang lain pula mengangguk mengiakan kata-kata Yus sambil menikmati hidangan.
#Sorry guys sebab pendek je chapter kali ni, next time sy cuba improve yer. harap korang masih setia tunggu Shah and Inara sampai habis. luv u guys.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...