Semasa di pejabat, telefon milik Shah berdering. Tertera nama Fateh menelefonnya. Pantas dia menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum Shark. Kenapa kau call ni? Nak kirim apa-apa ke" tanya Shah. Manalah tahu mahu mengirim sesuatu kebetulan pula nanti dia mahu ke hospital juga.
"Ehh bukan, aku nak bagitahu yang Inara dah sedar. Tapi tu lah.. Hmmm.." beritahu Fateh. Tapi ayatnya yang terakhir seperti ada sesuatu yang tak kena.
"Serious la bro? Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Tapi apa bro? Inara nak makan apa-apa ke? Kalau ada apa-apa bagitahulah aku. Mana tahu aku boleh carikan." Ujar Shah yang sudah berteka-teki.
"Tak pe lah. Nanti kau sampai sini aku bagi tahu. Okey lah bro, aku nak tengok Inara kejap." Kata Fateh lalu memutuskan panggilan.
"Apa hal pulak si Shark ni. Nak bagi tahu tapi macam tak nak pula. Haihhh pelik betul. Tak pe lah, yang penting buah hati aku. Alhamdulillah syukur." Ucap Shah setelah panggilan dimatikan. Tak sabar rasanya mahu berjumpa dengan gadis kesayangannya itu.
Petang itu, Shah pergi membeli sejambak bunga tulip segar dan coklat kerana dia tahu yang Inara seorang penggemar coklat.
Sampai di hospital, dia berasa hairan melihat wajah sugul kedua-dua abang Inara. Dah lah tunggu luar wad, pelik betul.
"Aikk Fateh, Iskandar, asal korang ni? macam ada something wrong je. Ada apa-apa masalah ke? Kenapa tak duduk dalam borak dengan Inara?" soal Shah yang hairan dengan tingkah mereka berdua.
"Inara kata dia nak ruang. Actually tadi lepas dia sedar, dia tanya kitorang apa yang doktor cakap pasal keadaan dia. So, aku terpaksa jujur sebab dia berhak tau. Then, dia terus menangis. Dia jerit-jerit suruh kitorang keluar. kitorang tak tahu nak buat apa sekarang." Jelas Iskandar dengan muka yang amat sedih. Dia berharap adiknya dapat menerima ujian ini dengan hati terbuka.
"Ummi, abah and parents kau kata nak datang petang ni. Tapi aku tak tahu lah nanti apa yang akan jadi dengan keadaan Inara yang macam tu." Luah Fateh pula. Tapi hatinya lebih berasa sedih dengan keadaan Inara yang sedari tadi diperhati hanya menangis dan termenung. Makan pun tidak mahu.
"Boleh aku cuba tak? Bagi aku masuk untuk pujuk dia." Pinta Shah. Fateh dan Iskandar mengangguk tanda membenarkan.
Dia mula melangkah masuk ke dalam wad, "Assalamualaikum Inara Sophea." Ucap Shah.
"Tak ada orang bagi tau kau ke yang aku tak nak jumpa semua orang? Apasal semua orang susah sangat nak faham yang aku nak bersendiri." Jawab Inara dengan suara yang keras.
Nampaknya Shah perlu ada kemahiran sabar yang tinggi untuk mendekatkan dirinya dengan gadis ini. Sungguh sukar dalam keadaan emosi gadis itu yang tidak stabil. Come on Shah Abdul Mateen! You can do it.
"Saya tahu awak kecewa dengan keadaan sekarang ni. Tapi saya nak awak tahu yang saya akan selalu ada dengan awak." Ujar Shah yang mula mendekati gadis itu.
"Kau ni memang jenis yang tak faham bahasa ke? Aku nak sendirian. Kalau aku luahkan dekat orang lain, bukan orang tu faham pun. Melainkan suruh aku sabar, sabar, sabar!" suara Inara semakin keras dan kuat.
Dia berdiri betul-betul di hadapan Shah dan merenungnya dengan tajam. " Apa yang kau boleh buat? Kau nak suruh aku sabar jugak macam mana orang lain buat. Pergi mampus lah." Hambur Inara Sophea dengan mata yang mula bertakung.
"Orang lain tak akan faham apa yang aku rasa selagi diorang belum rasa. Aku dah cacat kau tau tak? Tak ada dah orang yang akan terima aku. Aku dah tak boleh mengandung kau tau tak?" hamburnya lagi dengan air mata yang berlinang.
"Kau tau tak aku ni perempuan lemah. Banyak kekurangan aku. Apa lagi lepas ni tuhan nak uji aku. Tuhan bencikan aku ke sampai macam ni sekali ujian yang aku kene hadap." Inara Sophea terduduk dan menangis semahu-mahunya.
YOU ARE READING
DIA IZRAEL SUAMI AKU [Complete]
RomancePertemuan yang tak diduga antara Inara Sophea dan Shah Abdul Mateen telah menanamkan perasaan benci dalam diri gadis ini terhadap lelaki itu. "Assalamualaikum tuan hamba. Memang tak reti beradab dengan orang ke? Dah langgar orang lepastu...