BAB 45

31 5 1
                                    

BAB 45

"BUAT apa?" soal Hanan sambil menggantungkan kunci kereta di tempat penyangkut. Susuk isterinya yang sedang ke hulu ke hilir di ruangan dapur itu dipandang aneh. Namun, melihatkan ada beberapa bekas kosong yang bersisakan adunan berkrim, Hanan boleh agak apa yang sedang Flora buat.

"Brownies."

"Again? Hari tu buat, keras macam besi ..." Hanan tertawa di hujung ayat. Dia mendekat, lalu hujung jari mencolek sisa adunan yang tertinggal di dalam bekas yang masih tak berbasuh. Dimasukkan hujung jari ke dalam mulut. Rasa coklat.

"Diamlah." Flora menjuih. Tak suka kegagalannya diungkit. Hari tu punya hal sebab tersalah resepi! Tapi memang benar kata Hanan, kerasnya macam besi. Nak gigit pun payah. Bila digigit, patah dua pula.

Tergelak Flora dibuatnya waktu itu. Separuh hati rasa geram sebab tak menjadi, separuh hati rasa kelakar sebab kek dah bertukar jadi gula-gula. Sudahnya, ke tong sampah juga.

Hanan mengintai ke dalam ketuhar. Haruman manis coklat membuak-buak keluar dari situ. Tak sabar menunggu ianya siap dibakar walaupun Hanan mungkin hanya makan segigit. Dia tak gemarkan sangat manisan. Makan sekadar untuk hilangkan penat Flora yang memasak. Selebihnya, Flora akan makan atau beri pada staf di hotel kucingnya. Kalau resepi kali ini berjaya la. Kalau tak jadi, maka ke dalam tong sampah lagi.

"Flora masak sup daging tengah hari ni. Okey ke?" soal Flora sambil menyental bekas yang digunakan untuk mengadun brownies tadi.

"Boleh je, I don't mind."

Hanan beralih arah. Tidak lagi menghadap ketuhar, melainkan bergerak ke belakang Flora. Sengaja mahu menyibuk. Bukan mahu menolong sangat pun. Flora pula membiarkan pinggangnya dipeluk. Langsung tak mengganggu-gugat kerjanya. Dah terbiasa dengan perangai Hanan yang hendak melekat sentiasa.

Flora masih mencuci perkakas membakar. Belakang kepala disandarkan pada tulang selangka Hanan. Seketika, Flora menoleh lebih lagi, lalu menyebamkan wajah ke situ. Tubuh suaminya diendus beberapa kali. Haruman minyak wangi kegemarannya masih dominan pada fabrik baju itu tetapi biasan bau lain membuatkan Flora mengerut kening.

"Bau rokok. I thought you've stopped?" Flora mengadah. Terhenti terus tangannya. Pili sinki yang terbuka, dibiarkan airnya mengalir.

Hanan terkebil-kebil. Dahinya berkerut sekejap sebelum teringatkan sesuatu, "Hanan memang dah berhenti la. Ni mesti melekat bau sebab jumpa Luck tadi."

"Oh? Lama tak dengar khabar Luck. Apa cerita dia?"

"Annoying, macam selalu. Dia kirim salam pada Flora."

"Waalaikumussalam. Tapi annoying pun, Hanan berkepit juga dengan dia. Ingatkan dah tak keep in touch dengan Luck lagi sebab Flora dah lama tak dengar pasal dia."

"Mana pernah lost contact. Kadang dia turun London, so kami selalu jumpa."

Flora melopong.

"Amboi, kita pun baru tahu dia tinggal di London beberapa bulan sudah. Tapi Luck sentiasa tahu? Siap boleh berjumpa lagi. Siapa bini Hanan ni? Kahwin je la dengan Luck tu lain kali," rungut Flora panjang lebar.

"Lah, pulak dah? Dengan Luck pun nak cemburu ke?"

"Cemburu la! Risau laki kita dicaras."

"Dah kenapa Hanan nak biarkan diri dicaras? Dengan Luck pula tu. Agak-agak la nak cemburu pun!"

Flora tergelak. Namun, tak pula dia meneruskan perbualan. Kembali menyambung tugasnya yang tergendala. Beberapa minit setelah itu, kesemua perkakas telah ditindan untuk kering sendiri. Flora memusingkan badan, kembali menghadap Hanan yang tak punya tanda-tanda untuk bergerak.

Purrfect Match (Revamp)Where stories live. Discover now