"She's okay now, Alhamdulillah. Aku tahu adik kau kuat untuk hadap semua ni." Kata Shah yang baru keluar dari wad.
"Serius lah bro, Alhamdulillah. But how you do it. Tadi macam singa lapar kau tau tak? Takkan kau masuk 15 minit terus jadi anak kucing." Kata Iskandar yang musykil. Biar betul adiknya itu dah tenang.
"Ye, dia dah okey. Kau pergi la masuk pula. Bagi dia semangat. Saat macam ni dia sangat perlukan korang untuk jadi tulang belakang dia." Kata Shah sambil menepuk bahu Iskandar.
Iskandar dan Fateh pun mula melangkah masuk ke dalam wad. Mereka nampak yang Inara sedang merenung bunga tulip yang berada di tangannya itu..
"Assalamualaikum adik, boleh abang masuk tak? Tanya Fateh yang berada di muka pintu.
"Waalaikumsalam, masuklah." Ucap Inara dengan suara yang lebih rendah berbanding masa mula-mula dia menjerkah mereka sebelum ini.
"Are you okay adik? Abang tahu adik abang Teh ni kuat. Takkan pernah putus asa. Abang Teh tahu yang kami tak rasa macam mana adik rasa sakit tu, tapi kami nak adik tau yang both of your brothers ni akan jadi tongkat untuk adik berpaut untuk terus melangkah." Ucap Fateh yang mula bergenang air mata. Sejak Inara kemalangan, air mata jantannya kerap kali gugur.
"Kami minta maaf sebab tak mampu nak jaga adik dengan baik. Tapi adik bagi lah kami peluang untuk ada dengan adik dalam apa jua keadaan. Andai nyawa Abang Is boleh gantikan sedih adik dengan kebahgiaan adik, abang lah orang paling gembira dan sanggup serah nyawa abang. Kebahagiaan adik adalah keperluan abang." Ucap Iskandar pula sambil memeluk bahu adiknya itu.
"Abang Is, abang Teh, adik minta maaf sebab marah-marah abang tadi. Adik sendiri tak boleh kawal marah adik. Adik tak patut buat abang macam tu tadi. Adik betul-betul minta maaf." Ujar Inara yang rasa bersalah dengan kedua-dua mereka.
Memang dia agak keterlaluan kerana menjerkah dan menghalau mereka keluar kerana masa itu dia nak bersendiri untuk memikirkan nasib hidupnya selepas ini.
Mereka semua pun berpelukan. Sudah lama mereka tidak bonding sebegitu. Mungkin ini salah satu maghfirah Allah SWT. Dalam mereka semua menzahirkan perasaan sayang namun ada sepasang mata yang dari tadi memerhati dari luar pintu.
"Alhamdulillah ya Allah, kau masih memberinya peluang mengukirkan senyuman." Desis hati Shah. Sungguh jelita seorang yang bernama Inara Sophea, membuatkan jantung Shah tidak berhenti berdegup. Benarlah dia sudah jatuh cinta dengan gadis itu. Misi seterusnya adalah untuk dekat dengan gadis itu dan mula memikatnya.
Sedang Shah memerhati adegan tersebut, telefonnya tiba-tiba bordering, terpampang nombor yang tidak dikenalinya. Dia pun mengangkat panggilan tersebut. "Hello, siapa ni?" tanya Shah
"Hello Izrael, kau ingat aku lagi kan?" tanya suara tersebut.
"Mikael!" jerkah Shah, perasaan amarah mula terbit.
"Pandai pun kau teka. Aku just nak tanya, macam mana dengan perempuan kesayangan kau tu? HAHAHAHAHAHA. Kau ingat yer Izrael, aku takkan berhenti kat sini sebab aku dah bersumpah yang aku akan musnahkan hidup kau. Ni baru sikit Izrael. Aku boleh buat lagi teruk dari ni." Panggilan itu pun terus dimatikan tanpa sempat Shah bersuara.
"Kurang ajar punya Mikael. Aku takkan pernah lepaskan sesiapa yang dah main taik dengan aku." Gumam Shah yang sedang mengepal penumbuknya. Sudah sampai masa dia perlu hancurkan Bloody Angel. Ketua yang telah menaikkan nama Bloody Angel akan memusnahkan nama itu sendiri.
#Yaaaa kembali pendek pula chapter kali ini, mungkin otak sy dah terlalu kering lepas di'vaccum', harap orang enjoy yer. sila comment, share dan vote yer semua. maaf ats kekurangan.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...