"Adik! Tak siap lagi ke. Adik pakai baju ke jahit baju? Cepat lah sikit princess oi, abah ummi lama dah tunggu ni. Pukul berapa pulak kita nak pergi ni?" jerit Iskandar dari tingkat bawah.
Silap dia juga tak ingat nak beritahu awal-awal yang mereka perlu menghadiri satu jamuan. Kan dah kene sidai dengan adiknya itu.
"Iyaaa, ah siap dah pun. Bukan lama sangat pun, sape yang suruh Abang Is bagitahu last minute?" ujar Inara yang sedang menuruni tangga. Ada sahaja ayat mahu membela dirinya itu.
"Okey dah jom. Ummi abah dah gerak tadi, so jom kita gerak sekarang. Nanti lambat." Fateh cuba meredakan keadaan.
"Cantekkk, let me drive. Jom, both of follow me." Arah Inara lalu mengambil kunci keretanya dan mula menghidupkan enjin.
Fateh dan Iskandar berpandangan sesama sendiri. "Ehhh adik, biarlah abang yang drive. Adik jadi passanger princess je lah." Kata Iskandar yang seakan mahu mengelak.
"Asal pulak, jom je lah. Biar adik bawa, nanti lambat kang. Come on guys, hurry up. Lessen adik bukan lessen terbang okay, sah dari JPJ. Jom-jom." Balas Inara yang sudah mengambil tempat di bahagian memandu. Mahu tidak mahu terpaksalah mereka berdua ikut kata Inara.
Fateh yang mengambil tempat di sebelah pemandu lalu memakai tali pinggang keledar dan mula membaca doa. Iskandar pula mengambil tempat penumpang di belakang. Inara bingung melihat muka cuak abang-abangnya itu.
Selesai doa, Inara terus memecut meninggalkan perkarangan rumah dan menuju ke majlis. Fateh memegang handle yang berada di atas kepalanya dan tidak berhenti berdoa agar mereka selamat sampai. Mana tidaknya, Inara memecut 140 km/j kot, rasa macam nyawa melayang.
Sampai di tempat yang mereka tuju iaitu, Puan Sri Haliza menjemput Puan Munirah sekeluarga untuk ke majlis amal bersama anak yatim yang dianjurkan oleh butiknya.
Inara kalau boleh tidak mahu pergi kerana tidak mahu berjumpa dengan Shah. Namun memikirkan Puan Sri dan Tan Sri, terpaksalah dia ikut.
Turun dari kereta, mereka bertiga segera menuju ke arah Puan Munirah dan Encik Farid. "Ummi, Is rasa tadi macam dekat sangat nak ke alam barzakh." Adu iskandar kepada Puan Munirah.
"Betul ummi, Teh pula rasa macam roh Teh tadi hilang kejap dari jasad. Nasib baik sampai tadi, masih bernyawa." Giliran Fateh pula mengadu.
"Kamu berdua ni kenapa? Apa masalah ni? Cuba cakap bagi jelas." tanya Puan Munirah yang malas mahu berteka teki.
"Ummi tahu tak adik tadi buat macam jalan tadi bapak dia punya. Laju nak mati dia racing, ingat Tokyo Drift ke." Adu Fateh lagi lalu mengerling ke arah Inara yang hanya membuat muka tak bersalah.
"Hoii, bapak dia tu bapak kita lah gila io." Balas Iskandar. Encik Farid menggelengkan kepalanya. Tak pasal-pasal namanya terpalit sekali. Tahu sanggat perangai anak bongsunya yang suka memandu laju. Sudah ditegur pun tiada perubahan. Sabar je lah.
"Haaaa, sampai pun Muni sekeluarga. Akak ingat tak jadi datang dah. Jom kita duduk kat sana." Sapa Puan Sri Haliza yang entah datang dari mana.
"Lambat sikit Kak Liza, tunggu tuan puteri bersiap." Kata Puan Munirah sambil mengerling ke arah anak bongsunya itu. Mereka pun menuju ke meja yang telah disediakan khas. Di meja tersebut, terlihat Tan Sri Aminudin dan Shah sedang menunggu. Inara sudah tidak selesa dengan kehadiran mamat tak beradab iitu.
Sedang mereka berbual, datang seorang wanita membisikkan sesuatu kepada Puan Sri Haliza. Cemas mukanya mendengarkan apa yang baru diberitahu oleh pembantunya. "Ya Allah, biar betul? Kita nak start dah ni." Kata Puan Sri Haliza.
"Kenapa ni mummynya, what actually happen?" tanya Tan Sri Aminudin yang kehairanan melihat isterinya gelisah.
"Macam mana ni daddy, yang sepatutnya datang buat persembahan malam ni tengah dalam jammed tu sebab ada kereta accident. Mana nak cari pengganti sekarang ni daddy?" ujar Puan Sri haliza yang akhirnya meluahkan apa yag sedang berlaku sebenarnya.
Kesian pula Inara dengan wanita itu. Inara pun mendekatkan wajahnya dengan abangnya. "Abang Is, Abang Teh, kita tolong aunty nak tak? Kesian adik tengok." Tiba-tiba Inara berbisik.
"Kesian tu memang, tapi nak tolong macam mana?" tanya Fateh. Iskandar mengangguk mengiakan, kesian tu memang, tapi apa yang boleh mereka lakukan. Bukannya mereka ada tenaga sekuat Incredible Hulk mahu angkat kereta performers yang tersekat di jalan raya tu untuk ke sini.
"Jap adik tanya, dorang ada alat muzik tak." Tanpa membuang masa, Inara pergi kepada Puan Sri Haliza untuk bertanya.
Setelah berbincang akan ideanya dengan wanita itu, dia sangat bersyukur kerana Inara sudi membantunya.
"Okey, both of you come with me now. Cepattt , kita boleh buat." Kata Inara sambil menarik tangan kedua-dua abangnya itu. Iskandar dan Fateh menuruti tanpa bantahan. Shah yang berada di situ sebenarnya dari tadi memerhatikan gadis itu.
~
"Saya rasa cukuplah setakat itu ucapan saya, jadi mari kita ke acara seterusnya iaitu persembahan. Dipersilakan." Ucap Puan Sri Haliza disambut dengan tepukan gemuruh oleh tetamu lain.
Anak-anak yatim mula naik ke pentas dan duduk secara hemisfera menghadap penonton. Kemudian muncul pula Iskandar Saifullah yang memegang gitar dan Fateh Suhail yang memegang gendang, duduk di atas kerusi yang disediakan di tengah pentas tersebut.
Mereka mula bermain muzik, satu suara lunak mula melantun mengikut iringan muzik,
~ku ingin selalu dekat padamu oh cinta hatiku, kau memberikanku semangat baru oh cerianya hatiku. Hanya padamu kuserahkan segala hidup matiku~
~Hasbi rabbi jallallah mafi qalbi ghairullah, nur Muhammad sallallah,lailaha illa allah~
Suara lunak Inara bergema di dalam dewan sambil tangan di awan-awangan membuat isyarat agar para tetamu turut berselawat mengikut irama muzik bersamanya.
Dalam semua tetamu berselawat, ada sepasang mata yang bersinar melihat betapa cantiknya orang yang berada di atas pentas tersebut. Hatinya berdebar-debar, matanya tidak lari dari melihat Inara Sophea.
"Adakah aku dah jatuh cinta dengan salah seorang hambamu Ya Allah?" desis Shah dalam hatinya.
Setelah beberapa buah nasyid yang dipersembahkan, mereka turun dari pentas untuk memberi ruang kepada para tetamu menikmati hidangan kebetulan orang yang sepatutnya membuat persembahan telah selamat sampai.
"Wowww, tak sangka pula uncle yg Nara boleh nyanyi, Is dengan Fateh pulak reti main muzik." Puji Tan Sri Aminudin.
"Kitorang suka-suka je uncle. Bahagia dapat tengok anak-anak yatim tu happy." Kata Iskandar yang merendah diri.
"Apa pun aunty nak ucap thank you kat korang sebab dah tolong aunty. Kalau tak, tak tahulah apa jadi." Ujar Puan Sri Haliza sambil memegang tangan Inara.
"Ehhh aunty ni, tak ada apa pun. Alang-alang abang Nara ni pun dah lama tak keluarkan skill dia." Ujar Inara sambil menyiku lengan Fateh. Sengaja mahu mengusik abang-abangnya itu.
"Aikkk boy, dari Nara kat atas stage sampai ke meja ni duk usya tak berkalih. Terpegun sangat ke tu?" sengaja Puan Sri Haliza mahu mengusik anak lelakinya yang dari tadi menjadi pemerhati setia Inara.
Satu meja tertawa melihat muka Shah yang cuak. Dah kantoi lah tu. Tu la, usya tak cover. Inara pula sudah memerah wajahnya kerana menahan malu. Tapi kenapa dia rasa malu, sepatutnya dia hanya buat tak kisah.
#Hope korang enjoy taw. apa-apa improvement boleh dikomen ye. maaf kalau penyampaian dan penulisan yang tak memuaskan.
#lagu yg sy letak tu lah yg Inara nyanyi tu.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...