BAB 5

16 3 0
                                    

BAB 5

"KAMU termenung apa, Flora? Angkat lekas!" Suara memetir ibu mengejutkanku.

Pantas aku tunduk, melihat periuk berisi air mendidih itu. Banyak onde-onde sedang terapung. Aku kaut semuanya dan letakkan dalam pinggan berisi kelapa parut yang telah digaul bersama garam.

"Jangan berangan masa tengah memasak. Bahaya. Nasib baik bukan tengah memotong atau pegang pisau." Ibu berleter sambil menggeleng beberapa kali. Tangannya sibuk menggetel tepung.

"Mana ada termenung ..." nafiku. Aku cuma teringatkan tugasan yang perlu dihantar Isnin minggu depan je. Tak sangka pula aku punya teringat tu sampai termengelamun.

Malas mahu serabutkan otak, aku capai sebiji onde-onde dan masukkannya ke dalam mulut. Manis. Sememangnya kuih-muih di Malaysia sedap dan manis belaka. Onde-onde salah satunya yang boleh bikin potong kaki.

Ada orang panggilnya sebagai buah Melaka. Disebabkan kita duduk di Malaysia, haruslah ada pelbagai nama. Berbeza mengikut negeri, tempat atau dialek. Kalau di Indonesia, mereka panggil kuih klepon, tak silap aku.

"Ambil onde-onde yang dah sejuk tu, masukkan dalam pinggan lain. Tolong beri pada Aunty Meeya." Ibu memberi arahan. Ditunjukkan hujung jarinya ke arah pinggan kaca yang sudah diletakkan di atas meja sedari tadi.

Patutlah ibu bancuh banyak tadi. Memang setiap kali ibu buat kuih, dia akan beri pada jiran kami.

Aku menurut arahannya. Bebola hijau itu aku susun dengan elok. Apabila pinggan telah penuh, aku bergerak ke arah bilik tidur. Tudung sarung dicapai sebelum aku kembali semula ke dapur. Kepala ditutup lalu aku capai pinggan tersebut.

Sejurus keluar dari pintu utama, aku terus berjalan ke arah pintu rumah sebelah. Daun pintu berkayu jati itu terbuka luas. Jelas menampakkan hiasan dalaman ruang tamu yang cantik. Kombinasi moden dan vintage.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam ... masuklah, Flora!" Aku dengar suara Kak Neena menyahut tapi tidak nampak pula kelibatnya. Tahu-tahu aje dia suara aku yang memberi salam. Namun, aku turutkan juga pelawaan tersebut.

Kebiasaannya memang begitu. Aku sudah biasa keluar masuk rumah ini. Cuma, aku masih beradab. Tak adalah seperti ...

Salmah.

Masuk sahaja ke ruang tamu, aku lihat Salmah sedang duduk di atas sofa sambil menoton animasi Upin & Ipin di kaca televisyen. Bukan main leka lagi. Wah, wah ... gaya tuan rumah nampak? Dah tak ingat jalan balik rumah sendiri ke apa?

"Oi, Salmah ... kalau dah duduk rumah mentua, jangan nak curi tulang. Kenapa tak tolong Aunty Meeya di dapur? Menantu jenis apa kau ni?" soalku separa berbisik. Masih menjaga aib Salmah. Aku bertanya seperti itu kerana aku dapat hidu haruman yang sangat manis dari arah dapur.

Pasti Aunty Meeya sedang memasak di sana.

Aku mencuit punggung Salmah tapi dijelingnya aku dengan tatapan sinis. Kemudian, dia talakan semula mata pada televisyen yang sedang bersiaran.

Eee, ek betul kau ya?

Aku bergerak ke arah dapur. Malas menegur Salmah lagi. Bukan dia nak layan aku pun. Tepat tekaanku sejurus tiba di kawasan dapur, Aunty Meeya dan Kak Neena berada di situ. Apabila nampak wajah aku, mereka tersenyum lebar.

"Ibu bagi onde-onde." Aku menghulurkan pinggan kaca itu kepada Kak Neena.

"Wah, terima kasih! Sedapnya ... ini Aunty Fitrah yang buat ke, Flora yang buat?" Kak Neena menyambut huluranku.

"Mestilah Flora yang buat ..." jawabku dengan senyum simpul.

"Wah, double sedap ni ..." Ada-ada saja idea Aunty Meeya nak kembangkan ego aku. Sedangkan aku yakin, mereka berdua dapat tangkap gurauan aku. Memang tidaklah aku nak buat onde-onde itu. Aku tolong jaga periuk dan ratakan kelapa parut saja.

Purrfect Match (Revamp)Where stories live. Discover now